Fenomena Lemah Amal Dakwah

image

Fenomena lemah amal dakwah kini tidak lagi suatu maklumat tersembunyi. Rata-rata samada kita dapati berlaku di depan mata kepala kita sendiri atau individu dan pihak tertentu datang kepada kita dan mengadu mengenainya.

Lemah amal dakwah ini merangkumi berbagai aspek atau bentuk seperti :

1- Tidak berlaku amal tajmik di kalangan ramai Duat.
2- Tidak melakukan amal dakwah dengan tekun, cemerlanberterusan dan meluas.
3- Tidak menjalankan tugas yang diberikan oleh ketua biro sekiranya dia anggotanya, atau oleh ahli sekiranya dia dipilih menjadi masul dalam pemilihan.
4- dan lain-lain.

Saya mendapati beberapa faktor membawa kepada fenomena di atas kepada ramai Duat diantaranya :

1- Tidak memahami Dakwah, matlamat, cara, halangan dan belakan yang perlu demi menuju ke arahnya.

Ini disebabkan oleh :

a) Lemah tarbiyah dimana tarbiyah tidak mampu menunjukkan kepadanya apakah matlamat sebenar, bagaimana sampai ke sana, apa halangan yang mesti diatasi dan apakah bekalan tarbiyah yang mesti diisi ke dalam dirinya, lalu dia menjadi seperti orang yang main bolasepak tetapi tidak nampak di mana tiang gol dan di mana pasukan lawan. Lalu dia hanya berlegar-legar di tengah padang, tiada tujuan, akhirnya letih dan berhenti sendiri.

b) Lemah syakhsiyah di mana tarbiyah tidak dapat mengesani dan meningkatkan duat dengan baik lantaran tabiatnya sendiri, corak pembesaran dan didikan keluarganya ada kekurangan di aspek-aspek haraki tertentu atau sebab-sebab lain.

2- Lemah jiwa kerana kesibukan melayan dunia, tergoda olehnya, hambatan kehidupan harian yang mengasyikkan dan kurang melaksanakan wajibat amal fardiyy.

Berbeza dari sebab pertama di atas, sebab ke dua ini pula adalah faktor pelemah selepas Duat ditarbiyah dengan baik, namun mereka kalah dengan cabaran dan ujian selepas itu, khususnya apabila beralih ke fasa-fasa baru dalam kehidupannya seperti beralih dari fasa pelajar ke fasa bekerja, dari fasa bujang ke fasa berumahtangga, dari fasa hidup sederhana ke fasa berduit, dari fasa pekerja ke fasa majikan atau ketua.

Ini disebabkan oleh ketidakjelasan matlamat dan hakikat Risalah yang ingin dibawa, taujihat yang diluar keutamaan, qudwah yang salah atau rosak, bebanan nafkah atau hutang, pasangan yang tidak mengerti atau menghormati perjuangannya dan lain-lain lagi.

3- Kurang suasana amal yang mendorong seperti tiada penyeliaan dan dorongan, tiada agihan, tiada peruntukan dan ketidakjelasan pensejajaran amalnya dengan amal dakwah yang lain.

Sebahagian Duat lagi memahami matlamat dan jalan dakwah yang jelas serta jiwa yang tinggi untuk beramal demi menjayakan Dakwah, namun mereka terperangkap di dalam keadaan suasana amal jamaiyy yang pasif amal jamaiyy seperti tiada penyeliaan dan dorongan, tiada pelan tindakan yang jelas, bebanan terlonggok pada hanya seseorang individu sahaja atau sebaliknya tiada pengagihan amal langsung menyebabkan pengangguran berlaku dalam amal dakwah.

Penyelesaian :

Fenonema lemah amal dakwah seperti di atas boleh di atasi melalui beberapa usaha berikut :

1- Mentajmik peribadi-peribadi yang kuat dan mereka melalui tarbiyah yang kuat, panjang, sempurna tamat dan menyeluruh. Ini dicapai melalui murabbi yang hebat, manhaj yang mencukupi dan mencakupi dan suasana jihadi yang hidup dan segar.

2- Mampu berdikari mencari nafqah apatah lagi jiwa menghadapi kegawatan ekonomi negara, mempunyai pasangan hidup yang faham dan mendokong perjuangan, mendampingi sahabat yang zuhud yang bukan materialistik, berjihad dan berkorban demi dakwah ke arah mencapai matlamat.

3- Berada di dalam amal jamaiy ruhiy jihadi yang kukuh, berukhuwwah yang jitu, saling kukuh mengukuh tanpa jatuh menjatuh atau tekan menekan di antara satu sama lain, kesemua biro dan anggota bergerak menuju ke arah hadaf dan matlamat yang seragam dan sejajar.

Moga Allah swt menyelamatkan kita dari fenomena lemah amal dan menguatkan kembali Duat yang lemah serta menjauhkan kita semua dari faktor-faktor pelemah di atas. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Muslimin Malaysia
5.2.2016

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: