Apabila Umat Celaru Idola


Menjadi tabiat semulajadi manusia, mereka sentiasa dikesani oleh perilaku manusia yang lain, terutama dari manusia yang dikaguminya. Kerana itu meletakkan idola di depan para Duat merupakan sebesar-besar Tarbiyah, dan juga langkah amal Dakwah yang sangat penting.

Di aspek Tarbiyah, contoh ulung adalah Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu. Diikuti oleh para Sahabat ra dan para Mujaddid setiap abad. Sejarah perjuangan dan fikrah yang dibawa mereka dipelajari, dikaji dan diikuti sebaiknya.

Namun ramai ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat dan pertubuhan mengambil gaya dan strategi golongan politik kepartaian sebagai teladan dan ikutan. Ini menambahkan lagi keburukan dan bahaya sekiranya gaya dan cara tersebut adalah bertentangan dengan Islam.

Dua sebab kenapa ini berlaku adalah samada :

1- Tidak menguasai sepenuhnya fiqh seerah Rasulullah saw dan sejarah kepimpinan para Sahabat ra dan para Mujaddid sepanjang zaman. Ini disebabkan kurangnya menuntut ilmu dan kurangnya bimbingan guru yang mursyid.

2- Rosak jiwa lantaran tertipu dengan Syaitan atau cintakan dunia dan pangkat. Hal ini boleh menjangkiti kedua-dua golongan berilmu, dan lebih-lebih lagi golongan yang jahil.

Oleh itu adalah teramat penting usaha mengenengahkan idola sebenar kepada para Duat dan masyarakat, disamping usaha berterusan menyucikan jiwa dari sifat Al-Wahan dan dari penyakit-penyakit jiwa yang lain. (Baca selanjutnya Apabila Umat Celaru Idola | https://inijalanku.wordpress.com/2008/10/26/apabila-umat-celaru-idola/

Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
15 Ogos 2016

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: