Ustaz Mokhtar & Ustaz Farid MRSM

Ustaz Farid Abdullah (1978-1980)

Kehadiran Ustaz Farid (nama sebenar ialah Ustaz Jantan) sebagai ustaz di MRSM Kuantan merupakan anugerah Allah yang sangat besar buat diri saya. Beliau baru pulang dari tamat pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. Keperibadiannya, bahasa Arabnya, bilik wardennya, keramahannya dan cara berpakaiannya banyak membentuk jiwa dan diri saya serta menaikkan semangat saya untuk suatu hari nanti pergi ke Mesir dan menimba sendiri mutiara-mutiara di sana. Saya sering menziarahinya di bilik warden tempat dia tinggal dan berada didalam bilik tersebut saya merasakan seperti sedang berada di Mesir kerana keperibadiannya, bahasanya, perhiasan dan minyak atar yang digunakan. Boleh dikatakan beliau adalah salah satu faktor yang meransang saya untuk pergi ke Mesir tahun 1989  setelah saya tamat pengajian di Australia, kira-kira 10 tahun setelah pernah mendekati beliau.

Ketika di tingkatan 3 (1980), sampai berita bahawa Ustaz Farid akan berpindah ke sekolah lain. Berita ini sangat menyedihkan saya. Selama ini beliau adalah contoh seorang yang bangun awal untuk bersolat subuh, menjadi imam di Surau hampir di setiap waktu, ghairah membimbing dan menegur pelajar kerana Islam. Saya merasakan ditahun hadapannya nanti bebanan menjadi tauladan kepada pelajar, selepas ketiadaannya, akan jatuh ke atas bahu seniors seperti kami, termasuk menjadi imam di Surau.

Sebaik tamat SRP (kini PMR) dan pulang bercuti panjang di rumah di Seremban, saya berusaha menghafaz Surah As-Sajadah dan Surah Al-Insan guna dibaca imam ketika solat Subuh di pagi Jumaat. Alhamdulillah setelah 2 minggu berusaha saya dapat menghafaznya hingga ke hari ini. Saya masih ingat ayah sangat gembira apabila saya berjaya menghafaznya.

Saya mendengar ketika ini (2009) Ustaz Farid adalah Pengetua di MRSM Grik, Perak. Moga Allah membalas jasa beliau kepada anak-anak muridnya dengan sebaik-baik balasan.

Ustaz Mokhtar

Ulamak adalah anugerah Allah dan umpama cahaya di tengah-tengah masyarakat. Begitulah juga kehadiran Ustaz Mokhtar dan kemudiannya Ustaz Farid (Jantan bin Abdullah) di MRSM Kuantan sebagai guru agama yang bukan sahaja mengajar kami di kelas tetapi sebagai warden di asrama dan imam di surau Maktab. Saya sering mendekati kedua-dua mereka dan merasakan mereka sebagai ayah sendiri.

Ustaz Mokhtar telah berumah tangga dan mempunyai bacaan Al-Quran yang khusyuk didengar. Beliau berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan bergiat aktif dalam ABIM. Salah satu peristiwa yang masih saya kenang hari ini ialah bila beliau membawa kami ke Beserah untuk sama-sama membina sebuah markaz ABIM di sebidang tanah pinggir hutan. Menolong membina sebuah markaz Islam bukan sahaja membantu membina sebuah bangunan tetapi juga dalam masa yang sama, keikhlasan dan semangat ketika bekerja itu turut membina syakhsiyah seorang pejuang Islam di dalam diri seorang pemuda yang memerlukan bimbingan seperti saya ketika itu. Keperibadian Ustaz Mokhtar  turut mengajar saya erti keberanian dalam menghadapi tekanan pihak atasan. Beliau sering ditegur oleh pihak pentadbiran Maktab lantaran kegiatan Dakwah Islamnya yang melampaui tugas seorang guru agama biasa seperti membawa kami keluar Maktab dan sebagainya. Malah beliau diancam untuk dikeluarkan dari rumah warden supaya tidak berada dekat dengan kehidupan pelajar. Jawapan beliau ringkas, “(Jangankan keluar dari rumah warden) Dikeluar dari Maktab ini pun saya tak kisah !”.

Sejak saya ke Australia, saya telah terputus hubungan dengan beliau. Apa yang saya dengar, beliau telah pun kembali ke Rahmatullah sejak tahun 1980an lagi. Semoga Allah merahmati dan  mengganjari beliau atas segala sumbangannya kepada perjuangan menegakkan Islam di tanahair yang tercinta ini.

Ustaz Farid Abdullah <bersambung>

Advertisement

12 Respons

  1. salam

    ustaz jantan bin abdullah berada di mrsm kuching pada 2001-2002, mrsm serting pada tahun 203-2004, dan terakhir yang ana tahu di mrsm gerik pada tahun 2005.

    beliau kini punyai sebuah rumah di kampung lipat kajang, jasin melaka.

    ana dulu pernah bersama dengan beliau, memang seronok bersama dengannya. tapi kini dah terputus hubungan, walaupun tahu beliau jadi orang kampun ayah ana.

    😀

    rupa-rupanya ustaz ni super duper senior saya. besarnya jaringan ukhuwwah ni.

  2. Assalamualaikum
    Ustaz sendiri sering mengumandangkan Azan sewaktu di MRSM dulu. Ceramah Allahyarham Ustaz Mohktar mengenai kalimah La ilahaillallah Muhamad rasulullah kekal dalam benak hingga kini.

  3. menanti sambungan tentang ustaz jantan abdullah..ana pun anak murid beliau juga..tapi memang ramai para ustaz dan guru guru mrsm yang terlibat dengan gerakan dakwah dan sedikit sebanyak kepribadian dan aura mereka meresap ke maktab dan para pelajar. ana sendiri merasakan nikmat tarbiyyah ketika di mrsm. semoga mrsm kekal menjadi sumber lahirnya para duat buat umat.

  4. salam..ustaz jantan abdullah..ustaz di mrsm serting dulu.ustaz yang best dan penyayang.banyak mendidik.terima kasih ustaz.jazakallah khair..

  5. ya walad! tak pergi sembahyang lagi…! (bunyi terompah merah)

  6. Utz Jantan Abdullah kini bertugas sebagai Pengetua MRSM Gemencheh. Mulai tahun 2010 MRSM Gemencheh memulakan program tahfiz sepenuh masa untuk tingkatan satu. Boleh menghubungi beliau melalui emel jantan@mail.mara.gov.my

  7. Assalamualaikum…
    Ustaz Jantan jadi Timbalan Pengetua MRSM Gemencheh mulai September 2009 dan mulai Julai 2010 jadi tukar ke MRSM Transkrian.

    • Waalaikumsalam wr wb. Oh begitu ke. Tkasih atas info tentang Ustaz Jantan yang pernah mengajar kami di MRSM Kuantan suatu masa dahulu (1978-1982). Jika ada no tel nya mohon maklumkan kpd saya.

  8. Assalamualaikum, saya pun bekas anak didik Ustaz Jantan. Bersama Ustaz pada tahun 2006 di MRSM Gerik. Ustaz yg saya anggap sebagai seoarang ayah. Dibesarkan dengan kasih sayang yg cukup menyebabkan saya menjadi homesick sewaktu menjejakkan kaki ke bumi gerik pada ketika itu. Campus yg jauh diatas bukit dan terletak 13 km dari pekan gerik rasa amat terpecil bagi anak bandar macam saya. Start first day dah mula homesick. Call mak ayah non-stop. Kad kreadit panggilan dah diborong banyak2. Dah tak tahan sangat time outing weekend tu terus beli ticket balik kl sorang2 time tu. Then sampai kl baru call parent. Memang terkejut staf2 sebab saya hilang tak check in balik. Itulah kisah kenalnya dengan ustaz Jantan. Balik jaa campus lepas tu kena pantau dengan dia. Tapi saya still homesick. So pagi2 akan ke rumah beliau mengadu masalah. Dia ajak breakfast dan naik kereta dia ke kelas. Haha.. Ingat sangat time tu. Time kelas bila rasa sedih jaa akan ke bilik dia. Cerita masalah. Dia dengar jaa. Lama laa jugak sebelum akhirnya saya tinggalkan mrsm. Terima kasih Ustaz dengan semua nasihat pesanan teguran yang menjadikan saya lebih berdikari sekarang. Alhamdulillah.

    • Wsm ww

      MasyaAllah.

      Ustaz Jantan sekarang bersara dan menetap di Kuala Kangsar, Perak.

      Dia berniaga perabut jati dan kedai makan.

      • moga Allah kurniakan umur yang berkat kepada ustaz jantan abdullah yg sudah banyak meninggalkan kesan besar kepada anak-anak muridnya… anak muridnya di mrsm kuching.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: