Pada Syahid Itu Petunjuk Jalan

Dr Muhammad Kamal (kanan) syahid bersama sahabatnya, Dr Yasir Syahatah (kiri) dibunuh Kudeta Mesir di kediaman mereka.

Beberapa hari lalu, kezaliman Kudeta Mesir mencapai salah satu kemuncaknya dengan membunuh syahid Dr Muhammad Kamal, pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir. Ia tidak akan berhenti di noktah itu. Bahkan ia adalah isyarat bahawa pertarungan hak dan batil boleh mencapai tahap yang tidak tergambar oleh insan biasa.

Bagi Duat yang memahami tabiat (nature) Jalan Dakwah ini, syahid merupakan salah satu deposit bagi mencapai kemenangan hakiki yang dikehendakki Allah swt. Perjuangan para Rasul as dan seerah Nabi saw sendiri sebaik-baik petunjuk kepada hakikat tersebut.

Oleh itu, persediaan Rijal Dakwah bukan sekadar untuk menghasilkan insan tanpa kualiti sehebat itu, atau hanya memadai untuk menghasilkan tukang sorak, pengundi di kertas undi atau pelaksana aktiviti-aktiviti umum semata-mata.

Sebaliknya pertarungan sengit akhir zaman ini menuntut Duat yang tinggi iman, sanggup berkorban jiwa raga, faham Matlamat dan Jalan, memiliki sifat murabbi, adil, peka mengambil peluang-peluang dan cermat menangkis panahan musuh.

Mana-mana umat yang berada dalam keadaan seperti Umat kita hari ini, yang ingin berperanan seperti peranan Umat Islam yang sebenar, tidak sepatutnya berpada dengan sekadar aktiviti yang hanya bertujuan mendapat pujian sementara atau sekadar ucapan-ucapan yang dihiasi dengan kata-kata pengharapan dan cita-cita semata-mata.

“Sebaliknya Umat seperti itu hendaklah menyediakan dirinya untuk pertarungan panjang lagi sengit, pertembungan dahsyat di antara Hak dan Batil, diantara manhaj yang memberi Menfaat berbanding manhaj yang memudaratkan manusia, diantara pemilik Kebenaran berdepan berbanding perampas Kebenaran, diantara orang-orang ikhlas lagi bersemangat juang berbanding orang-orang yang sekadar mendakwa-dakwa lagi pendusta.

Umat itu mesti tahu bahawa Jihad adalah dari perkataan Juhd (bersungguh-sungguh). Bersungguh itu adalah letih dan perit. Pada Jihad tiada rehat sehingga ia selesai mencapai objektifnya” [Imam Hasan Al-Banna].

Dr Muhammad Kamal telah melalui semua pengalaman tajmik, tarbiyah, dakwah, intisyar (penyebaran dakwah), menang Pilihanraya (Dr Mursi menjadi Presiden Mesir), rampasan kuasa dan mati sebagai syahid. Rentetan fasa demi fasa di atas, mempunyai pengajaran dan petunjuk bagi kaum yang berfikir.

Moga Allah swt menerima kesyahidan Dr Muhammad Kamal dengan keampunan, ganjaran, syafaat dan kehidupan, serta menanam kesabaran kepada ahli keluarganya yang ditinggalkan. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
8 Oktober 2016.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: