Dr Muhammad Kamal syahid

Dr. Muhammad Kamal, pimpinan Ikhwan Muslimin.

Sejak rakyat Mesir berjaya memilih Presiden Mursi dalam pilihanraya bebas tahun 2012, diikuti dengan rampasan kuasa tentera (Kudeta) pada tahun 2013 berikutnya, para pemimpin gerakan Islam di Mesir diburu, dipenjara, disiksa dan ramai yang dibunuh.

Di pihak Rakyat, mereka terus menerus menyuarakan bantahan secara terbuka melalui perarakan, media sosial dsb, dan secara senyap melalui pertemuan dan perbincangan. Keadaan ekonomi negara yang semakin parah, dengan inflasi tertinggi serta matawang Mesir, Junaih yang menjunam teruk menyedarkan lagi Rakyat bahawa Kudeta bukan membawa kebaikan kepada mereka dan negara seperti yang dilaung-laungkan sebelum ni.

Di pihak Kudeta, mereka terus menerus cuba memadamkan kebangkitan Rakyat, by hook or by crook (samada cara baik dan halus, maupun cara jahat dan kasar). Media-media perdana diperalatkan ke arah menarik hati Rakyat terhadap Kudeta, disamping memburukkan sejarah, pemimpin dan pendokong Revolusi 2011. Pihak keselamatan Kudeta pula berterusan memenjara atau membunuh tokoh-tokoh Revolusi agar apinya dapat dipadam dan sejarah nya dilupai zaman.

Semalam, pihak keselamatan Kudeta telah membunuh salah seorang pemimpin kanan Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Kamal bersama rakannya, Dr Yasir Syihatah.

Berikut adalah kenyataan akhbar dari Ikhwan Muslimin mengenai pembunuhan kejam tersebut :

KENYATAAN RESMI

قال تعالى” وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ”

Firman Allah swt, “Dan janganlah kamu menyangka orang-orang yang dibunuh di jalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan (sebenarnya) mereka hidup dan diberi rezeki di sisi Tuhan mereka”.

فى واحدة من أعتى جرائم السفاح أقدمت قوات أمن الانقلاب العسكري على اغتيال الدكتور محمد كمال عضو مكتب الارشاد والقيادى بجماعة الإخوان المسلمين كما اغتالت معه الدكتور ياسر شحاته مدعية أن الدكتور كمال الطبيب الذى جاوز الستين يمكن أن يحمل السلاح ويطلق الرصاص نسوا أنهم هم من أعلنوا أنهم قبضوا عليه أولا وما لبثوا بعدها بساعات أن أعلنوا أنهم قتلوه فى تبادل لإطلاق الرصاص .

Dalam salah satu dari jenayah As-Sisy yang paling kejam, pihak keselamatan Kudeta Tentera telah melancarkan pembunuhan ke atas Dr. Muhammad Kamal, seorang anggota Maktab Irsyad dan pemimpin Ikhwan Muslimin. Turut dibunuh bersama beliau adalah Dr. Yasir Syihatah.

Pihak Kudeta mendakwa bahawa Dr. Kamal, seorang doktor perubatan berumur 60an mungkin memiliki senjata dan menembak dengan peluru.

Mereka lupa bahawa pada awalnya mereka telah mengumumkan penangkapan ke atasnya. Tetapi tiba-tiba beberapa jam selepas itu mereka mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menembaknya mati dalam satu kejadian tembak menembak.

الانقلاب الذى فشل فى إدارة البلاد وجرها إلى الدمار والخراب ومن ثم طحن الشعب فى أتون الغلاء والأمراض والفساد يريد الآن أن يدارى خيبته وفشله بمزيد من القتل وسفك الدم فقد أدمن هذا النظام الفاشي سفك الدماء .

Kudeta telah gagal mentadbir negara Mesir dan telah membawa negara ke arah kehancuran dan kerosakan. Oleh itu mereka menekan Rakyat dengan kemelut inflasi, penyakit dan skandal. Kini mereka mahu kejahatan dan kegagalan mereka ditambah lagi dengan pembunuhan dan penumpahan darah. Pemerintah diktator ini telah ketagihan menumpah darah.

لن تخيل علينا ولا على الشعب ألاعيبك الخبيثة ولن يفلت المجرمون القتلة بجريمتهم أبدا ، قريبا ستحاسب الثورة الجلادين عندها ستكون العدالة الناجزة وعندها يفرح المؤمنون ويفرح المظلومون ويفرح المصريون ولعل هذا اليوم قريبا فالانقلاب يكتب نهايته بيده .

Tidak akan hilang dari ingatan kami dan Rakyat akan permainan kotor anda wahai As-Sisy. Penjenayah-penjenayah dan pembunuh sekali-kali tidak akan lepas lari dengan jenayah mereka. Saatnya hampir tiba untuk Revolusi ini menghisab perbuatan kotor yang dilakukan oleh para penjenayah. Ketika itu Keadilan akan ditegakkan. Ketika itu orang-orang beriman, orang-orang tertindas dan rakyat Mesir akan bergembira. Mudah-mudahan hari itu dekat. Pengakhiran Kudeta adalah padah dari tindak tanduk mereka sendiri.

يقول الله تعالى ( وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ (42))

Firman Allah swt bermaksud, “Dan jangan kamu menyangka Allah lalai terhadap kerja orang-orang zalim. Hanyasanya Allah menangguhkan (balasan untuk) mereka ke hari (yang) mata-mata terbeliak kaku (lantaran dahsyatnya azab)”.

تقبل الله شهداءنا وأسكنهم فسيح جناته وقاتل الله المجرمين القتله .

Moga Allah swt menerima para Syuhadak kita, menempatkan mereka di dalam SyurgaNya yang luas. Moga Allah memerangi para penjenayah lagi pembunuh.

الإخوان المسلمون
الثلاثاء 3 من محرم 1438هـ الموافق 4 أكتوبر 2016م

IKHWAN MUSLIMUN
Selasa 3 Muharram 1438H
4 Oktober 2016M

Terjemahan @ijk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: