DAKWAH & POLITIK ISLAM

image

Politik Islam dan menegakkan Negara Islam tidak sama dengan sepak terajang politik biasa untuk mendapat kuasa dan memerintah negara. Perbezaan nya sangat besar seperti langit dan bumi.

Politik Islam didahului dengan Dakwah supaya Rakyat menghayati aqidah Islam terlebih dahulu dan mereka sanggup berubah dari sikap “apa negara boleh beri mereka” kepada sikap “apa yang mereka boleh berkorban untuk negara”.

Seerah menunjukkan selepas tertegak Negara Islam Madinah, rakyatnya mesti sedia untuk berkorban menghadapi serangan demi serangan kuasa asing seperti Quraisy Mekah, Bani Ghatfan sekeliling Madinah dan Yahudi Khaibar, disamping kaum Munafiqin dan Yahudi di dalam Madinah itu sendiri.

Ini bermakna rakyat dalam sesebuah Negara Islam mesti bersifat mengutamakan Kepentingan Umum (seperti menegakkan Syariat Islam yang adil dan menyebarkan Dakwah ke seluruh dunia), melebihi Kepentingan Diri sendiri dan bukan sebaliknya.

Jika Rakyat tidak memiliki sifat ini, jika golongan Dakwah menang pilihanraya, mendapat kuasa, negara diserang dengan ekonomi atau senjata, Rakyat akan mengundi pula parti lain yang boleh menjanjikan keselesaan dunia untuk mereka dalam pilihanraya berikutnya, walaupun terpaksa mengorbankan prinsip-prinsip agama.

Apabila gerakan HAMAS di Palestin memenangi Pilihanraya Umum 2006, Barat menyerang ekonominya dan membuat sekatan semua bentuk bantuan. Dalam masa yang sama Israel menyerang secara ketenteraan dari masa ke semasa. Ramai kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji termasuk Perdana Menteri, Ismail Haniyeh.

Namun dalam pilihanraya-pilihanraya kecil selepas itu HAMAS tetap menang, walaupun parti-parti lain tajaan Barat menjanjikan peruntukan negara berbillion dollar dan Rakyat “boleh tidur di atas timbunan wang kertas” asalkan mereka mengiktiraf negara “I.s.r.a.e.l” dan meninggalkan jihad.

Dari sini terserlah satu prinsip penting dalam Politik Islam iaitu Rakyat yang mengutamakan Kepentingan Umum, mengatasi Kepentingan Diri.

Oleh itu para Duat jangan terlalu gopoh mengejar kuasa dan pemerintahan sedang Rakyat yang hendak diperintah hanyalah Rakyat yang hanya berkepentingan diri dan mengejar keduniaan semata-mata.

Sebaliknya Duat hendaklah sabar dan berterusan dalam Dakwah mendidik Rakyat untuk memahami dan menghayati Islam serta berkorban demi menjayakan risalah Islam ke seluruh dunia.

Di hari Rakyat telah dilihat faham, bersedia memikul tanggungjawab, rela berkorban diri, harta jiwa dan nyawa, maka saat untuk tertegaknya Negara Islam dan pendaulatan Syariat Islam adalah tidak jauh di ufuk sana.

Us. Abdul Halim Abdullah
Hari PRK Sg Besar dan PRK Kuala Kangsar
18 Jun 2016

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: