Tahun ke 92 Tamat Khilafah

image

(Foto : Maqam Khalifah Pertama dan Pengasas Khilafah Uthmaniah, Sultan Uthman Ghazi di bandar Bursa, Turki, ibu negara pertama Khilafah Uthmania).

Semalam pada 3 Mac 2016, genap 92 tahun Khilafah Islamiyah ditamatkan di Turki oleh musuh-musuh Islam sedunia. Kejatuhan khilafah Islam adalah satu malapetaka terbesar umat zaman ini. Lebih menyedihkan lagi adalah, dengan kejahilan dan kealpaan Umat, peristiwa tersebut maupun ulangtahunnya berlalu saban tahun tanpa disedari atau diratapi oleh ramai masyarakat.

Kesannya pada hari ini, di zaman kini, Umat Islam terdedah kepada bahaya serangan musuh-musuhnya siang dan malam, sepanjang masa dan dari kesemua sudut yang boleh dikira oleh kita, samada sudut perang fizikal seperti ketenteraan dan politik, maupun serangan spiritual seperti budaya, akhlak, pemikiran, ideologi, ilmu, akidah dan kefahaman.

Apa yang kita dapati dari bacaan, maupun yang kita saksikan dengan mata kepala sendiri menerusi media dan riwayat, jutaan dibunuh dan masih dibunuh, jutaan menjadi pelarian yang merempat mencari sesuap nasi harian di negara-negara Islam lain atau berhijrah ke negara-negara Barat menunggu anak-anak mereka terdedah kepada diayah Kristianisasi, ideologi liberal atau pegangan atheisma (tanpa tuhan) di negara-negara Kristian.

Di dalam negara-negara Islam pula, terdapat golongan Harbi yang menentang perlaksanaan Syariat Islam bebas melakukan apa sahaja sesuka hati mereka dengan slogan kebebasan sejagat yang dilaungkan.

Manakala golongan Munafikin berwalak kepada mereka dan bersandiwara di depan Umat Islam sebagai tokoh, jaguh dan pejuang yang mereka dakwah boleh memimpin dan membimbing ke arah ekonomi dan masadepan yang lebih gemilang. Namun setelah berdekad berlalu, Umat Islam masih dan terus ketinggalan dalam semua aspek berbanding Umat bukan-Islam yang lain, bahkan banyak kebebasan, gaji yang mencukupi, kebersihan kawasan yang sepatutnya, pembangunan infra yang baik, media yang selari dengan akidah mereka, urustadbir yang bersih yang lain-lain keperluan manusia di dunia seperti yang sedang dinikmati oleh Umat-umat Negara Maju lain di dunia hari ini.

Setelah 92 tahun berlalu, kemelut ini masih berterusan, malah di sesetengah negara umat Islam, keadaan bertambah kusut dan parah dengan berlaku peperangan dan rampasan kuasa.

Ia adalah fenomena yang lebih rumit dan lebih gawat dari Umat Islam terdahulu, kerana Umat hari ini diserang dari luar dan dari dalam.

Jika Umat terdahulu mampu bangkit, mengalahkan Kuasa-kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi, dan menjadi Pemimpin Dunia lantaran kualiti dan kuantiti yang dibina oleh Rasulullah saw, para Sahabat ra dan Tabien ra, maka kebangkitan zaman kini menuntut kualiti dan kuantiti yang tidak kurang dari yang terdahulu. لا يصلح اخر هذه الامة الا بما صلح به اولها (Tidak akan baik akhir Umat ini melainkan dengan apa yang membaikkan awal Umat ini yang terdahulu).

Untuk membina kembali binaan besar Umat ini, memerlukan batu-bata, tiang dan pasak yang kuat pula. Kerana itu pentarbiyahan setiap satu individu dan keluarga adalah perkara yang amat dan paling mustahak pada fasa ini. Jika unit-unit ini rapuh, bukan sahaja daulah dan khilafah yang dicita-citakan itu masih jauh, bahkan jemaah sebagai kenderaan untuk menjayakan visi dan misi sedemikian juga akan lesu, panjang angan-angan, berantakan dan berkecai dek godaan dunia, hawa nafsu dan Syaitan.

Moga ulangtahun ke 92 lenyapnya Khilafah Islamiyah semalam terus menyedar dan membakar jiwa Umat ini untuk bangkit, bekerja dan berjaya menuju cita-cita untuk mengembalikannya. ويومئذ يفرح المؤمنون بنصر الله bermaksud, “Pada hari kemenangan itu orang-orang beriman bergembira dengan kemenangan (anugerah) Allah”.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulamak Ahlus Sunnah Sedunia
Ahli Majlis Syura Isma
4 Mac 2016
Istanbul
image

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: