Pelajaran pada fikrah Ikhwan

Sering isu keutamaan (priority) antara Dakwah dan Pelajaran menjadi persoalan kepada mahasiswa/i atau duat yang sedang belajar. Persoalan tersebut juga sering diajukan kepada saya.

Hakikatnya, Islam sangat menyanjung Pelajaran yang sedang dipelajari oleh mahasiswa/i duat. Ia dilihat dari banyak aspek, di antaranya :

1- Apa sahaja bidang yang dipelajari oleh tiap seorang dari mereka seperti perubatan, kejuruteraan, guaman, IT, ketenteraan dsb. dikira fardhu kifayah. Ilmu tersebut bukan sahaja boleh menguatkan negara, bahkan menguatkan organisasi dakwah.

2- Kestabilan dan kejayaan Duat dalam Pelajaran selalu berkait langsung dengan prestasi dakwah dan tarbiyah duat itu sendiri.

Imam Al-Banna mendapat tempat pertama di universiti. Mustafa Masyhur berpesan kepada seorang akh agar cemerlang dalam pengajian perubatannya supaya lebih mudah dia mentajmik rakan-rakan sekuliahnya. Betapa para mad’u dikalangan pelajar lebih tertarik kepada duat yang cemerlang pelajaran berbanding duat yang gagal.

3- Duat pelajar yang cemerlang dalam pelajaran lebih bersedia bekerja untuk dakwah. Manakala duat yang bermasalah dalam pelajaran sering memerlukan masa khusus dan rawatan perasaan untuk menyelesaikan masalah-masalahnya. Dengan itu, proses tarbiyah dan prestasi dakwah terganggu.

Oleh kerana itu, dari sejak dahulu lagi, organisasi Jemaah sentiasa menjaga dan menghormati Pelajaran yang sedang dihadapi oleh duat. Ini ditunjukkan seperti berikut :

1- Menghentikan semua aktiviti tarbiyah dan dakwah di musim ulangkaji dan peperiksaan.

2- Membuat usrah, mesyuarat dan aktiviti tarbiyah dan dakwah di luar waktu Pelajaran seperti waktu malam dan hari cuti.

3- Sentiasa mendorong duat agar berusaha gigih untuk cemerlang dalam Pelajaran. Ini dilakukan dalam usrah, pertemuan, pekeliling dll wasilah.

Seorang doktor dari kalangan akhawat Mesir mengambil keputusan tidak bekerja semata-mata untuk menumpu perhatian kepada kejayaan anak-anaknya dalam tarbiyah dan pelajaran.

KEUTAMAAN

Sentiasa Dakwah berada ditempat pertama dalam keutamaan hidup para Rasul dan kita. Namun keutamaan Dakwah satu perkara dan cemerlang dalam Pelajaran satu perkara yang lain. Ia tidak bermakna mesti mengutamakan Dakwah dengan cara mengabaikan Pelajaran.

Sebenarnya, ia bermakna mesti berusaha gigih untuk cemerlang dalam Pelajaran namun Dakwah tetap bertahta di hati sebagai yang paling utama. Di atas asas yang sahih inilah, segala jadual aktiviti Dakwah diatur oleh pimpinan, lalu urusan Dakwah dan Pelajaran ahli-ahli di bawah berjalan dengan baik secara win-win, seimbang dan berkesan, tanpa bertembung win-lose antara satu sama lain. Kesannya lahir duat Ikhwan yang cemerlang dalam Dakwah dan Pelajaran seperti Imam Al-Banna sendiri dan ramai dikalangan mereka yang saya kenali sehingga ke hari ini.

Dalam masa yang sama saya sering melihat kecundang dalam Pelajaran telah mengakibatkan ramai kecundang dalam kehidupan, apatah lagi dalam dakwah mereka. Nauzubillah.

Moga Allah swt menunjukkan kita Kebenaran sebagai kebenaran dan medorong kita mengikutinya dan menjadikan kita Duat yang cemerlang dalam kedua-dua Dakwah dan Pelajaran.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Muslimin Malaysia
19.1.2016

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: