Katibah Mendidik Ruh

image

Apabila Imam Al-Banna menjadikan wasilah Katibah sebagai penguat ruh anggota Ikhwan, ia bermakna :

1- Pembersihan ruh dan jiwa merupakan salah satu asas terpenting dalam pembinaan diri, tanzim dan jemaah.

Ini penting kerana Islam tegak di atas asas jiwa yang suci bersih, jauh dari nafsu dan kepentingan dunia.

2- Penyucian hati dan jiwa mesti diusahakan melalui suatu bentuk amal jamaiyy seperti taaruf, pergaulan aspek ruh dan jasad sesama ikhwah ketika program berkenaan, dan tidak memadai sekadar amal fardiyy berupa solat dan zikir sendirian atau seumpamanya.

Ini penting untuk memelihara hati dan jiwa ikhwah dan akhawat dari rosak, lalu membawa kepada perselisihan hati yang boleh membantut perjalanan Dakwah dan menghalang dari mencapai ke matlamatnya.

3- Bermalam dalam suasana Katibah yang jauh berbeza dari keselesaan di rumah mengajar kita menyalahi dan merubah kebiasaan tabiat yang telah lama bersarang di dalam diri.

Ini penting kerana setiap diri kita mempunyai ciri dan kecenderungan diri yang berbeza kerana perbezaan keluarga di tempat dia dibesarkan, perbezaan pendidikan dan ilmu, perbezaan tahap keikhlasan dan kesungguhan sepanjang ditarbiyah serta perbezaan pendedahan dan pengalaman.

Kesemua perbezaan di atas membentuk tabiat baik maupun buruk, positif maupun negatif, membantu maupun membahayakan, lalu wasilah Katibah yang menyalahi tabiat kebiasaan sangat membantu sesiapa yang ingin membuang tabiat buruk yang dimilikinya selama ini, samada dia sedar atau tidak.

4- Tahajjud disifatkan Allah swt sebagai memberi kesan besar kepada jiwa إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا (Solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya – Al-Quran) dan lebih difahami pengertiannya. Dengan ini ikhwah dan akhawat tahu bahawa kemenangan sebenar adalah milik Allah semata-mata. Dia hanya mengurniakannya kepada hamba-hambaNya yang hakiki.

Ini penting kerana ia mengajar ikhwah akhawat satu hakikat penting iaitu jika hati dan jiwa mereka rosak, pemahaman mereka dari ayat-ayat Al-Quran tidak tepat dan perjalanan akwah mereka tidak rabbani, maka mereka hilang salah satu rukun pejuang Islam yang asasi. Jika ini berlaku, maka perjuangan mereka tidak lagi berbeza dari kerja laku badan dan parti politik yang lain, lalu amal mereka tidak ke mana.

Kerana itu Imam Al-Banna menjelaskan bahawa tujuan Katibah adalah untuk “تقوية الصف بالتعارف وتمازج النفوس والارواح ومقاومة العادات والمألوفات والمران على حسن الصلة بالله واستمداد النصر منه …” (menguatkan Saff melalui taaruf dan bertaut dan bergaul hati dan ruh sesama ikhwah atau akhawat, menyalahi adat dan kebiasaan dan melatih menguatkan hubungan baik dengan Allah dan mendapatkan Kemenangan dariNya – AlQuran).

Moga Allah swt membersihkan hati dan jiwa kita untuk menjadi pejuang agamaNya yang berkelayakan dan sebenar serta menjamin kelansungan dan kejayaan Dakwah yang kita perjuangkan sehingga mencapai matlamatnya. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulamak Ahlus Sunnah Sedunia
23.5.2016

image

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: