Us.Halim

Ustaz Abdul Halim

INIJALANKU adalah blog Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, 55 tahun. Beliau dilahirkan pada 6.11.1965 di Seremban, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan di :-
Sekolah Kebangsaan (dulu Jenis Kebangsaan Inggeris) King George V (KGV), Seremban, NS (1972-1977), Tahun 1 – Tahun 6.
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kuantan, Pahang (1978-1982), Tingkatan 1 – Tingkatan 5.
Kelvin Grove State College (Matriculation), Brisbane, Australia (1983), 1 tahun.
University of Queensland, Brisbane, Australia (Bachelor of Engineering 1987), (1984-1987), 4 tahun.
Universiti Al-Azhar, Cairo, Egypt (B.A. Islamic Studies & Arabic Literature 1993), (1989-1993), 4 tahun.
Asy-Syeikh Hasan Al-Bakury Higher Institute for Islamic Studies, Cairo, Egypt (Graduate Diploma 1996), (1994-1996), 3 tahun.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kuantan, Pahang dan Bukit Pelindung.

170px-kelvin_grove_state_college_crest.jpg

banner_kg.gif

Kelvin Grove State School (dulu Kelvin Grove High School & Evening Classes), Brisbane, Queensland, Australia. Kelas Matematik I dan Matematik II saya di bilik paling dekat di foto di atas. Kelas Chemistry dan Physics saya di bangunan paling belakang sekali.

Pada tahun 1985 ketika menuntut di Australia, beliau berkahwin dengan Ustazah Hajjah Fariza Ibrahim, berkelulusan B.App.Sc – Applied Chemistry 1987 (Queensland University of Technology, Brisbane), B.A. Syariah IV (Universiti Al-Azhar, Cairo). Aqad Nikah dan Walimah dilangsungkan di Masjid Mount Gravatt, Nursery Road, Brisbane.

P1030122

Ustaz Halim dan isteri, Ustazah Fariza di University of Melbourne pada Julai 2009.

Mereka kini dikurniakan 14 orang cahaya mata Uswah Hasanah (lahir 1988 di Brisbane, Australia), Khairah (1989 Penang), Mohd. Hasan (1991 Kaherah), Husna (1993 Kaherah), Ahmad Jihad (1994 Kaherah), Nurul Islam (1995 Kaherah), Ahmad Muktaz (1997 Kaherah), Sarah (1999 Penang), Mohd. Umar (2001 Seremban), Ibrahim (2003 Seremban), Nasriah (2004 Seremban), Maryam (2006 Seremban) dan Ahmad Syahid (2008 Seremban) dan Fatimah (26/7/2010 Seremban).

uq-logo.gif

The Great Court, University of Queensland, Brisbane, Australia (menuntut di sini 1984 – 1987).

Di Australia juga beliau pernah menjadi AJK dalam Muslim Student Association of Queensland (MSAQ) dan berpengalaman bekerja dalam bidang hidrolik (hydraulic) di Beach Protection Authority, Queensland Harbours and Marine Department, Brisbane dan dalam bidang struktur (structures) di Queensland Electricity Commission (QEC) sebelum kembali ke tanahair pada April 1988.

uni-al-azhar.jpg

The Great Court, University of Al-Azhar, Cairo, Egypt (menuntut di sini 1989 – 1993).

(Berdiri di tengah) ketika menjadi Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM) 1993 bersama Ahli Jawatankuasa PPMM di pejabat Persatuan di Rumah Malaysia, Al-Abbasiah, Kaherah, Mesir.

Kini beliau bekerja sendiri manakala isteri beliau adalah seorang suri rumahtangga. Rumah mereka boleh diziarahi di alamat 214, Jalan Pulai Impian 4, Taman Pulai Impian, Sikamat, 70200 Seremban, Negeri Sembilan (Tel: 06 – 768 7717). Ayah beliau, Al-Marhum Haji Abdullah Hassan, adalah bekas kakitangan kerajaan dan ibunya, Hajjah Puteh Hasan, adalah seorang suri rumahtangga.

Foto ketika Hari Raya 2006 di kampung. (Berdiri dari kiri) Muktaz, Jihad, Uswah, Hasan, Khairah, Husna, Islam. (Duduk dari kiri) Umar, Ibrahim, Ustaz Halim, isteri (Ustazah Fariza memangku Maryam), Nasriah, Sarah. (Ketika ini Syahid – lahir 10.1.2008 – belum dilahirkan).

Foto terkini (diambil pada 27 Mac 2011) diposisi yang hampir sama – dari kiri (depan) Syahid, Ibrahim, Omar, saya, Fariza (isteri), Sarah, Nasriah, Maryam dan Fatimah. Dari kiri (belakang) Muktaz, Jihad, Hasan, Uswah. Khairah, Husna dan Islam. (Syahid dan Fatimah belum dilahirkan dalam foto berhari raya di atas).

Bersama isteri dan anak-anak di Pantai Jeram, Selangor, berdekatan Sek Men Islam Hira’ (foto Mac 2008)

Bersama menantu dan anak-anak perempuan di Kaherah, Mesir. (foto April 2008)

copy-of-sy-al-birri-us-halimBersama Al-Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birry, Rais Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) di depan Universiti Al-Azhar pada April 2008 lalu. Mesir banyak mengajar erti mencinta ilmu, kesabaran, perjuangan , kegigihan, keikhlasan dan tawadhuk.

Ustaz Halim pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM) pada tahun 1993-94. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 2007M.

Bersama ayahanda, Haji Abdullah Haji Hassan, 85 tahun, di hadapan maqam pengasas Jalan Dakwah akhir zaman, Rasulullah saw di Madinah. Di sisi maqam Baginda saw adalah maqam-maqam Abu Bakar As-Siddiq ra dan Umar Al-Khattab ra. (foto Jun 2008).

Beliau boleh dihubungi melalui telefon bimbit 019 – 678 0000 atau email ust.halim@yahoo.com

221 Respons

  1. Alhamdulillah, bertambah lagi satu blog islamik yg mewarnai dunia internet yg penuh dgn jahiliah. Semuga akan terus menyamarakkan lagi blog2 islamik lain…insyaAllah

  2. Assalam…

    Ya akhi, ana nak tahu macam mane akhi lepas grad deg. engineering enroll ke Al-Azhar.

    Ana lepasan Jaipetra 2006 dip. eng. electronic, sekarang berada di Kaherah, belajar bahasa di markaz. Jazakallah khoir

  3. Waalaikumsalam…. Selepas graduated Engineering, ana belajar dan ambil Sijil Senawi 4 (sekarang STAM) di Kedah. Dengan Sijil tersebut, ana layak memasuki Universiti Al-Azhar di Tahun 1. Untuk lebih cepat, bolehlah saudara ambil Diploma Syariah di KUDQI, MADEWA, Insaniah, KUSZA, UNITI dll. Dengan Diploma tersebut, saudara layak masuk terus ke Tahun 3 di Al-Azhar. Semoga berjaya.

    • Maaf, saya mencelah. Al-Azhar tak lagi menerima lepasan intitut2 tersebut ke tahun 3. Kena ambil STAM juga.

      • Sejak 2 tahun lalu Al-Azhar tidak menerima pelajar terus masuk ke tahun 3. Jadi semua kena ambil STAM dan masuk ke Tahun 01. Sesetengah universiti di Jordan pula mengambil ke Tahun 03.

  4. Assalamualaikum wr wbt,

    Alhamdulillah for another blog..moga2 dgn ini dapat membentuk pemikiran kami, budak2 zaman skrg…

    Moga Allah mudahkan ustaz utk terus istiqamah menulis dan update selalu..

    Jazakallahu khayr.

  5. Assalamu’alaikum Ustaz,

    Mubaraq di atas kelahiran blog. AlhamdulilLah penuh mutiara berharga. Teruskan menulis sebagai salah satu wasilah. Insya Allah blog ini akan saya singgah selalu di sepanjang pelayaran di dunia maya.

    Akhukum filLah
    Sukeri
    AJK JIM Pahang

  6. Jihad n Islam :), menarik nama anak uztaz.. n jazakillah kyair buka blog ni..

  7. Tahniah. Blog yang menarik. Pertama kali berjumpa musim haji 2002, saya ikut jamaah UK.

  8. Kepada Alfauzulashiq, terima kasih. Moga nama itu nanti akan mencerminkan orangnya, insyaAllah. Mohon pandangan dan cadangan seterusnya untuk penambahbaikan blog INI JALAN KU.

    Kepada Zulkhair, mohon maaf jika saya tak ingat wajah yang mana satu yang saya bertemu di Tanah Suci 2002M. Yg pastinya bukan wajah yang appear dalam Comment Zul tu kan. Tu wajah siapa? Wajah anak Zul ke? Saya akan ke Tanah Suci, insyaallah, 4 disember – 19 Januari. Jika ada sesiapa dari UK yang ke Tanah Suci Musim 1428H ni, mohon dapat bertemu di sana, tel saya 0503 – 508 007 (Saudi mobile).

  9. Alhamdulillah..selepas wordpress mungkin boleh dibukukan menjadi Mudzakirat ad-Daie wad Dakwah versi Malaysia. 🙂

  10. Saya ada juga terfikir. InsyaAllah, mudah-mudahan cadangan baik itu menjadi kenyataan suatu hari nanti. Terima kasih kerana berkongsi pandangan dan menyuntik semangat.

  11. slm ustaz…

    Ustaz,ana berumur 22 thn..Skr ana di thn satu kuliah syariah kaherah..Dgn Izin Allah pd umur 26/27 ana habis di peringkat ijazah..Ana cadg nk sambung engineering tp risau umur ana mnjadi pghalang krn ana ingin berumah tangga..Ana risau tak mampu..

    Nasihat@pandangan ustaz..Syukran..

    • salam khairul,subhanallah,ustaz kata bila adik tahun akhir,ustaz akan bincang semula ,kan?ustaz pegang janji…

      semoga jadi engineer .kak sokong jadi engineer yang ada double degree.

      kak degree TESL tapi sedang cari kolej homeopathi di UAE atau mesir.jika ada contact,mohon reply ya…

      suami kak dari mesir,kerja engineer di kulim.

  12. Assalammualaikum…

    Saya Nazri dari taman alamanda. Alhamdulillah dengan ada blog ni dapat juga saya banyak menimpa ilmu dari ustaz.

    Tahun ni ustaz pergi ke Mekah Tak? Cadangan saya nak buat badal haji untuk ibu mertua.

  13. Waalaikumsalam wr wb

    Wah ..nak buat engineering pula, lepas tamat Syariah. Kenalah buat keputusan dulu dari sekarang, nanti nak kerja di bidang apa.

    Itu semua boleh dibincang nanti, cuma disebabkan Khairul masih di Tahun 1, eloklah fikir dari sekarang, bagaimana nak tamatkan pengajian tersebut dengan cemerlang. Nanti masa Khairul di Tahn Akhir, kita boleh buka semuala topik cita-cita di atas. Bak kata orang, selesaikan satu satu.

    Saya nanti bersedia berkongsi pengalaman dan pendapat, insyaAllah. Wassalam.

  14. Kpd. Nazri,

    InsyaAllah, saya akan berada di Tanah Suci menunaikan fardhu Haji dari 4.12.2007 hingga 19.1.2008. Untuk Badal Haji, boleh hubungi 06-7644494 atau 016-6967770 (Hj.Azhar).

    Wassalam,
    Ustaz Halim.

  15. TAHNIAH!!! Blog yang menarik dari segi pengisiannya.Moga Allah SWT memberkati usaha ini, InsyaAllah.Siru’ala barokatillah

    Pengerusi
    Teras Pengupayaan Melayu
    Cawangan N.Sembilan

  16. Sebenarnya musim haji lalu pun ada jumpa di Hotel Qaherah. Buku saya bersama ayahanda Ust Khair baru saja terbit, sila ke http://ideamenulis.wordpress.com/books. Selamat bertolak ke Haramain.

  17. Ooh .. Zul Ust Khair dari Johor Bahru, ahlan wasahlan.
    Insyaallah, nanti saya akan baca. Kirim salam banyak2 kpd ayah. Ayah ke Mekah tahun ni?

  18. Assalamualaikum

    Menarik! Akhukum fillah. Sekilas pandang kategori yang ada, Ustaz Halim memang hebat. Sama belajar, sama kongsi ya Ustaz. Allahualam. Wassalam

  19. ustaz..
    salam ziarah dari bumi irbid~

  20. Tahniah atas kelahiran blog yang berbentuk islamik…..

  21. Waalaikumsalam wr wb
    Asma Khalid ke (zaujah Aiman)?
    Salam buat semua di sana yang mengenali.

  22. Assalamualaikum
    ustaz mabruk sama2 kita bersatu dlm menegakkan yg jalan ke ISLAM bukan menegakkan kebatilan …
    SEMOGA ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YG MEMBANTU AGAMANYA AMIN YA RABBALAMIN….

    ‘Ya Allah Ya Tuhan kami satukan hati-hati kami dibawah lindungan rahmatMu. Perteguhkan iman kami dengan aqidah yang kukuh. Dan jauhilah kami dari berburuk sangka terhadap saudara seagama kami. Mohon kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin..”

  23. Assalamualaikum, apa pendapat ustaz tentang laman web Taman Ilmu Islam yang diasaskan oleh pelajar Malaysia di Mesir?

    Adakah ustaz berminat nak join sama? Motonya bertajuk Bersama Menyemarakkan Intelektualisme Islam.

    Sekiranya web itu tidak disokong oleh ISMA, apakah alternatifnya?

    sekian, terimakasih.

  24. salam ziarah dr IIUM…

    congratulation ustaz for da islamic blog…

    segala input disini mmg beneficial..congrate again!

  25. salam dari madinah,
    kami menanti ketibaan ust Halim di sini.

  26. salam ust..bukan..saye asma haslan…same batch gak ngn asma khalid…anyway congrats!ngn blog nih!!sbbnye mase jumpe rituh kt irbid ustaz still lom wat blog nih lg..troskan mnulis!

  27. assalaamu alaikum ustaz, doa kami ustaz dan kluarga dalam keadaan sihat walafiat. kenali ana dr johor yg brsama rombongan haji 2006. ana dan zaujah skg ada kat kerala, india utk datang brubat (perubatan naturopathy). anak kat CUCMS yg britau tentang blog ustaz.

  28. Ustaz halim.

    Macammana dengan permintaan saya hari tu untuk rekomen anak saya ke Jeram.

    Terima kaseh banyak banyak diatas pertolongan ustaz.

  29. Assalamualaikum ya ustaz…

    syukran kathiraa sebab sudi tumpangkan kami kat nilai tadi…
    Semoga dimurahkan rezki olehNya…
    Doakan kejayaan kami ya ustaz…

    Ustaz nak ke Mekah tak lame lagi kan???
    Semoga selamat pergi n slamat balik…
    Semoga mendapat haji yang mabrur…INS.ALLAH

    wa akhiran Syukran kathiran…

    • salam ustaz,sekalung tahniah sy kpd ustaz,web yg sgt2 dinantikan dan menyebabkan sy sgt yakin betapa luasnya dunia dakwah jika hendak,persoalan sy,sy ada menemui sahabat sy seorg guru sains mengatakan binatang tapir itu spesisnya sama spt babi,sebab itu dia haram,apakah wujud sebarang nas atau hadis soheh yg mengesahkan pendapat ini,walaupun agak simple soalan ini ia sgt penting utk membantu ratusan student sy yg dalm kekeliruan-siti jelebu

  30. Ahlan Wasahlan dari Paris.

    Amat mengagumkan blog ini. Ia akan dibaca dgn lebih terperinci di masa akan datang. Baru kini dapat diketahui semua nama cahaya matamu satu persatu mengikut pangkat dgn pasti. Maklum lah, bila diserang ‘rakyat’mu di Sheraton Imperial, KL, tak semua nama melekat di kepala. Kesalnya, gambar bersama keluarga pada waktu itu lupa diambil.

    Kirimkan salam mesra dari Paris, France kepada semua ahli keluaga di Seremban, KL, Kuala Selangor dan Kaherah!
    Terima kasih sekali lagi semasa lawatan ke KL bulan lalu. Saya amat terharu dengan kemurahan hati keluargamu.

    Merci beaucoup a tous! (Terima kasih kepada semua!)

  31. assalamualaikum..
    mohon mahap ana masih tak kesempatan ziarah tuan sedangkan dah 2 kali tuan singgah al-irshad.

    ana nak buat satu blog al-irshad untuk tujuan promosi dana melalui waqaf lantai. Tuan ada idea yg praktikal ?

  32. Assalamualaikum…
    tahniah..!! blog yang amat bermanfaat dan menarik untuk dijadikan panduan.

    ana ada satu soalan,macam mana ana nak sambung pengajian ijazah syariah di mesir?untuk pengetahuan ustaz, sekarang ana mengmbil diploma penyelenggaraan pesawat.
    boleh ke ana gunakan sijil spm ana untuk program ijazah tersebut?spm dulu ana ambil subjek syariah,quran sunnah dan bahasa arab tggi..

  33. Tahniah dan syukur atas semangat untuk mendalami Islam, juga memahaminya melalui Bahasa Arab. Sijil SPM boleh digunakan untuk mendapat ijazah Peng Islam di Mekah, Madinah dan Jordan, cuma mungkin perlu belajar setahun dua Bahasa Arab di pusat bahasa di negara berkenaan. Adapun untuk mendapat ijazah di Al-Azhar, Mesir, mesti menduduki STAM di banyak sekolah-sekolah agama di Malaysia atau Dip Syariah di kolej-kolej yang diiktiraf Al-Azhar seperti INSANIAH di Kedah, KUDQI di Terengganu, MADEWA di Bagan Serai, UNITI di Port Dickson dsb.

    Kepada pelawat yang ingin menyiarkan kandungan Blog ini ke dalam laman-laman lain, saya izinkan, moga tersebar Fikrah Islam yang sahih di dalam masyarakat. Mohon disertakan rujukan sekali ya. Moga terlaksana erti pengajaran Hadis “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”.

  34. Assallammualaikum ustaz.. Tahniah juga dari saya. Harap dengan kehadiran blog ini. Kita dapat byk ilmu daripadanya.. Insyallah..

    Saya pun nak tanya juga ustaz.. subjek syariah,quran sunnah dan bahasa arab tggi atau yang berkaitan mengenai islam.. di mana kita boleh belajar ya??

  35. semoga blok al fadhil dapat kita semua manfa’atkan..ana cadangkan pada ustaz agar membuat pengisian yang berbentuk kefahaman serah nabawiyyah yang jelas dan terang agar menunjukkan jaln dakwah yang tidak terseleweng dari manhaj ini..mudah mudahan umat ini mendapt tarbyah seprti mana yg sepatutnya iaitu bersistem dan berterusan mengkut manhaj yang tepat..istamir was taqir ya ayyuhal ustaz..nad’un naas wa naqul lahum haza sabilii ana !! inna nahnu khairu ummah.

    su.ma.r >nP

  36. Assalamualaikum, terjumpa laman ini dari pautan laman lain.. terima kasih ustaz atas manfaat bacaan.

  37. assalamualaikum ustaz…
    saya aiman..ingat lagi tak?
    saya ingin menanya tentang bagaimana nak blajar dekat universiti al-azhar kalau masa saya sekolah sekarang ni saya tak ambil matapelajaran bahasa arab(sekolah biasa)
    rindu sgt ni nak belajar bahasa arab
    jadi saya harap ustaz dpt tlg atau memberi nasihat kpd saya 🙂

  38. Salam ustaz..mintak izin ambik link..doakan kami pelajar di mesir tgh exam..

  39. salam ustaz..tahniah bakal dpt menantu xlame lg..congrats to uswah &suhaib

  40. ustaz kalau ustaz pergi makkah lagi doakan semua org termasuk saya dlm menghadapi PMR dan SPM tahun ini ye ustaz…
    terima kasih…

  41. teruskan perjuangan membina generasi harapan

  42. tahniah dapat menantu baru..

  43. salam ‘alaik~
    ana junior k.uswah n k.khairah.mcm yg ust tahu kat hira’ ade akademik dan diniyyah nye serta tarbiyah. ana skrang f4. tak lama lg bakal melanjutkn pelajrn ke peringkt yg lebih tinggi.kalau boleh nak cari IPT yg ade gabungn mcm hira’ tp rasenye mcm xde setakat nih. dlm masa yg sama ana sgt b’minat nak ke mesir. alhamdulillah pencapaian akademik ana cemerlang. ana dilema nak smbung course sains atau syariah bile dh msk IPT nnt. ana rase terpanggil nak buat keputusan tu bile terfikir kelulusan yg d’perlukan bg m’ambil course yg ana nak ambil nnt. bg ana syariah bnde yg ana dh blaja dr kcik dan kalau tak blaja secara formal pun boleh blaja tp kalau bidang sains susah nak blaja kalau tak blaja dgn formal. ana juga rase tercabar untuk maju kan bidang sains bg pihak umat islam. untuk pengetahuan ust ana dh pernah tamat m’hafal al quran dan berusaha nk jg hafalan. ana tak nampak jalan bg ana tak capai cita-cita ana tu (sains+al quran+tarbiyah). tp macam nampak bayangnye di mesir. tp yg ana nampak mesir lebih kpd diniyyah. harap ust dpt beri pndangn. jazakallah

  44. salam wrt ustaz.

    ustaz, ana ada soalan. ana sdg mengambil medic ttp bukan di timur tgh. cdgn ana, ana ingin ambil shariah di mesir slps bekerja, dan berharap supaya dpt mengambil specialist juga di sana. skrg alhamdulillah, ana nak msk thn ke lima. ada kwn ustaz yg pernah juga buat mcm ni ke?

    mohon ustaz dpt berikan tunjuk ajar

  45. Buat specialist di Egypt belum pernah saya dengar setakat ini. Untuk buat Syariah kena ada Sijil STAM (masuk Tahun 1) atau Diploma Syariah (masuk Tahun 3 – lihat Profil Uswah Hasanah dalam posting Selamat Pengantin Baru). Buat specialist diBarat ada segala kemudahan seperti kerja bergaji dll tidak seperti di Timur Tengah. So, kena ada financial support. Keterikatan dengan penaja juga mungkin akan diambilkira. Yang terbaik, elok tanya pelajar2 Medic di Timur Tgh (blogroll ISMA Mesir) atau teman saya, Dr.Zainurrashid, MRCOG 012-6781644 dan MSD, Cairo, Ustaz Amri +20102362276. Tkasih.

  46. Assalamualaikum ustad, salam kenal..alhamdulillah semoga amal berbagi ilmunya dibalas oleh Allah berlipat-lipat.Amiin.

  47. Assalamualaikum,

    Ustz Halim,

    Tahniah, dah dapat menantu. Kami dah agak lama tak
    contact org-org Seremban sejak pindah ke Bangi.

    Tak pasti Ustz ingat kami tak. Sebelum ni tinggal di Rembau..

  48. Salam ustaz Halim, boleh minta email? ade perkara yg ana nak bincangkan dgn ustaz

  49. Salam . Ustaz, bagaimana hendak join ISMA…melalui program2 nya?..di Utara ada wakilnya ke..

  50. Semua kehadiran dan sumbangan saudara menguatkan Amal Islami di Utara. Sila lawati http://www.ismakedah.wordpress.com dan hubungi Ketua Perhubungan ISMA Kedah, Ustaz Faisol Md Isa 012 – 581 4161. Terima kasih.

  51. Assalamalaikum ustaz.

    Bila sudi datang ke Indonesia? Ramai pelajar malaysia di sini. satu-satu tempat dalam 500-700 orang.tiada ustaz dari malaysia yang sudi untuk bagi pengisian walaupun indonesia lebih teruk dari barat sendiri.kami baru mula hendak bangkit.namun tiada kekuatan jika tidak ada follow up dari pendakwah di malaysia dan kebanyakan pendakwah sendiri lebih tumpu kepada negara barat.

  52. Diharap ustaz dapat paparkan jadual kuliah ustaz di dalam laman web ini. InsyaAllah maka akan ramailah yang berminat mengikuti kuliah ustaz.

  53. assalamualaikum ustaz…apa kabar..moga Allah berkati hidup sekeluarga…sy minat untuk tahu lebih lanjut kisah pengajian ustaz dari brisbane ke azhar…bukan sahaja ustaz yang begitu, malah isteri pun turut sama buat degree di azhar…harap dapat buat satu artikel khas =p utk berkongsi pengalaman sebab memilih jalan begini…kerana gharib orang buat begitu…kalau ada pun bukan utk pengajian formal seperti ustaz..tetapi setakat belajar utk tambahan ilmu..

  54. assalam..salam ukhwah dr bumi hiroshima

  55. Assalamualaikum,

    Ustaz Halim,ana pelajar tahun 3 syariah Azhar Tanta.

    Alhamdulillah,ana cukup bersyukur dengan adanya blog USTAZ ni banyak faedah yang ana perolehi.

    Ustaz, ibu ana hendak menunaikan fardhu haji, jadi ana mengcadangkan beliau pergi bersama angkatan ustaz. Jadi ana nak tahu mengenai pakej2 yang disediakan oleh ustaz. Bagaimana boleh hubungi ustaz. Kalau ustaz tak keberatan boleh mesej ana di no +20100749743.

  56. very nice blog……..

  57. Assalamualaikum ustaz..

    Sebenarnya x sangka dapat jumpa anta dalam blog ni 🙂
    Mudah2an anta masih ingat lagi pada ana, kita pernah jumpa pada 2006 masa ana balik cuti di malaysia. Salam ukhwah dari Nizhnhy Novgorod, Russia

  58. Dear Dr Zulhusni, ingatan ana kepada akhi di hari ini adalah sesegar kali pertama kita bertemu di Seremban & Port Dickson dulu. Pernah cuba sekali untuk berhubung tetapi tidak berjaya. Syukur, alhamdulillah kami masih lagi didalam ingatan akhi yang jauh di perantauan. Moga didalam ingatan akhi jua ketika berdoa di tengah malam. Jika berada di Tanahair, teratak kami di 214, Pulai Impian, Sikamat, Seremban sentiasa menunggu dan menyambut kunjungan pejuang-pejuang agama Allah seperti akhi. Salam buat teman-teman yang mengenali. Dari Abdul Halim +6019-678 0000.

  59. Semarakkan kebangkitan Islam dengan kesedaran ilmu. Tahniah, satu laman web yang bagus. Semoga semuanya akan tertulis sebagai amal-amal yang baik.

  60. salam ustaz..

    jazakumullahu khairan kathira di atas kehadiran dan pengisian yang begitu bermanfaat di Summer Camp UK 2008.

    jazaka jazaka
    jazakallahu khairan
    walaka walaka
    walaka jannatullah…

    Class of 2008,
    Nottingham

  61. Salam alayk ustaz.

    Alhamdulillah. jazakallah ustaz . Suka cerita kisah dan sahabat Rasulullah s.a.2. Syukran ustaz. May Allah Bless you and your family.

    Nottingham,Perak dan Cyberjaya

  62. in the name of Allah the most gracious the most merciful

    alhamdulillah bila baca blog ni macam mendengar tazkirah dari tuannya juga, lama tak jumpa dengan us tak silap ana tahun lepas isma kelantan ada buat jaulah kat n9 dan sambutannya cukup cemerlang.. itulah kali terakhir jumpa dengan us.

    bila ikhwah dari seremban nak datang jaulah ke pantai timur pulak..?

    p/s: ana tak pernah tengok seorang us yang ketinggalan oleh arus perubahan zaman seperti us dan itulah pesanan ISHA.

  63. salam ustaz…

    Bila ust nak dtg UK lg?..Panas telinga saya dengar cerita-cerita sahabiah saya yang sempat mendengar pengisian ust di summercamp..sangat menarik katanya..
    Apa-apa pun jazakalllah khair kerana telah mewarnai dakwah kami di sini…

    Yang tiada cuti musim panas,
    Final yr medic Leicester

  64. Assalamualaikum Ustaz Halim..
    Mungkin Ustaz dah tak ingat ana, tapi kenangan usrah kecil kecilan dgn ustaz dahulu(makan dlm dulang, ust beli ayam Giant) dan main bola di Paroi petang2 tetap dlm kenangan ana..Terima kasih atas segala ilmu yg ustaz curahkan..ana insan kecil di IMU dahulu..Harapnya dgn izin Allah dpt berjumpa dgn ustaz satu masa nanti..Ingin sgt ikuti jejak langkah ustaz mendalami ilmu agama pula, selepas pelajari ilmu medicine.Insha-Allah..

  65. Salam dr bumi Auckland,

    Saya anak kepada pn norhayati dan en. nadzri.. Selongkar handbag saya terjumpa address website ustaz yang ustaz bagi mase dekat tesco s’ban bulan lepas. InsyaAllah..byk benda yang saya boleh pelajari & igtkan diri kembali melalui wordpress ni. Terima kasih dan teruskan perjuangan..Doakan saya di sini..

  66. salam uztaz..ana kagum dengan perjuangan ustaz..mohon tunjuk ajar…moga ana mampu segagah ustaz:-)

  67. ana mengucapkan tahniah pada ustaz kerana berjaya mengembalikan kegemilangan islam hanya dalam satu laman blog.alfu mabruk..

  68. salam ustaz,

    saya seorang pemegang sijil SPM serta STPM dan sijil tahfiz al quran.Bagi SPM dan STPM saya tidak mengambil langsung subjek berkaitan agama kecuali p.islam dan tasawur islam sahaja di peringkat spm.memang niat saya untuk menyambut dalam bidang agama ke peringkat ijazah pertama.Saya berasa rugi kerana sekadar hafaz quran sahaja tetapi tidak mendalami lagi bidang agama. boleh ustaz tunjukkan caranya, untuk makluman saya kini telah bekerja dan berumahtangga pun, adakah peluang lagi untuk saya sambung pengajian yang sesuai dengan diri saya.

  69. A-salam@kum,

    Apa khabar tuan? Hebat blog ini, lama tak jumpa, ramainya anak tuan!!!

    senang2 singgah lah rumah ana, sekarang kat bukit mahkota.

    ma’asalamah, ilal liqa’ (tiru kat tv3!)

    hamidon.

  70. ramai peminat ustz.kami di bawah akan sentiasa memberikan sokongan padu berterusan

  71. assalamualaikum ustaz halim..
    ana arbaayah orang malaysia tapi kerje kat brunei..
    ustaz bila lagi nak datang brunei..
    dulu ustaz pernah bagi pasal ANTARA IJAZAH DAN RISALAH..
    harap ustaz dapat datang brunei lagi.ustaz minta jasa baik ustaz doakan ana terus thabat di jalan ini hingga hujung nyawa..

    jazakallah khairan katheera

  72. tahniah atas kelahiran blog islamik

  73. assalamualaikum ustaz Halim,
    terbaca blog ustaz rasa kenal. ya kita pernah jumpa di Makah pada haji tahun 2005 masa tu ada bangunan roboh dan saya tinggal berhampiran bangunan tu. Masa tu saya pergi dengan tabung haji.
    Mudah-mudahan dengan blog ni amat berguna sekali buat tatapan pembaca sekalian.
    Wsallam.

  74. Salam Ukhuwwah Fillah.Layarilah blog ISLAM AGAMA SYUMUL di http://www.islamsyumul.blogspot.com

  75. Ustaz sekadar nak berkongsi pandangan,
    Syurga dibawah tapak kaki ibu. Wajarkah seorang suami meninggalkan isterinya kerana mendengar kata-kata ibunya. Akhirnya bercerai juga kerana orang ketiga. Kita mesti percaya pada Qada’ dan Qadar dan manusia merancang Allah menentukan segalanya.
    Apakah ini suatu pengorbanan buat suami kerana bak kata pepatah: di telan pahit dibung sayang.
    Saya juga tertarik dengan isu pernikahan suami yang lebih muda jarak usia dari isteri (Aidil dan Rita) sanggup menyembunyikan pernikahan dari keluarga. Dalam soal ini si suami terpaksa menjaga hati isteri dan juga keluarga iaitu keua-dua pihak. Sebenarnya Allah dah ketemukan jodoh lelaki dan perempuan itu. Apa pandangan Ustaz tindakan Aidil itu.
    Wasalam.

  76. Kepada Saudagar Penang – semoga berjaya menjadi Doktor Dakwah dan menjayakan perjuangan Islam.

    Kepada Muhammad – JZKK atas input ttg “Melintas Depan Org Solat”. Jika tiada Sutrah, orng yang hendak melintas didepannya, elok meletakkan sndiri Sutra tersebut berupa apa sahaja, termasuk batang kayu atau batu kecil yang mudah dijumpainya, kemudian baru melintas.

    Sy Aminah – Taat kepada ibu bapa adalah ibadah, terutama semasa kecil apabila kita masih muda, sedang dibentuk dan terdedah kepada banyak godaan. Dgn isteri ialah tanggungjawab yang juga ibadah. Menceraikan isteri tanpa sebab hakiki adalah dimurkai Allah, hilang keberkatan hidup. Sebaiknya kekal bersama isteri dan jaga hubungan dengan ibu bapa, tak perlu pilih salah satu.

    Sembunyi perkahwinan meghilangkan hikmah perkahwinan itu sendiri, yang sepatutnya dimasyhurkan dengan Majlis Walimah, berkenalan antara saudara mara dan jiran tetangga. Namun jika terpaksa, kerana keluarga menghalang dlm kejahilan, sedang kahwin sudah sampai ke tahap wajib (seperti pelajar2 di luar negara di Barat), maka menyembunyikan perkahwinan secara sementara kerana hajat boleh difikirkan.

    – Kepada En Elias. Haji masih dikerjakan oleh orang2 Arab Jahiliyah yang kafir, tetapi sebagai adat istiadat sahaja dan ada banyak kepentingan lain iaitu bertemu, berniaga dan bersuka ria dengan sastera sepanjang mereka di Mekah. Agama yang diajar oleh Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as kepada mereka telah menjadi adat terub temurun semata-mata kecuali beberapa orang seperti Warqah bin Naufal, Zaid ayah Said dll.

    – Kepada Ahmad. Syukur dan syabas kerana bersemangat tinggi untuk ke Al-Azhar. (1) Untuk lulus Ijazah Sarjana Muda, hanya diujiankan sebanyak 8 juzuk sahaja di Tahun 4. Dihafza dan diujiankan setiap tahun pengajian sebanyak 2 juzuk, dari awal iaitu Al-Baqarah. (2) Bahasa Arab tidak susah pada pengalaman saya, bahkan sangat menarik. Jika kita boleh belajar B Inggeris, maka kita boleh juga berusaha belajar B Arab. (3) Aviation ada di ajar diiniversiti2 di Mesir, fakulti kejuruteraan, namun ada dua perkara , pertama, pengiktirafan Kerajaan Msia terhadap ijazah tersebut, kedua, ia akan banyak mengalih masa kita dari mendalami Bahasa Arab dan ilmu2 Islam yg lain.

    – Kepada En Amaduq – Jihad adalah kefardhuan sehingga ke Hari Kiamat, yang dimaksudkan oleh Nabi saw “Siapa yg mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat utk berperang, dia mati dgn kematian Jahiliyah”. Sekecil Jihad – menginkari dgn hari, setinggi Jihad – berperang di jalan Allah. Diantara keduanya Jihad Pena, Jihad Kata-kata dan berkata benar didepan Pemerintah yang zalim …”.

    Demokrasi bukan lahir dari Islam kerana suara 2/3 dalam parlimen tidak boleh merubah hukum Allah swt, namun ciri-ciri dalam Demokrasi itu banyak yang selari dalam Islam berbanding sistem2 lain didunia pada hari ini seperti Autokrasi (Kukubesi), Komunis, Sosialis dll. Diantaranya kebebasan bersuara, pertanggungjawaban (accountability), harga diri, memilih yang terbaik (Ahlul Halli wal Aqdi), dll. Oleh itu sehingga sistem Islam hakiki akan tertubuh, apakah sistem terhampir yang sesebuah umat harus hidup, bekerja, membesarkan anak2, dll didalamny?

    – Diploma Darul Quran (Tahfiz) akan sambung di Maahad Al-Quran wal Qiraat di Syubra, Cairo, Mesir. Jika hendak ke kuliah Usuluddin, Syariah, Lughah dll, harus memiliki sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Msia). Sila dapayinya di Sek Men Islam Hidayah, Ipoh, Perak.

    JZKK.
    Ustaz Halim.

  77. salam ustaz.sy student en jaafar dri poli PD.sy slalu juga ikut program2 ISMA mse kat poliPD.sy ade buat blog,sy nak mntk kbnran untuk papar artikel2 ustaz dlm blog sy.smoge yang baik akan berpanjangan.
    wasalam.

  78. salam ust, ana baru lps spm.. hndk sama macam ust.. buat engineering di australia, then ke mesir ambil bahasa arab.. apa pendapat ust? atau mgkn ambil engineering di mesir?

  79. ana lepasan SPM tahun 1999. pangkat 2 dan ambil bidang agama. boleh ustaz beri pandangan untuk smbung dalam bidg syariah. di mana boleh smbung diploma.

  80. Assalamualaikum,

    Kenal tak saya? Suami kepada classmate ustaz di MRSM, dan yang pernah belajar di Canberra. Ramainya anak ustaz, kalah kami. Ustaz jalankan perniagaan travel agency sendiri ke? Kalau betul baguslah tu. Semoga Allah memberkati usaha ustaz itu, Amin.

  81. A’kum Ustaz ,Saya bangge ngan orang N9..sbb saye pn org N9 gak..saye kat kuala pilah..kalau ustaz de mase..lawatlah laman saya di http://lubukzai.wordpress.com..ustaz bgilah komen skt ttg laman saya tu..bru nk belajr ustaz,klu salah tolng tunjukkn..

  82. maaf ustaz ni laman http://lubukzai.wordpress.com saye yg td tersmbung ngan prkataan ustaz..

  83. السلام عليكم..
    Ana bekas mu’allim SRIAS 2004-2006. Mengajar BI.. Muallimah Hafizah mungkin masih ingat dan kenal diri ana. Husna, Jihad dan Islam adalah bekas murid ana..tp ana paling rapat dan mengenali Husna kerana beliau merupakan salah seorang murid harapan ana ketika itu.

    Sampaikan salam ana kepada beliau dan anak-anak ustaz yang lain. Syukran !!

    • Ana sgat ingat muallim, yang byk ajar ana dan beri pendidikan syakhsiah terutamanya ketika muallim bw ana mwakili sekolah ke jambori syabab fatayat 2005. teingin nak jmpa muallim~

  84. assalamualaikum wbt,

    syukur puji ana ucapkan atas pertemuan blogsite ust ini.
    mudah-mudahan ana dapat sesuatu input melalui blog ust.

    Mohd sabri bin jamaludin,
    sarjana muda sains biokimia dan pengajian islam,
    Fakulti Sains Jabatan Kimia,
    Universiti Malaya.

  85. salam
    ustz,sy plajar lpsn spm 08..skrg sy tgh tnggu result..
    dlu sy blajar di smka maahad muar..
    sy tringin nk smbung blajar d u di msir spt al-azhar..
    sy nk sgt amek course tntang b.arab.
    tp slps kluar result spm nnt sy prlu smbung blajar d mne dlu untuk sy mlnjutkn plajrn ke msir?
    dan adakah kos utk blajar d sne mhal?

  86. Assalamualaikum

    Salam ukhwah. Satu blog yang baik dan banyak manfaat dan pengajaran buat saya dan semua sahabat seiman. Moga ustaz terus istiqamah dalam berdakwah dan tarbiyah..

  87. salam.
    blog yang penoh dengan info…
    banyak ilmu kami perolehi di sini!

  88. salam perkenalan ye ustaz Halim..

  89. Good info & keep ur good works!

  90. salam,ustaz

  91. ustaz,sy pljar lepasan spm 08 sek.men.sains machang.. sy brmnat sngat nak jd ustaz. dan ingn mmnuhi ilmu agama pulak..tp ba x ambil,asas pun x ade, pd pndpt ustaz sy prlu apply kat mane slpas ini?sy bleh x nok mohn drul quran?atau lbih baik ke pondok?adkh sy bleh truskn impian ini..?moge2 ustz bleh mnntukn jlan plihan sy ini…..syukran,salam alyk..

  92. salam ziarah.
    syukran di atas kunjungan ust ke blog ana.
    ana sangat berbesar hati. harapnya ust dapat beri ana tunjuk ajar utk terus gunakn laman sesawang ni sbg medium dakwah..insyaallah, ana akan perbaiki kelemahan dlm ber’blog’.ana ni budak baru belajar ~sampaikan salam ana buat Husna dan Islam, entah diorang kenal ana lg ke tak 🙂 [ex-hira’ jeram]

  93. Salam & Tahniah Ustaz atas blog dan usaha anta yg begitu istiqamah, moga Allah berkati amal2 begini dan akan menjadi sumber inspirasi serta kekuatan bagi ummah insyaAllah.
    Semoga dapat berjumpa ustaz suatu hari nanti… 🙂

  94. salam
    saya nak tahu kat negara timur tgh tmpt bljr mane yg bgus utk subjek yg kita nak amek
    blh x kongsi cmne nak dpt biasiswa utk pergi ke timur tgh
    dah lama sgt berhajat nak pi bumi anbiya utk smbg belajar
    syukran

    • Cuba masuk ke Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Untuk ke sama, sila masuk pengajian dan peperiksaan STAM di Ipoh, hubungi Ustaz Razmi 019-514 2869. Tentang biasiswa/pinjalamn, nanti setelah dapat Sijil STAM, insyaallah, ada pihak2 yang boleh membantu seperti Yayasan Negeri-negeri, Jabatan2 Agama, Pusat2 Zakat dsb. – Ustaz Halim, Mekah.

    • salam
      ustaz umo da 19thn
      skrg bljr kat kolej
      kira ye cara lain utk pi timur tgh selain stam???
      nak minta biasiswa cmne
      cara paling senang n mudah utk dpt
      tgh mencari2 ni
      tahniah ustaz nak dpat cucu sulung xlama lg
      da lama xdgr cita kak uswah rindu sgt

  95. Assalamualaikum ya ustaz…kif halik…saya kagum dengan ustaz kerana ustaz bukan shaja seorang ulama’ tetapi juga seorang profesional…..salam ukhuwwah fillah

  96. Seorang wanita dalam perjalanan ke Mekah untuk tujuan buat umrah, telah datang haid sebelum sampai ke miqat umrah, adakah dia perlu niat ihram umrah juga atau tak perlu? Bagaimana pula sekiranya setibanya di miqat umrah dia masih suci tetapi dikhuatiri akan datang haid sebelum selesai rukun umrah, bagaimana cara niatnya dan apa yg perlu dilakukannya sekiranya dia datang haid sebelum selesai umrah.

    • Dia perlu berniat Umrah di Miqat, kerana haid tidak ada kena mengena dengan Niat (tidak menghalang berniat). Haid hanya menghalang dilakukan Tawaf. Setelah berniat, dia kena tunggu sehingga suci dar hadas besar tersebut, kemudian baru boleh bertawaf, kemudian bersaie, kemudian berguntng.

      Sekiranya dikhuatiri tak selesai rukun2 Umrah dan tiba masa balik Msia ketika itu, elok dia berniat dengan syarat “sekiranya aku terhalang, disitu aku bertahallul”.

      Jika dia didatangi hadi dan terpaksa pula balik Msia, dia hanya bergunting (tanpa tawaf dan Umrah) sebaik pesawat terbang. Sekiranya dia telah berniat bersyarat, dia bebas dari Ihram. sekiranya dia tidak niat bersyarat, dia bebas hram hanya setelah menyembelih Dam Ihsar (seekor kambing).

  97. Assalamualaikum uztaz. sy nak bertanya, apakah hukum nye jika kita menggantung kepala atau tengkorak haiwan yg bertanduk di dinding rumah kita.?

  98. Assalamualaikum Ustaz,

    Ana bercadang nak masukkan anak Ke KUDQI, yg sulung akan amik SPM Nov 2009, yg kedua belum ada SPM tp sedang buat hafazan (20 juzuk) kedua2 di Hira’ Jeram, Selangor. Mohon pandangan Ustaz apa jurusan yg terbaik utk mereka di KUDQI, dan peluang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan bagaimana pula keperluan SPM utk Univ2 di Timur Tengah?

    • Wsm ww

      1- Dulu Diploma Syariah di KUDQI dan mana2 IPT, diiktiraf Al-Azhar dan masuk ke tahun 3 di Al-Azhar Mesir. Pengiktirafan ini telah ditarik pd tahun lalu. Sebhg mengatakan ada konspirasi dari Kerajaan/Kedutaan Msia, sebhg kata ianya proses biasa. Oleh itu utk ke Al-Azhar, lebih baik ambil STAM di mana2 sekolah menengah. Yg terbaik ialah di Ipoh. Tel Ustaz Razmi, Sek Islam Hidayah Ipoh.

      2- Utk ambil STAM mesti ada SPM terlebih dahulu.

      3- Boleh ambil mana2 Syariah, Usulluddin atau Bahasa Arab (Lughah). Yg penting diaspek Dakwah, seseorang mesti terlibat dlm program2 Islam di negara Arab nanti.

      3- Utk ke Timur Tgh, lebih baik ambil STAM dan masuk ke Tahun 1 di Al-Azhar, Mesir.

      4- Utk ke Al-Azhar, hanya perlu STAM. Manakala SPM diperlukan utk masuk ke pengajian Islam di Madinah, Mekah dan Jordan.

      Tkasih.
      Ustaz Halim.

  99. Salam Ustaz,

    Mana lebih baik buat STAM dan menyambung ke Mesir atau Diploma dan sambung kat Yemen atau Jordan? Antara AlAzhar, Jordan, Syria dan Yemen mana yg terbaik dari segi pengiktirafan Ijazah mereka, kemudahan?, mana pula termurah dari segi kosnya? Syariah dan Usuluddin mana lebih baik? lebih mudah? dari segi keperluan profession? Jazakumullah..

    • Wsm ww

      1- Lebih baik buat STAM dan sambung ke Mesir dari buat Diploma dan sambung ke Yemen/Jordan. Ini adalah kerana suasana di Mesir lebik baik utk Dakwah dan masa di negara Arab lebih lama, baaik untuk bahasa Arab.

      2- Yg terbaik pengiktirafan ialah ijazah Al-Azhar. Begitu juga pengiktirafan dari masyarakat.

      3- Yg termurah ialah di Mesir dan Yemen. Di Jordan sangat mahal.

      4- Syariah dan usuluddin samaa baik, tetapi Syariah lebih mudah subjeknya dan lebih mudah masuk ke bidang2 professional seperti guaman, perunding Perbankan Islam dsb.

      JZKK.

      Ustaz Halim.

  100. Salam Ust.

    Jutaan terima kasih dari kami sekeluarga kerana kesudian Ust. & rombongan untuk singgah di kediaman kami di Sisley St. St. Lucia.

    Terima kasih dari bumi Brisbane kerana wacana Palestin yang disampaikan sedikit sebanyak telah meningkat kesedaran dan keinsafan kami.

    Mudah-mudahan dapat jumpa lagi.

    Wassalam.

    Naz’ri & Linda

    • Waalaikumsalam wr wb

      Kami yg berjutaan terima kasih kepada Encik Nazri sekeluarga kerana bermurah hati menjemput kami sekeluarga ke rumah tuan, dan dapat menjamu selera pula. Moga tuana dan teman2 berjaya dalam pengajian dan membimbing pelajar2 Msia lain ke arah Islam melalui program2 Islam yg dianjurkan. Semoga Brisbane dapat melahirkan para pendakwah teknokrat demi memenuhi cabaran khususnya di negara kita Msia. Salam dari kami sekeluarga untuk Encik Nazri sekeluarga. Insyaallah, kita jumpa lagi.

      Ustaz Halim,
      Seremban.

  101. salam ustaz..
    sy berusia 20thun. beminat untuk ke al azhar mesir dalam pengajian islam. berapa tahun pengajian di sana?

  102. Ass’kum Ustaz Halim

    Selamat mengerjakan ibadah puasa.

    Hari ini dalam mencari bahan-bahan utk assisgment kerja terjumpa bloc Ustaz Halim , saya menghabis masa sekurang-kurang 2 jam untuk membaca beberapa bahan bacaan, dan hari ini terjawab kenapa ustaz zaki syahid di Mindanaio, Arwah kertika saya belajar di MRSM seremban 1981-1985 selalu dtg memberi takzirah, semoga alah merahmati beliau di klangan orang-orang yang saelh

    Wasalam.

    Semoga perjuangan Ustaz dalam menegak perjuangan Islam diteruskan.

  103. Salam. Website merbahaya… Ustaz tolong review…

    http://sheikyermami.com/2007/09/06/

  104. Assalamu’alaikum wbt Ustaz,

    Teruskn perjuangan. Moga sma2x kita imarahkan Sikamat dengan program2 surau

  105. salam ustaz , pertama kali melayari blog ‘ini jalanku ‘ membuatkan hati ini rindu pada mekah/madinah .terima kasih atas bimbingan ustaz tempuh hari! dari azmy/dr zaharita musim hj 04-05

  106. Pasai apa tak bagi tau bhw utz pernah belajar di Madrasah an-Nahdzah, Bukit Besar, Kedah ( 4 Thanawi ). Terkilan ustaz2 kat sana.. Agak saya la.

  107. kenapa rasulullah melakukan satu saje haji wida’ ?

    • 1- Rasulullah saw melakukan hanya 1 kali Haji kerana tahun-tahun sebelumnya, Mekah masih ditangan Quraisy. Tahun selepasnya, Baginda saw wafat.

      2- Dinamakan “Haji Wadak”, bermakna “Haji Perpisahan” kerana selepas itu Baginda saw wafat dan berpisah dari umatnya yang dikasihi.

      Tkasih.

  108. assalamualaikum,ustaz saya nak tanya dulu ustaz pernah belajar atau mengajar kat madrasah an nahdzoh ke..mohon jawapan

    • Waalaikumsalam wr wb

      Ya, benar. Saya pernah belajar di Madrasah An-Nahdhah, Bukit Besar, Kedah pada tahun 1988-1989, dan mengajar di sana pada tahun 1989. Saudara/i juga pernah belajar/mengajar di sana ker ? Terima kasih. Us Halim.

  109. assalamualaikum ustaz..
    sy nk tnya, brp lama prlu bljar utk stam? sy brmnat sgt nk ambil stam dn insyaAllah ke alAzhar..

    • Masuk belajar sekarang (tel Us Razmi, Akademi IM, Ipoh) dan ambil Peperiksaan STAM bulan Oktober 2010 ini. Jadi lamanya ialah 10 bulan sahaja. Selamat belajar STAM dan menyambung ke Mesir insyaAllah. Terima kasih.

      • Tetapi sy x pernah bljar bhsa arab, ustaz…x ada basic pun..sempat ke sy nk bljar dlm 10 bulan?

  110. assalamualaikum…syukran la kat ustaz coz tlah bantu sya lam wat assigment hajj n umrah..blog ustaz pun x kurang hebatnye…

  111. salam ustaz halim…
    sya ada dtg ke pejabat ustaz pde mnggu lepas..
    tpi xdapat bejumpa dgn ustaz…
    disini sye dtugaskn tuk mmbuat asgment mngenai agensi ustaz…
    tpi sye dah xdpt dtg ke pjabat ustaz ats sbb kelas dan aktvti yg terlalu padat…
    jadi boleh x klau sye dptkn mklumat agnsi ustaz mlalui emel? harap ustaz dpt mmbantu sye

    • Ok.
      Saya jarang berada di Pejabat, banyak buat kerja Dakwah di luar. Setiba di Pejabat, boleh panggil saya, nanti saya datang, jika saya berada di sekitar Seremban.
      Saudari boleh juga dapat banyak maklumat di http://www.hajiumrah.com, selebihnya boleh tanya melalui email atau hp.

      JZKK.
      Us.Halim

  112. salam..
    ustaz sye ingi mngucapkn jtaan trime kasih kat ustaz sbb telah nyk mmbantu sye mmbuat assgment…dilain wktu sye harap sye dpt bkejsama ngan ustaz lgi…smga ustaz trus sukses fi dunnya walakhiroh….
    jazakallahukhoiron…..

  113. Asalamualikum ustaz,

    Saya amat berminat untuk mendalami ilmu agama ,Jika di izinkan Allah ingin melanjutkan pljran ke negeri anbiya.Cuba hubungi sekolah pondok di kelantan tidak berjaya dan bermacam usaha saya lakukan namun tidak nampak hasilnya.

    Soalan saya:
    Jika saya ambil peperiksaan stam adakah faktor umur di ambil kira.Memandangkan umur saya telah mencecah ke 40 tahun.

    Keinginan saya untuk belajar agama dan bahasa arab ini menyebabkan saya menangis setiap kali lepas sembahyang kerana terlalu sedih….

    • Waalaikumsalam wr wb.

      Saya cadangkan saudara segera tel Us Razmi 019-514 2869, Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh. Yuran RM280 sebulan (dgn asrama). Pendaftaran RM300. Duduki STAM RM300. Pendaftaran STAM tamat pada 10 Mac ini, tinggal 5 hari lagi. Sekadar menangis tidak menjamin langkah anda akan bermula. Tkasih.

    • Sudah tel Us Razmi, AIM Ipoh ? JZKK.

  114. assalamualaikum ustaz…

    saya pelajar lpasan stam thn lps dan mndpt keputusan jayyid jiddan(stam)..ada cita2 untuk mlnjutkan pljaran ke al azhar tp sy tiada kyakinan utk kesana krn keluarga saya mngatakan susah mndpt pkerjaan slps tmat bljr kelak…sy kebingugan untk mmbuat kputusan…dan bagaimana untk sy mmbuat pinjaman utk mlnjutkan pljaran ke sn krn kluarga tdk mmpu mnggugnya…(harap ustaz dpt mmberi pndapat)

    • Waalaikumsalam wr wb

      Setelah tamat Al-Azhar, buat Diploma Pendidikan (mungkn sekarang dah takda kot) dan kita akan dapati, peluang pekerjaan menjadi guru agama di sekolah kerajaan adalah terbentang luas, bukan sebaliknya. Semasa bekerja , buat pula Masters dan selanjutnya. Untuk pinjaman, sila ke Pejabat AGama atau Pej Zakat di negeri sendiri. Di Mesir, jimatkan perbelanjaan. INsyaallah Allah tidak akan membiarkan pelajar2 agama tanpa pembelaan. Tkasih.

  115. assalammualaikum ustaz,
    saya pernah mengikuti pakej umrah ustaz pada mei 2009. bg mana cara saya nak join ISMA?

  116. assalamualaikum.ustaz,bagaimana cara untuk saya sekeluarga tinggal dan bekerja dimekah jika tidak berpelajaran tinggi?bolehkah ustaz bantu?

  117. assalamualaikum ustaz
    ambil STAM/mohon masuk U al azhar ada had umur tak? terima kasih

    • Waalaikumsalam wr wb

      Syaratnya hanya ada SPM, iaitu apa2 sahaja subjek asalkan ada SPM.
      Rasanya setakat umur 30an boleh lagi daftar STAM.

  118. Salam ziarah. Dapatkan buku-buku Islami secara online di Pustaka Iman http://pustakaiman.blogspot.com/ Penghantaran percuma untuk pembeli2 di sekitar Seremban

  119. Semoga Allah berkati kehidupan UST sekluarga.Amin.

  120. salam ustaz..maaf ambil msa ustaz ckt..sy ingin minta pandangan dr ustaz..sy lpsn diploma p.islam (dakwah) & ingin smbg lg..sy ingin minta pndngan dr ustaz utk wat keptusan plih kos d antara syariah atau usuluddin, yg mana lbh mudah bawa? serta dr segi prospek kerjaya yg mana peluang lbh nmpak?sy dpt tawaran dr KUIN kos syariah..tp ada kata susah..usuluddin lbh mudah..sy jd keliru plak..dr segi minat sy xkisah yg mna pun blh.apa pandangan ustaz??yg mna lbh baik antara 2kos ni dr segi prospek p’kejaan jg?

    • Waalaikumsalam wr wb

      Dari segi mudah – Syariah lebih mudah sebab ia banyak feqah (hukum hakam), senang menjawab soalah. Usuluddin banyak falsafah.

      Dari segi prospek – Syariah juga, sebab ia praktikal. Nanti boleh jadi guru macam Usuluddin, boleh juga ambil Diploma Pengamal Undang-undang di UKM, jadi Peguam Syariyy, atau ambil satu dua kertas ekonomi jadi panel Syariyy di institusi kewangan Islam.

      Tkasih.

  121. assalamualaikum ustaz…1st skali tahniah buat ustaz atas segala usaha dan niat murni ustaz..ana nk minta pandangan dan juga nasihat dari ustaz.moga2 ustaz tidak keberatan memberi tunjuk ajar dan bimbingan pada ana.pada dasarnye latar belakang pendidikan kita sama.bulan 12 ni ana akan abis master engineering.dlm masa yg sama,ana ambik sijil pengajian syariah di um.buat pengetahuan ustaz,umur ana dh 30 thn.dh berkahwin.bakal menjadi ayah bulan 7 ni.jadi, ana tak rasa ana nak smbg blaja sampai ke mesir.ana berazam untuk ambik diploma syariah di um saje selepas abis sijil.dan seterusnya ijazah,master dan phd dlm syariah.ana plan dlm 13 thn untuk dapat semua tu.sebenarnye ustaz..ana nak jadi pensyarah dlm bidang kejuruteraan dan juga dlm bidang syariah.apa pandangan ustaz?apa nasihat ustaz?

  122. syukran ya ustaz…ana berharap agar kita dapat berjumpa satu masa nanti…

  123. sya mencari seseorg bernama Syeikh Abdullah Hasan Kedah yg menerima ijazah sanad hadith dari al-Muhaddith Abdul Aziz b. al-Siddiq al-Ghumari, sebagaimana tercatat dalam ijazah sanad yang bercetak.

    Adakah beliau ayahanda tuan?Terima Kasih
    0193357050

  124. salam utz…

    mohon nasihat.. saya dah pening dgn segelintir pengunjung yg SERING meluahkan mslh rumahtangga msg2 dalam blogs… sbg penulis blogs, sy berhak utk menspamkan segala komen mereka… sbb niat sy adalh utk menutup aib mereka.. tapi ada jgak yg masih tak faham dan sehingga ke hari ini sy masih menerima komen pengunjung meluah mslh dan membuka aib suami msg2… suami kaki pukul,berzina dan ada ppuan lain,x bg nafkah… n byk lagi…. sy dah x tau nak buat apa… komen mereka mang sy x approved… ada seorg pngunjung beri komen smula dlm blogs sy mengatakan dia x bermaksud buka aib suami tp minta pendapat utk mnarik balik minat sisuami pada dia….

    mengapa zaman skrg ni, terlalu mudah isteri/suami membuka aib rumahtangga msg2??

    • Waalaikumsalam wr wb.

      Menjaga aib rumahtangga adalah wajib. Menyebarkannya adalah berdosa bahkan boleh meruntuhkan rumahtangga. Jika terpaksa juga mengemukakan kepada sesiapa yang boleh memberi bantuan atau tunjuk ajar, maka hendaklah pertama dipastikan kelayakan penasihat tersebut, kedua dibuat dalam media terkawal seperti email peribadi, telefon dan seumpamanya dan ketiga mengemukakan noktah2 yang berkaitan sahaja.

      Adapun yang berkaitan dengan kelucahan, maka ia sepatutnya lebih dikawal dgn ketat kerana Allah swt berfirman ‘Dan orang2 yang suka kelucahan tersebar dikalangan orang2 beriman lelaki dan perempuan bagi nya azab yg pedih”. Azab ini untuk orang yang suka berita kelucahan tersebar, apatah lagi orang yang menyebarkannya sendiri.

      JZKK.

      • Makasih ustaz…

        saya akan masukkan ulasan ust ni dlm blogs saya, sbg rujukan kpd semua pengujung blogs saya khususnya yg sudah berumahtangga… moga diberi hidayah n menjaga aib masing2…

  125. […] Aib Rumahtangga perlu dijaga…(Bah:2) Posted on Julai 26, 2010 by nursyirah Bersama Ustaz Halim, di 26 Julai 2010 pada 12:23 am […]

  126. assalamualaikum ya ust.sy ingin tahu,jika ingin berpuasa pd nisfu syaban,adakah perlu berpuasa hari2 sebelumnya?mksudnya,kita tidak boleh berpuasa pd nisfu syaban jika kita tidak berpuasa pd 14 hari awal,ye ust?

    • Waalaikumsalam wr wb. Kita sunat berpuasa pada hari 13, 14 dan 15 hb atau mana2 satu atau dua hari darinya, tiada masalah. Moga kita berlumba2 mengerjakan ibadat di bulan Syaaban demi mencari keredhaan Allah dan persediaan memasukki Ramadan Al-Mubarak (Yang DiBerkati).

  127. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya kepada Ustad, boleh ke kita
    mengunjungi Mekah atau Madinah dengan menggunakan duit pinjaman bank ?
    Sebab kalau difikirkan mengunjungi Mekah atau
    Madinah hendaklah atas kemampuan kita yang
    dikenakan mengikut Rukun Islam yang ke5.

    • Waalaikumsalam wr wb.

      Seperti membeli kereta, rumah, fatwa terkini mengatakan boleh membuat pinjaman untuk ke Haji/Umrah dengan syarat kita mampun membayar balik pinjaman tersebut mengikut Jadua Pembayaran Balik yang dipersetujui bersama. Ini juga dianggap berkemampuan. Tkasih.

  128. saya lepasan stam09 dn mndpt kputusan mumtaz..skrg dlm tmpoh persediaan untuk ke mesir..
    tapi,saya agak keliru untuk memilih kuliah lughah@syariah..
    mohon pendapat&saranan ustaz

  129. Salam UstaZ…izin kan sy bertanya….sy berumur 21 tahun Dan sy berminat untuk menyambung pelajaran di ma’ahad syubra….apakah syarat atau kelayakan yang membolehkan saya ke sana…jazakallah hul khair UstaZ…….

    • Wsm ww.

      Untuk ke Maahad Syubra, tiada syarat. Ia kursus 8 tahun. Jika ada Diploma Tahfiz, masuk tahun 6 terus. Jika takda apa2 asas, masuk dari tahun 1. Selamat maju jaya. Tkasih. Us Halim.

      • Salam….sy cuma Ada sijil khatam hafiz al-Quran…..adakah sijil trsebut adalah diploma hafiz….?insyaallah selepas SPM sy akn terus ke syubra…..Moga Ustaz doakan sy insyaallah……

  130. salam ustaz,
    saya masih bersekolah .saya bersekolah di sekolah kluster terkemuka di jb.tetapi, saya berminat nak masuk ke universiti al azhar nanti.bolehkah saya yang tidak bersekolah agama masuk ke universiti al azhar? jika boleh, bagaimana?

    • Waalaikumsalam

      Pelajar yg tidak bersekolah agama telah ramai yg masuk ke Al-Azhar. Caranya ialah ambil peperiksaan STAM pada bukan Oktober dalam mana-mana tahun. Utk ambil peperiksaan kena daftar STAM pada bulan Mac pada tahun itu. Untuk daftar STAM seeloknya masuk belajar di mana-mana pusat STAM. Sila beri nama dan no tel untuk pendaftaran ke Pusat STAM. Moga Allah kabulkan cita-cita. Ameen. Us Halim.

  131. Assalamu Alaikum. Bagaimana kabarnya ust? Ust. Ana mau tanya. Boleh nggak kami meminta visa ziarah dan visa umrah dari malaysia? Barakallahu fik.

    • Waalaikumsalam wr wb

      Visa ke Saudi boleh dibuat di mana-mana negara sekalipun asalkan pemohon mesti tinggal di negara tersebut samada pemohon adalah penduduk asli negara tersebut atau warga asing tetapi memiliki visa tinggal di negara tersebut sekurang-kurangnya 1 tahun (mungkin kerana bekerja, belajar dsb.). Dengan syarat ini, agar sukar untuk sekadar buat Visa Umrah disesebuah negara tertentu tetapi pemohonnya menetap di luar negara tersebut.

  132. Bismillah. kalau menetapnya di indonesia berarti tidak bisa ya minta visanya lewat malaysia. kerana pada bulan januar di indonesia belum dikeluarkan visa umrah ust. Apa ust bisa bantu lewat malaysia. Barakallahu fik

  133. As-salammualaikum ustaz. Saya anggap tuan seorang yang istimewa. Dari graduan engineering menjadi seorang ilmuan islam. Saya telah 2 kali umrah / ziarah ke Mesir (2009 dan 2010) Ada anak di Cairo Uni. Cadang nak pergi tahun ni masa ramadhan bersama anak. Tengah ramadhan. Pohon cadangan, Jazakallahukhaira.

    • Waalaikumsalam wr wb

      Umrah Ramadan+EgyptTour berlepas pada 7 Ogos, di Cairo selama 3 hari sebelum masuk ke Tanah Suci. Pelajar2 Mesir ketika itu sedang elok tamat exam dan akan join rombongan Umrah berlepas dari Cairo ke Jeddah pada 10 Ogos. Anak tuan boleh berlepas pada tarikh tersebut. Setelah 10 hari di Tanah Suci, rombongan akan balik ke Msia, hanya transit di Cairo Airport. Ketika itu saya biasanya akan stopover (bukan Transit) selama beberapa hari di Cairo untuk bersama anak-anak saya di sana. Tuan boleh melakukan perkara yang sama. Tkasih. Us Halim.

  134. assalamualaikum ustaz,
    saya ingin bertanya tentang kesan memakan pil tahan haid untuk mengerjakan umrah. saya beserta 2 anak perempuan (12 dan 14 tahun) akan menunaikan umrah mei nanti. adakah mendatangkan mudarat bagi anak2 saya dalam usia muda memakan pil tersebut. atau ada alternatif lain. terima kasih.

  135. salam ustaz,

    apa pandangan ustaz terhadap mrsm tahfiz yg di beri nama ululalbab? adakah ia sama dengan maahad tahfiz yang lain?setakat ini wujud 3 mrsm ulul albab; kota putra terengganu, gemenchen n sembilan dan kepala batas p pinang.

    • Waalaikumsalam wr wb

      Saya ada mendengar ttg itu sepintas lalu, kurang pasti pendetailannya. Pada pandangan saya secara umum, jika ia benar2 tahfiz 30 juzuk dan apatah lagi belajar akademik secara cemerlang seperti MRSM-MRSM lain yang terkenal dlm akademik, saya menyukai projek2 seumpama itu.

      • Salam ustaz
        Saya adalah pelajar UPSI ingin membuat kajian tentang jaringan pengajian islam di kalangan rakyat Malaysia yang telah belajar mana-mana Universiti di Australia. Butiran yang ingin diketahui adalah:
        1. latar belakang responden
        2. pengalaman pengajian
        3. latar belakang institusi
        4. sistem pengajian (subjek yang dipelajari dalam pengajian islam)
        5. Pekerjaan setelah tamat belajar
        Sesiapa yang boleh berkongsi dengan saya pengalamannya belajar pengajian islam di Universiti yang terdapat di Australia. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

  136. Salam ustaz
    Saya adalah pelajar UPSI ingin membuat kajian tentang jaringan pengajian islam di kalangan rakyat Malaysia yang telah belajar mana-mana Universiti di Australia. Butiran yang ingin diketahui adalah:
    1. latar belakang responden
    2. pengalaman pengajian
    3. latar belakang institusi
    4. sistem pengajian (subjek yang dipelajari dalam pengajian islam)
    5. Pekerjaan setelah tamat belajar
    Sesiapa yang boleh berkongsi dengan saya pengalamannya belajar pengajian islam di Universiti yang terdapat di Australia. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

  137. asssalamualaikum ustaz ,saya da antar nama tapi x dapat information untk masuk aim

    • Waalaikumsalam wr wb. Terus tel Us Razmi 013-587 2281 dan siap pakaian dan duit untuk terus ke Ipoh sesegera yang boleh. AIM akan daftar Peperiksaan STAM dgn Kementerian pada bulan Mac setiap tahun. Harap jgn terlewat. Tkasih. Us Halim.

  138. salam ustaz..minta pandangan ustaz tentang zakat pendapatan sebab ada yang kata tidak wajib @ bidaah. terima kasih.

  139. assalamualaikum ustaz……………ustaz boleh bg alamat untuk g Aim…ati thun depan sy leh daftar sana

  140. assalamualaikum ustaz……………ustaz boleh bg alamat untuk g Aim…ati thun depan sy leh daftar sana

  141. assalamualaikum ustaz….ustaz boleh bagi alamat aim ati sy nk msuk

  142. salam ustaz…ana nor juma dr melaka.. ana belajar usuluddin 3 tahun di kolej islam melaka, kemudian ingin menyambung ke mesir, pd tahun ana lah , pelajar pengajian islam tidak blh ke mesir ana merasa kecewa teramat sgt, kemudian ana menyambung di IAIN imam bonjol padang indonesia, selama setahun, tidak sempat menghabis kn kuliah satu semester kerana gempa bumi di padang. ana dan rakan2 diarah oleh kerajaan malaysia utk sambung @ transfer di insaniah… alhamdulillah ana br je selesai study , dan akan berkonvo pd bulan 10.ini. dlm jiwa ana terasa ingin pergi ke mesir.. tp mungkin tiada rezeki…ana sedang mncari pekerjaan GURU @ kagat, doakan yea ustaz…moga kekecewaan sy terbalas ade hikmah disebaliknya…

  143. salam ustaz…boleh ana taw alamat AIM?

  144. salam ustaz….nk tnya kalu suda berkerja leh ambik stam….smbil 2 keje

  145. semoga Allah memanjangkan umur us dan memberkati segala amal seharian.. sukar mencari orang2 yang soleh sekarang ini..

  146. Salam ustaz… saya ini seorang pelajar tingkatan 5 yg memasuki aliran sains tulen … selepas memasuki ke salah sebuah SBPI tahun lalu, hidup saya mula berubah. dulu sya kenal islam, tapi tak mengamalkan. kini saya semakin sedar akan kepentingan agama dlm hidup. kecintaan say pada ilmu lebih lagi. saya nekad ingin meneruskan perjuangan terutama dlm medan dakwah apabila keluar nanti. Saya ingin melanjutan pelajaran ke timur tengah dan ingin mengambil jurusan usuluddin / usulfiqh insyaAllah.

    Cuma yg menjadi permasalahan, saya agak menonjol dlm akademik dan insyaallah boleh menerima biasiswa untuk ke bidang sains diluar negara. Jika ke timur tengah, agak sukar untuk mendapat basiswa kerana sy hanya ada asas KAFA bahasa arab. saya mungkin harus mengeluarkan duit sendiri untuk melanjutkan pelajaran. tapi saya bukanlah dari golongan yang senang. sederhana sahaja … Agaknya apa nasihat ustaz untuk saya. boleh ustaz terangkan sedikit sebanyak tentang kemungkinan saya ke timur tengah untuk melanjutkan pelajaran kedalam bidang agama dengan masalah financial yg mungkin saya hadapi ? Tolonglah saya yang didalam dilemma ini

    • Wsm ww.

      Kos belajar di Al-Azhar sangat murah. Yuran percuma dan sara hidup RM500 sebulan, atau kurang dari itu. Harap saudari/a dapatkan bantuan dari saudara mara dan pejabat agama negeri / pusat zakat terhanpir.

      Waalaikumsalam wr wb
      Banyak soalan yang saya terima mengenai cara kemasukan ke Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar, Mesir. Syukur dan tahniah Allah bukakan hati kalian untuk menggali ilmu-ilmu Islam di empat sumbernya yang asal melalui bahasanya yang asal.
      Untuk ke Pengajian Islam (Dirasat, Syariah, Usuluddin, Lughah, Dakwah dsb), Universiti Al-Azhar, Mesir, mesti ada Sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) dan tidak sijil atau ijazah yang lain. Oleh itu sesiapa yang berminat ke Al-Azhar, hendaklah segera masuk ke Pusat STAM, diantaranya ialah Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh Tel : 019-571 5334 (Us Shahruzzaman). Bila hubungi dia, boleh sebut nama saya sebagai rujukan.
      Belajar STAM mula bulan Januari. Pendaftaran sebagai calon STAM ialah pada bulan Mac dan exam STAM pada bulan Oktober. Keputusan pada bulan Mac dan ke Mesir pada bulan Julai/Ogos.
      Untuk belajar di STAm, tidak perlu ada latarbelakang Bahasa Arab. Semua bahasa dan subjek-subjek akan di ajar semasa di Pusat STAM nanti. Selepas graduate engineering di Asutralia, saya masuk STAM (dulu Senawi) tanpa ada apa-apa asas Bahasa Arab. Alhamdulillah, berbekal azam tinggi dan sebuah kamus, dengan izin Allah saya dapat nombor 2 dari 100 calon STAm di Pusat STAM saya. Diharapkan saudara/i pun begitu juga atau lebih-lebih lagi.
      Kesimpulannya, sesiapa yang bercita-cita masuk ke pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir, sila buru Sijil STAM segera. Hubungi Us Shahruzzaman 019-571 5334. Moga berjaya dalam ilmu dan Dakwah ini.
      Us. Abdul Halim Abdullah http://www.inijalanku.wp.com

  147. Assalammualikum…untuk makluman pembaca ruang HajiUmrah.com,

    Ingin diberitahu bahawa Ustaz Halim telah di timpa kemalangan jalanraya dan sekarang ini berada di Wad ICU, Hospital Tuanku Jaffar, Seremban.

    Doakan ia sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH SWT….

  148. Salam , kepada pembaca blog mohon sama-sama kita mendoakan untuk Ustaz Abdul Halim yang kemalangan jalan raya semalam (31.1.2012). Ditempatkan di wad 3a HDU , Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Semoga Allah merahmati dan menyembuhkan beliau.

  149. ustazz..saya benar2 tertekan! bantulah saya…anak saya baru berusia 10 thn..asyik suka bermain 24 jam aje…tak suka ke sekolah, blajar merupakan beban yg amat berat untuk dia…baru baru ini dia ambil benda tajam nak merodok dirinya sendiri lantaran rasa tertekan dengan pelajaran sekolah.. sebagai seorg ibu takkan lah saya nak ikutkan kemauan dia gitu2 saja..saya benar2 buntu..bantulah saya utk cari jalan kluar nya..dia lah 1 1 nya anak yg saya ada..sebagai seorg ibu tak tergamak saya nak tengok dia rosak akhlak, dan terus hanyut..usia dia baru 10 thn…saya benar2 buntu…

    • Masukkan ke AIM.

      Waalaikumsalam wr wb
      Banyak soalan yang saya terima mengenai cara kemasukan ke Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar, Mesir. Syukur dan tahniah Allah bukakan hati kalian untuk menggali ilmu-ilmu Islam di empat sumbernya yang asal melalui bahasanya yang asal.
      Untuk ke Pengajian Islam (Dirasat, Syariah, Usuluddin, Lughah, Dakwah dsb), Universiti Al-Azhar, Mesir, mesti ada Sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) dan tidak sijil atau ijazah yang lain. Oleh itu sesiapa yang berminat ke Al-Azhar, hendaklah segera masuk ke Pusat STAM, diantaranya ialah Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh Tel : 019-571 5334 (Us Shahruzzaman). Bila hubungi dia, boleh sebut nama saya sebagai rujukan.
      Belajar STAM mula bulan Januari. Pendaftaran sebagai calon STAM ialah pada bulan Mac dan exam STAM pada bulan Oktober. Keputusan pada bulan Mac dan ke Mesir pada bulan Julai/Ogos.
      Untuk belajar di STAm, tidak perlu ada latarbelakang Bahasa Arab. Semua bahasa dan subjek-subjek akan di ajar semasa di Pusat STAM nanti. Selepas graduate engineering di Asutralia, saya masuk STAM (dulu Senawi) tanpa ada apa-apa asas Bahasa Arab. Alhamdulillah, berbekal azam tinggi dan sebuah kamus, dengan izin Allah saya dapat nombor 2 dari 100 calon STAm di Pusat STAM saya. Diharapkan saudara/i pun begitu juga atau lebih-lebih lagi.
      Kesimpulannya, sesiapa yang bercita-cita masuk ke pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir, sila buru Sijil STAM segera. Hubungi Us Shahruzzaman 019-571 5334. Moga berjaya dalam ilmu dan Dakwah ini.
      Us. Abdul Halim Abdullah http://www.inijalanku.wp.com

  150. Assalammualaikum Ustaz saya tiada blog tapi ingin tahu kalau ustaz buat rombongan menunaikan umrah? Saya boleh dihubungi di albakri71@hotmail.com. Jazakallah hu khairan ustaz

  151. Salam ustaz,
    Saya salah seorang junior ustaz di MRSM kuantan (K88). Saya sangat kagum dengan ustaz dan usaha dakwah ustaz. Saya berdoa agar ustaz terus diberi kekuatan untuk menyebarkan dakwah. JIka saya ingin join ISMA atau memberi sedikit sumbangan dakwah sekadar saya termampu, bagaimana? Saya berada di Jelebu. Untuk pengetahuan ustaz, saya bekerja di Jabatan Perikanan dan ada sedikit ilmu biologi (zoologi) untuk dikongsi.

    • Waalaikumsalam wr wb.

      Saya sungguh berbesar hati Haslawati bukan sahaja sudi menghubungi saya dengan hati yang ikhlas, bahkan bersedia untuk menabur jasa kepada agama ini yang tercinta. Bagi pihak ISMA, kami amat mengalu-alukan azam Haslawati untuk bersama-sama kami didalam ISMA menyumbang untuk Islam. Semua kita mempunyai kemampuan yang terbatas, namun jika di padukan bersama-sama dengan baik, Allah akan membantu memberikan perkembangan dan kemenangan insyaallah. Insyaallah Dr Fadilah Ashari (K85) 019-257 9871 atau Wanita ISMA akan menghubungi Haslawati. Mohon no tel untuk mudah dihubungi. Kepakaran saudari bukan sahaja bermenfaat kepada negara, bahkan kepada Dakwah Islam. Jarak diantara Jelebu dan Seremban tidak jauh mana, insyaAllah. Jzkk. Us.Halim.

  152. Assalamualaikum ustaz.. saya pelajar engineering daripada universiti sains malaysia di pulau pinang.. saya berhajat untuk menyambung pelajaran dalam bidang keagamaan selepas grad.. Ustaz boleh bagi panduan ? terima kasih sangat2…

    • Wsm ww. Segera mendaftar di Pusat STAM, Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh, 019-5715334 (Us Shahruzzaman). Kelas STAM dah mula semalam. Exam bulan Oktober nanti. Selamat maju jaya.

  153. Salam ustaz.. saya pelajar engineering daripada universiti sains malaysia, saya berhajat untuk sambung dalam bidang keagamaan selepas grad nanti.. saya tidak ada sebarang asas bahasa arab.. boleh ke saya ambik STAM…? saya xpernah bersekolah agama pun… terima kasih ustaz …

    • Wsm ww. Boleh. Saya tamat Enginering dulu terus buat STAM tanpa tahu B Arab. Memadai asas boleh membaca Al-Quran, nanti belajar B Arab di sana. SIla masuk segera ke Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh. Tel 019-571 5334 (Us Shahruzzaman). Kata Us Halim suruh pergi sana.

  154. Assalamuaikum ustaz saya ada anak yg mengambil diploma sains insyAllah thn depan bln April habis , tapi dia minat nak belajar thfiz macamana caranya sebelum sambung Utk ijazah terimakasih

    • Wsm ww

      Banyak pusat2 Tahfiz di seluruh Malaysia. Sila hubungi Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh 019-571 5334 (Us Shahruzzaman).

      • assalamualaikum ustaz…saya ada merancang utk menunaikan umrah sekeluarga pada dis 2013 ni..tiket sudah saya beli pergi dan balik…yg masalah saya adalah apakah jalan terbaik utk saya samada uruskan sendiri umrah dan ziarah atau pun melalui ajensi utk ground arrangement saja….mohon nasihat dari ustaz.jika sendiri apakah maslah yg bakal saya hadapi..dan jika melaui ajensi berapakah kos yg perlu. utk rujukan saya akan pergi seramai 5 orang. tiba di jeddah pada 2 dis dan balik juga melalui jeddah pada 14 dis. t. kasih.

      • Wsm ww

        Maaf saya baru baca soalan tuan hari ini.
        2 Dis, VisaUmrah belum dibuka.
        Mungkin sebab tu tiket dijual murah.

  155. assalamualaikum ustaz…saya ada merancang utk menunaikan umrah sekeluarga pada dis 2013 ni..tiket sudah saya beli pergi dan balik…yg masalah saya adalah apakah jalan terbaik utk saya samada uruskan sendiri umrah dan ziarah atau pun melalui ajensi utk ground arrangement saja….mohon nasihat dari ustaz.jika sendiri apakah maslah yg bakal saya hadapi..dan jika melaui ajensi berapakah kos yg perlu. utk rujukan saya akan pergi seramai 5 orang. tiba di jeddah pada 2 dis dan balik juga melalui jeddah pada 14 dis. t. kasih.

  156. assalamualaikum w.b.t.ustaz…ana nk ucap jutaan terima kasih krn buka blog ini dn skaligus mmberi info ttg STAM di AIM..hanya ALLAH yg dpt balas jasa ustaz dn keluarga…dlm hidup ana,AIM adlh satu-satunya tmpt bljar yg ana plg suka..dgn keramahan,galakan,sokongan berkat kesungguhan ilmu yg dberikan dn doa dr ustz zol,ustz najib,ustz razmi,ustz shah,ustz azimi,ustz yusri,ustz khai dn semua staf kat sana ana dn kembar ana dpt mncapai pangkat jayyid jiddan dlm STAM yg diumumkan baru2 ini..alhamdulillah syukur kpd allah..utk pngetahuan ustz..sblm ini ana dn kembar ana dh pernh ambil diploma kimia industri di uitm..dn mmg x de basic dlm bhs arab..3 org shbiah ana yg lain pn xde basic arab n dpt info dr blog ustaz jgk..apa2 pun berkat doa,kesungguhan dn niat kami yg betul2 nk ambik stam..ALLAH telah mmberikn keputusn terbaik bt kami wlaupn xde basic..time kasih ustaz..berkat usaha ustaz juga..ap yg ana nk katakn di sini kpd siapa yg x ada basic arab jgn takut tk ambik STAM..belum cuba belum tahu..hanya ALLAH yg tahu niat kita..in sya Allah..ALLAH tolong hambanya yg menolong agamanya…ana harap ustaz doakan kami dpt mlanjutkn pengjian di universiti al-azhar mesir dn mnjadi salah satu rantai2 perjuangan rasulullah s.a.w dn juga dpt mmbawa pulang ilmu2 yg kami blajar d sana utk ummah dn islam..in sya allah..skali lagi syukran jazilan khairan kathira ustaz..

  157. Assalamualaikum Warahmatullah Ustaz,
    Saya ingin mengucapkan banyak2 terima kasih kpd ustaz yang menyumbang banyak penulisan yang bermanafaat kepada ramai termasuk saya.
    Semoga kita diberi hidayah untuk kekal istiqomah dalam perjuangan yang tidak berpaksi selain dari Islam yang sebenar.
    Amin, InsyaAllah.
    Terima Kasih tuan Uztaz.

  158. as salam Ustaz …ustaz ada emel x? atau nombor fon? tq

  159. as salam Ustaz Halim….ustaz ada emel atau fon ? tq

  160. salam ustaz,,bolehkah bagi lepasan ijazah sarjana muda syariah al-azhar untuk sambung belajar ke universiti di saudi..dan jikalau ada bagaimna caranya untuk memohon?mohon penjelasan maklumat dr ustaz.

  161. aslm ustaz, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah di atas perkongsian ilmu ini, saya bercadang untuk menghantar anak saya ke Mesir sementara menunggu keputusan SPM, apa pandangan ustaz?

    • Dari ke Mesir, lebih baik ke Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh
      Tel 019-571 5334 (Us Shahruzzaman).
      Di sana, dibaca kitab Arab, dengan diterjemah oleh guru dalam Bahasa Melayu. Lebih memahamkan.

  162. Salam Ustad

    Cemerlang sungguh baca pencapaina Ustad. Saya tinggal di RK S’Ban 2 dan ada seorang anak yang belajar agama….mula2 dia belajar di Masir private tuition tetapi lepas revolusi ikhwan dan lepas tu pulang ke S’ban, dan sekarang belajar di Asssofa ting 4. Dia masih tak ketetntuan nak buat apa dengan masa depan nya. Bolih sikit kira nya saya dapat sikit pandangan Ustad.

    Wasallam/shafie

    • Wsm ww

      Yang terbaik adalah :

      Tel 019-571 5334 (Us Shahruzzaman). Maahad AIM di Ipoh.

      Selepas tamat Engineering di Australia, saya masuk STAM tanpa asas Bahasa Arab.
      Alhamdulillah peperiksaan akhir dapat nombor 2/97 orang.

      Selamat maju jaya.

  163. Salam pergenalan ustaz.. Saya jalalboy tertarik dengan cara penyebaran ustaz melalui alam maya. Saya juga menyampaikan dakwah melalui alam maya melalui laman Web http://jalalboy.blogspot.com/.. Harap jika ada salah silap dapat ustaz perbetulkan. http://jalalboy.blogspot.com/2012/01/salam-pergenalan.html

  164. assalamualaikum ustaz.sekarang universiti-universiti dkat jordan terima lagi tidak lepasan diploma pengajian islam?

Tinggalkan Jawapan kepada m.hafifi bin ab.manaf Batal balasan