Tazkirah Hari Merdeka

Hari ini 31 Ogos adalah hari yang diraikan rakyat Malaysia sebagai Hari Kebangsaan. Ia sebagai memperingati hari kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dari penjajah Bristish.
Sebenarnya ia bukan sahaja kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British, akan tetapi pembebasan dari Kuasa Tentera Salib yang menjajah Tanah Melayu silih berganti dari tahun 1511 oleh Portugis, kemudian dijajah oleh Belanda, Jepun dan British.

Penjajahan selama 446 tahun itu adalah sangat panjang. Jika satu abad mempunyai 3 generasi, maka umat kita telah dijajah selama 13 generasi.

Apabila Barat menggunakan strategi Penjajahan Fikiran (disamping Penjajahan Bersenjata sepanjang zaman) sebagai senjata baru terhadap Umat Islam bermula dengan penjajahan Napolean ke atas Mesir, tanahair kita tidak terkecuali dari mendapat padah dan penyakit tersebut.

Penjajahan Fikiran (الغزو الفكرى) bermakna menjajah pemikiran, ideologi, jiwa, hati dan perasaan, mempengaruhi dan mengalihkannya dari arah Islam, Syariat dan Akhirat, bertukar menjadi Umat menuju ke arah Barat dan kebendaan dunia.

Penjajahan Fikiran yang panjang juga telah melalaikan ramai Umat Islam dari menghayati agama ini dalam seluruh kehidupan diri dan bernegara, serta alpa dalam menyebarkannya ke seluruh pelusuk Dunia, seperti yang ditunjukkan oleh para Sahabat Rasulullah saw dan generasi Islam terdahulu. Lihat bagaimana dengan pelayaran dan jihad mereka, Islam telah tiba di Tanah Melayu sejauh ribuan kilometer dari negara mereka.

Oleh itu sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada hari ini, dengan kalahnya keluarnya British dan berakhirnya penjajahan Barat ke atas Tanahair kita, marilah kita mengisi kekosongan tersebut dengan Islam yang hakiki, menyeluruh dan sempurna. Marilah kita bina kembali jiwa dan pemikiran Umat kita yang telah lama dijajah dan diubah.

Semua ini kita lakukan dengan keyakinan bahawa Allah sst memberi keagungan kepada Umat adalah dengan cara Islam diaspek penegakan aqidah dan perlaksanaan syariatNya. Tetapi apabila sesuatu umat memilih selain Islam untuk bangkit, mereka dihina oleh Allah, seperti nasihat Sayyidina Umar Al-Khattab ra.

Moga Allah swt memelihara Umat kita dari segala mara bahaya jiwa dan raga, yang datang dari luar dan dalam.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki sesuatu yang buruk ke atas sesuatu kaum (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”
(Al-Quran).

Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
31 Ogos 2016

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: