Kualiti Duat Harapan

“Apabila engkau dapat seorang lelaki yang baik, engkau akan dapati pada dirinya semua faktor-faktor kejayaan”. Demikian athar yang kita warisi dari para Duat generasi Islam yang silam, bilamana fitrah generasi di zaman mereka masih bersih hasil dari didikan generasi Sahabat, Tabien, tabi’ Tabien dan seterusnya yang belum dicemari oleh serangan pemikiran dan aqidah seperti mana kemelut yang berlaku di zaman kini.

Segala kejayaan bermula langkah pertamanya dari pentarbiyahan individu-individu.

Objektif tarbiyah adalah untuk menghasilkan individu-individu yang memiliki kelayakan ilmu, intelektual, akhlak dan iman. Ini adalah diaspek tarbiyah diri mereka sendiri.

Adapun diaspek dakwah, mereka mampu menggarap bentuk hubungan organisasinya dengan kerajaan-kerajaan, parti, jemaah dan organisasi yang memiliki berbagai ideologi dan manhaj samada harus berdepan, berdamai, bersekutu, membantu atau meminta bantuan.

Dengan itu, sikap dan tindakan akan betul, menepati Syarak dan mencapai objektif Dakwah, apatah lagi ia sebenarnya akan menjimatkan masa dan mengoptimakan tenaga mereka tanpa membazirkannya dalam melakukan perkara-perkara sampingan atau silap.

Berapa banyak jemaah dan badan yang aktif pada awalnya yang akhirnya menemui jalan buntu selepas sedekad dua, bahkan ada yang menyimpang dari landasan Syarak itu sendiri.

Adapun diaspek organisasinya sendiri, tarbiyah adalah untuk menghasilkan mereka yang mampu memilih dan membina bentuk organisasi yang paling ampuh dan sempurna yang memenuhi tuntutan amal di fasa dan ketika itu, menggariskan hak-hak dan kewajipan-kewajipan ahli dalam organisasi serta ciri-ciri keahlian dan kepimpinan yang didambakan.

Dengan ini didikan iman, akhlak dan fikrah terjurus, semua bidang amal diagih dengan baik, pengangguran diminima dan terus dibenteras serta huru hara dalaman dan luaran dapat dielakkan.

Oleh itu Dakwah bukan sahaja bercita-cita memiliki ramai ahli yang boleh hadir memenuhi dewan pada setiap panggilan program, akan tetapi ia mesti berusaha seserius mungkin untuk memiliki seramai mungkin Duat lelaki dan wanita yang memiliki iman yang teguh, faqih dalam hal ehwal agama, usul dan furuk, bersifat murabbi yang tinggi, tekun dan cemerlang dalam amal dakwah yang dipikul olehnya, mampu menjayakan amal dalam teamwork dan networking, adil dalam menimbang orang lain dan sesuatu isu, menguasai banyak bidang ilmu dan berbagai perkembangan semasa, celik dan peka dalam menggunakan kesempatan-kesempatan yang datang bagi memajukan dakwah ke hadapan dan bijak dalam mengenalpasti tipudaya musuh dan tangkas dalam mengelak dari terkena perangkap dan panahannya.

Saya percaya, menghasilkan individu-individu Duat seperti di atas tidak boleh dicapai hanya dalam masa beberapa tahun mengikuti tarbiyah dialam belia atau dewasa, bahkan ia mesti melalui didikan murabbi yang berpengalaman, bahan perbincangan yang banyak lagi berat, latihan amali yang panjang diwaktu senang dan susah, keikhlasan dan kesungguhan individu itu sendiri yang tinggi tanpa batas, serta jihad dan pertarungan yang mewarnai suasana disepanjang pentarbiyahan.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
31.12016
Di Kaherah, Mesir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: