Barat dan Timur cuba hancurkan Syria

Kelmarin Basyar Asad membuat kunjungan kecemasan ke Moskow setelah hampir 2 minggu Rusia mula menceroboh ruang udara Syria dan membantu Basyar Asad mengebom kedudukan Mujahideen dari arah udara.

Campurtangan Rusia di Syria sejak 2 minggu lepas menunjukkan Basyar Asad menuju atau telah masuk ke fasa terdesak dan memerlukan pertolongan asing. Ini di dalam keadaan Syria selama ini mendapat bantuan tentera dan senjata secara langsung dari Iran, Iraq dan Hizbullah di Lubnan.

Tiba-tiba, semalam Rusia menawarkan FSA untuk membantu mereka memberi perlindungan udara dalam mereka melawan ISIS (kumpulan Islamic State) melalui serangan-serangan udara. Ini seolah nampak berlawanan dengan serangan mereka terhadap FSA sejak 2 minggu lalu.

Hakikatnya, langkah Rusia tersebut bukan untuk membantu FSA, akan tetapi untuk melaga-lagakan FSA dengan ISIS supaya kedua-dua kumpulan Sunni tersebut akan disibukkan dengan berperang sesama mereka, lalu tidak mengalahkan tentera Syiah Bassyar Asad, Iran, Iraq dan Lubnan.

Semalam Amerika menghantar delegasi diketuai Menteri Luar, John Kerry bertemu Raja Saudi untuk memberi peluang kepada Bassyar Asad ruang dan peranan jika isu Syria diselesaikan melalui jalan rundingan.

Ini bermakna, dalam menyelamatkan kedudukan Syiah Bassyar Asad, Rusia memainkan peranan ketenteraan melawan FSA, manakala Amerika memainkan peranan diplomasi agar kedudukan Bassyar Asad kekal terjamin walaupun sekiranya tenteranya kalah dan Syria diambilalih oleh tentera asing.

Peranan Rusia dan Amerika yang berbeza tetapi menuju ke arah matlamat yang satu, iaitu menghalang Islam dari menang dan bangkit menerajui dan membina dunia.

Kerana sejak Al-Quran diturunkan, Allah swt mengarahkan Umat Islam 2 perkara asasi iaitu :

1- Menguatkan persiapan perang dan membakar semangat Jihad. Firman Nya swt :

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

2- Jangan mengambil orang kafir sebagai wali (perujuk dan teman kepercayaan) kerana mereka berwalikan sesama mereka dan Umat Islam diseru memerangi mereka semuanya seperti mereka memerangi Umat Islam semuanya. Firman Allah swt :

وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

“Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim”.

Saban hari, petunjuk-petunjuk di dalam Al-Quran menjadi semakin nyata dan difahami melalui kejadian-kejadian yang berlaku di persada dunia ini. Moga semakin ramai Umat Islam mengambil pengajaran darinya lalu mereka melipatgandakan usaha untuk menyedarkan Umat dan meniupkan ruh Jihad ke dalam jiwa mereka.

Moga Allah swt terus memberi kemenangan demi kemenangan kepada Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army atau FSA) membebaskan bumi Syam dari cengkaman Syiah Alawiy pimpinan Bassyar Asad, Syiah Iran Iraq dan Lubman.

Us. Abdul Halim Abdullah
Kesatuan Ulamak Ahlus Sunnah Sedunia
Madinah
25 Okt 2015

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: