Tarbiyah Amali Berkesan Tinggi

image

Tujuan tarbiyah pada diri seseorang adalah untuk merubahnya dari satu tahap diri, dalaman dan luaran, kepada tahap yang lebih tinggi dan baik.

“Dalaman” berupa iman, ilmu, kefahaman, pengetahuan taqwa, kesucian jiwa, ketinggian semangat, sikap, kasih, ukhuwwah dan seumpamanya.

“Luaran” berupa kemahiran, keterampilan, pergerakan dan disiplin.

Demikian kata-kata Imam Al-Banna bila ia menjelaskan erti hasil Tarbiyah adalah الخروج عن المألوف bererti “keluar dari tabiat asalnya (yang rendah kepada sifat yang lebih tinggi). Ia bermakna, jika seseorang itu masih tidak berubah dari tabiatnya yang asal yang oleh keluarga, masyarakat dan dirinya sendiri, dia tidak berjaya ditarbiyahkan.

Murabbi sering cuba mendidik anak-anak didiknya erti ukhuwwah hanya semata-mata melalui diskusi tentang ukhuwwah para Sahabat Nabi saw, ayat Quran dan Hadis yang berkaitan dengannya, namun hakikatnya didikan secara amali itu jauh lebih berkesan dan berjaya.

Sebagai contoh, murabbi bercerita tentang Ukhuwwah di dalam usrah di rumah sedang di saat tersebut salah seorang ahli usrahnya sedang terlantar sakit di wad hospital dan beliau belum diziarahi dan disantuni.

Sebenarnya, erti Ukhuwwah akan lebih difahami dan berkesan dijiwa Duat, jika dia sebagai murabbi menukar program malam itu dari usrah di rumah kepada ziarah ahli-ahli usrah ke wad hospital bertemu dengan ahli usrah yang sedang terlantar sakit tersebut dengan membawa buah tangan.

Dengan inovasi itu, ahli-ahli usrah dididik secara amali erti Ukhuwwah. Ziarah jamaiyy secara amali bertemu ahli jemaah yang sedang terlantar di wad hospital, sebenarnya adalah berkali ganda lebih kuat dan berkesan dari hanya penyampaian dalam usrah mengenai topik “Ukhuwwah”. Jika naqib usrah itu sendiri tidak memiliki kepekaan mencetuskan idea untuk melakukan ziarah tersebut, dia boleh dinilai sebagai gagal dalam aspek khusus ini (tanpa menafikan dia mungkin cemerlang dalam aspek-aspek lain).

Imam Al-Banna banyak mendidik ahli Ikhwan berbagai erti iman, ukhuwwah, disiplin, kesungguhan, zuhud, qanaah, amal qawiyy melalui cara amali dalam banyak kisah-kisah yang tercatat dalam sejarah beliau. Kita akan kupas kisah-kisah ini satu persatu nanti ان شاء الله

Moga Allah swt memberi taufiqNya kepada kita untuk mendidik dan dididik ke arah menjadi Duat yang berkeperibadian tinggi dan luhur. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Muslimin Malaysia
12.2.2016

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: