Tajmik Mendidik Diri Memimpin

image

Yang kita harapkan dari setiap akh dan ukht agar turun padang untuk menyentuh masyarakat, mentajmik mereka adalah bukan sahaja untuk menambah kuantiti para duat di atas Jalan Dakwah ini, bahkan juga untuk menggilap seni kemahiran pada setiap akh dan ukht dalam ‘membaca dan mengenal manusia’ itu sendiri.

Melihatkan kepada pengalaman, penelitian dan sejarah, sohibul (orang yang melakukan) Tajmik bukan sahaja mampu membina syakhsiah-syakhsiah hebat, bahkan mereka juga jaguh dalam memimpin dan mengendalikan keluarganya serta membimbing masyarakat sekelilingnya

Insan terulung yang melakukan amal Tajmik adalah Rasulullah saw sendiri. Sebaik turun dari Gua Hirak dan ditabalkan menjadi Rasul, Baginda saw mentajmik isterinya, Khadijah ra, sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq ra dan mereka yang hampir kepadanya kepada Islam. Kemudian Nabi saw mentajmik saudara maranya yang terhampir. Abu Bakar As-Siddiq ra pula mentajmik Uthman bin Affan ra, Abdul Rahman bin Auf ra, Bilal bin Rabah dan lain-lain kepada Islam.

Pada diri dan sejarah yang ditunjukkan Abu Bakar As-Siddiq ra menjadi petunjuk bahawa :

1- keyakinan tinggi pada Fikrah dan Risalah yang diperjuangkan, sehingga sanggup berkorban jiwa, harta dan masanya, dipadukan dengan

2- amal tajmik yang luas dan berterusan yang beliau sendiri melakukan dan menjayakannya, seperti yang dikemukakan di atas

mampu dan telah melahirkan Khalifah Pertama kepada Rasulullah saw dan umat ini.

Dari amalan Tajmik, para Duat :

1- Memahami jiwa dan tindakbalas manusia terhadap Risalah yang diseru. Ini adalah kemahiran paling penting, kerana Dakwah tidak lain selain meyakinkan jiwa dan hati manusia terhadap Risalah yang dibawa.

Secanggih mana teknik-teknik Dakwah dijalankan samada menggunakan internet, melalui latihan dan peruntukan besar, namun sekiranya Dakwah hanya berkumandang di luar telinga, tetapi gagal menusuk masuk ke dalam jiwa dan meyakinkan hati, maka amalnya belum mencapai prestasi dan kejayaan yang diharapkan.

2- Mengenali kemampuan diri Duat sendiri dalam menjalankan tanggungjawab dakwah fardiyah di tengah-tengah masyarakat, sekaligus mengenali kemampuan Dakwah itu sendiri dalam menuju matlamatnya.

Mengenali kemampuan dalam adalah suatu rukun perancangan strategik yang asasi. Tanpa mengenalinya, segala pelan walau secanggih dan sehebat mana pun, akan menemui kegagalan dan tidak mencapai sasaran yang digariskan.

Contohnya, beberapa orang merancang untuk membina loji memproses minyak kelapa sawit, atau kilang penapis petroleum yang berharga beratus juta ringgit dalam satu tempoh tertentu, namun selepas selesai pelan digariskan, mereka dapati modal terkumpul yang ada pada mereka hanyalah RM1000 sahaja. Pelan itu pasti gagal.

Begitu juga kegagalan mengenali kemampuan Dakwah untuk mentajmik, samada lemah, sederhana atau kuat, menyebabkan pelan hanya tinggal pelan, tanpa sebarang tindakan sebenar yang boleh dicapai, walau sehebat mana pelan tersebut dirangka.

Demikian pentingnya kemahiran dan pengalaman Tajmik yang mesti ada pada para Duat.

3- Mengenalpasti kedudukan Dakwahnya pada mata masyarakat, samada mendokong, menyokong, biasa sahaja atau menentang. Penilaian ini lebih tepat dari sekadar mengagak-agaknya sahaja dari meja mesyuarat tanpa terlibat sendiri di tengah-tengah masyarakat.

Dakwah yang telah mempunyai kedudukan yang baik dan harum di dalam masyarakat, memudahkan lagi amal Tajmik. Contohnya produk makanan jenama Nèstle mudah dibeli pelanggan dengan hanya sedikit promosi tambahan, berbanding dengan produk jenama-jenama yang lain.

Dalam masa yang sama, perancangan strategik Nèstle dengan kedudukannya yang lebih selesa, sudah tentu tidak sama dengan gerakerja jenama yang lain yang masih bertatih.

Duat yang melakukan amal Tajmik, dengan respon berbagai dari individu-individu berbeza lebih mampu mengenali kedudukan Dakwahnya di tengah-tengah masyarakat berbanding duat yang lain.

Moga Allah swt memberi TaufiqNya kepada amal Dakwah kita. Ameen.

Us. Hj. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulamak Ahlus Sunnah Sedunia
Ahli Majlis Syura ISMA
image

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: