“Merdeka” pada Seerah & Dakwah

Foto di tapak Perang Badar, 160 km dari Madinah. Badar bukan sahaja mengajar erti Pengorbanan, bahkan ia mengajar erti “Merdeka Jiwa” hakiki yang diperjuangkan oleh Risalah Islam.

Ketika Nabi saw dilahirkan pada 570M, Eropah berada di permulaan “Middle Ages (500M-1500M). Sistem feudal menguasai dan memperhambakan manusia sesama manusia.

Di zaman Feudal itu, Raja memiliki semua tanah dalam negara. Kerana tanah terlalu luas, dia anugerahkan sebahagiannya kepada The Nobles untuk diusahakan. 90% penduduk adalah Peasants atau petani. Mereka bekerja dibawah cengkaman The Nobles.

The Peasants tiada hak mempersoal The Nobles, apatah lagi untuk mempersoalkan Raja. Memilih Raja jauh sekali, sejauh langit dan bumi dan tidak termimpi sepanjang keturunan.

Allah menghendakki risalah dan tamaddun Islam menggantikan perhambaan ini.

Nabi saw adalah ketua Negara Islam di Madinah. Ketika persiapan Perang Badar, Nabi saw menusuk perut Sawad bin Ghaziah ra untuk meluruskan barisan. Apabila beliau sakit dan menuntut balas untuk menusuk perut Nabi saw, lalu seorang Ketua Negara setuju dan menyerah perutnya, terserlah satu tamaddun dunia yang baru, yang memberi erti “Merdeka” yang sebenar.

Seorang Rakyat benar di hadapan Ketua Negara, punya hak kebenaran, hak menyatakan kebenaran, hak membalas walau terhadap Ketua Negara, bahkan hak berbahas dan menuntut di hadapan mata kepala Rakyat (para Sahabat) yang lain.

Peristiwa kecil tetapi bertamaddun besar tersebut berlaku pada tahun 2 Hijrah. Sejak itu kisah demi kisah bagaimana Nabi saw mengajar erti “Merdeka” kepada Dunia. Kemuncaknya Baginda saw wafat tanpa menentukan penggantinya. Muhajirin dan Ansar dibiarkan memilih sendiri pengganti terbaik di kalangan mereka sebagai Khalifah.

Ini berlawanan dengan budaya Feudalisma di Eropah, bahkan di serata dunia saat itu, di mana masing-masing hendak menentukan pengganti mereka sendiri.

Erti “Merdeka” dihayati oleh para Sahabat dan Tabien selepas wafatnya Nabi saw. Seorang “Peasant” wanita berkata di depan umum “Saya tidak dengar dan taat, sehingga kamu wahai Khalifah Umar menjelaskan dari mana kamu dapat lebihan kain yang sedang kamu pakai”.

Hari ini banyak pengertian “Merdeka” yang diperkenalkan Islam, dikecapi sedikit sebanyak oleh umat-umat di Barat dan Timur, sedang Umat Islam di negara-negara mereka sendiri hidup diselabungi ancaman, penindasan, takut, fitnah dan diperbodohkan.

Ironinya, jiwa umat Eropah dibawah Feudalisma di zaman Middle Ages yang takut, tertekan, tertindas, tiada hak atau tidak dapat mempertahankan hak telah menjangkiti jiwa ramai umat Islam di negara-negara Islam sendiri pada zaman ini.

Oleh itu hakikat “Merdeka” bukanlah hanya “Merdeka Politik” dengan larinya Penjajah Barat dari tanahair kita semata-mata walaupun itu salah satu pengertian yang sangat utama, akan tetapi ia juga mencakupi “Merdeka Jiwa” yang sedang kita bahaskan, disamping “Merdeka Sosial”, “Merdeka Ekonomi” dan seumpamanya.

Penjajahan bersenjata oleh Barat dan Timur pada fasa awalnya bertujuan untuk Menjajah diaspek Politik dan kuasa. Namun ia tidak terhenti setakat itu selagi jiwa dan perasaan di dalam diri Umat Islam masih merdeka, bebas, berani dan tidak tunduk. Oleh itu fasa berikutnya adalah untuk merubah jiwa, hati hingga ke Aqidah.

Oleh itu sekiranya selepas “Merdeka”, Penjajah telah keluar dari Tanahair Islam, sedangkan jiwa, budaya, pemikiran, sikap dan pendirian Umat masih dibelenggu seperti ia sedang dijajah, maka pada hakikatnya Umat masih dijajah dan belum “Merdeka” sepenuhnya.

Hakikat “Merdeka” ini dihayati oleh Rub’ie bin Amir. Beliau dengan berani dan bangga menjelaskan erti risalah Islam kepada General Rustam yang memimpin tentera Parsi, dengan katanya :

“Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan siapa yang dikehendakkiNya dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah, dari kezaliman sistem-sistem, kepada keadilan Islam, dari kesempitan Dunia, kepada keluasan Akhirat”.

Jelas, dari sejarah dan Seerah, “penindasan, takut, tiada hak diri” dan seumpamanya adalah budaya Barat lampau, manakala “berani, punya hak, bebas bersuara” dan seumpamanya adalah budaya Islam dalam ertikata “Merdeka” yang lebih luas dan sebenar.

Imam Hasan Al-Banna ra amat memahami hakikat ini ketika beliau memimpin satu kebangkitan dan tamaddun baru melalui dakwah Ikhwan Muslimin dengan katanya :

“اننا نبنى حياتنا على قواعدنا واصولنا ولا نأخذ عن غيرنا وفى ذلك أفضل معانى الاستقلال الاجتماعى والحيوى بعد الاستقلال السياسى”
“Kita membina kehidupan kita di atas prinsip dan dasar kita. Kita tidak memceduknya dari (tamaddun) selain kita. Demikian itu adalah erti terbaik kepada Merdeka Sosial dan Kehidupan, selepas Merdeka Politik (dengan larinya Penjajah dari bumi Islam)”.

Moga Allah swt mengurniakan kepada setiap dari kita dan Umat ini kemerdekaan yang hakiki dan sempurna. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
31 Ogos 2016

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: