Ulangtahun ke 67 syahidnya Imam Hasan Al-Banna

image

Pada 12 Feb 2016 lalu tepat 67 tahun Imam Hasan Al-Banna ditembak syahid setelah beliau mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin yang kini tersebar lebih dari 100 buah negara di seluruh dunia.

Apa yang lebih menonjol adalah Imam Al-Banna telah menghidupkan kembali erti Islam yang sahih, menunjukkan jalan amal, berjuang dan berjihad untuk memenangkannya dan mengembalikan harapan Umat Islam untuk bangkit kembali setelah cuba dihancurkan sistem dan akidahnya selama ratusan tahun oleh Barat sejak Perang Salib hingga ke saat ini.

Dari penelitian, pengamatan dan pengalaman yang lalui, khasais atau ciri-ciri utama dakwah Ikhwan Muslimin terus teguh dan berkembang sehingga ke hari ini adalah seperti berikut :

1- Ilmu, kefahaman, jalan dan rijal (pendokong) yang jelas, teguh, yakin dan bersungguh yang dididik dan ditinggalkan oleh Imam Al-Banna berjaya menerus dan mengembangkan gerakan Ikhwan Muslimin walaupun selepas ketiadaannya.

Benarlah yang beliau katakan bahawa ini adalah perjuangan bagi fikrah dan manhaj yang panjang, bukan perjuangan sesiapa atau individu yang singkat.

2- Amal jamaiyy munazzam (bersistem lagi berorganisasi) yang dicetuskan. Walaupun beliau sendiri yang mengasaskan Ikhwan Muslimim, namun beliau sendiri mengajak mengadakan Muktamar Tahunan dan tunduk dibawah keputusannya dan perlembagaan.

Tiada sesiapa pun berada di atas dari perlembagaan dan undang-undang organisasi termasuk hak-hak dan kewajipan ahli, cara memilih pemimpin dan had tempoh masa setiap jawatan serta matlamat dan objektif yang mesti dicapai oleh semua ahli dan pimpinan.

3- Ruh Islam dan gerakan yang diperolehi dari Al-Quran, As-Sunnah, amal Salafus Soleh yang ditiup ke dalam jiwa pendokong Dakwah. Maka yang menggerakkan amal adalah rasa kewajipan yang tinggi, bukan sekadar arahan biro, ikatan Ukhuwwah yang amat erat, bukan sekadar ikatan borang keahlian dan logo pertubuhan dan seumpamanya menjadikan Ikhwan Muslimin tidak mampu dihapuskan walau pembunuhan dan penangkapan dilakukan ke atas ramai pendokongnya.

Ini adalah kerana bunuh dan penjara hanya dapat dilakukan terhadap fizikal atau tubuh badan manusia. Sebaliknya ruh, rasa kewajipan, ukhuwwah, keyakinan tertanam jauh di lubuk hati dan jiwa yang tidak dapat dicapai oleh tali gantung maupun tabir besi penjara.

3- Kefahaman Islam yang syumul, menyeluruh dan seimbang menjadikan fikrahnya layak mewakili Islam di abad ini dan menyelamatkannya dari bersama ramai orang Islam yang terjebak ke dalam perangkap musuh yang banyak mereka-reka “Islam” baru samada ekstrim mengganas membunuh sesama Islam atau ekstrim liberal sehingga bertoleransi dengan akidah atau perundangan musuh.

Umat sangat berhajat kepada mengenali peribadi Mujaddid Kurun 20 ini disegi sejarah beliau maupun ilmu, kefahaman dan perjuangan yang beliau bawa. Adalah juga mustahil seseorang mengenalinya tanpa melalui tarbiyah yang sahih, panjang, ikhlas dan bersungguh dibawah murabbi yang mursyid dan dalam suasana amal dan jihad yang serius.

Moga Allah swt merahmati Imam Hasan Al-Banna dengan rahmatNya yang luas, memasukkannya ke dalam syurga tertinggi Firdaus bersama para Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin dan memasukkan kita bersama mereka. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Muslimin Malaysia
17 Feb 2016

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: