Sehingga hari ini saya bersyukur kepada Allah swt kerana dapat hidup seketika di bumi Australia dan seketika di bumi Mesir. Walaupun ditaja ke sana untuk belajar, namun matlamat hakiki yang boleh diperolehi oleh seseorang yang ke luar negara ialah melihat perbezaan sesuatu umat, faktor yang membawa kepada prbezaan tersebut, dan berjuangan mengimpot yang baik dan menghalang yang munkar dari masuk ke negara umat Islam. Ia memahamkan kepada seseorang bahawa perjuangan dalam hidup ini sebenarnya perjuangan membaiki umat, meletakkannya dari satu martabat rendah kepada martabat yang teringgi, memimpin dan membimbing umat lain. Atas tujuan ini para Rasul diutuskan Allah swt sepanjang zaman. Selepas Nabi Muhammad saw, tiada lagi para Rasul, tanggungjawab ini dipikul oleh para Ulamak dan mereka yang tahu. Disini Australia membuka mata sesiapa yang ingin mengambil iktibar termasuk saya. Australia boleh dikatakan sebahagian dari negara-negara Barat. Walaupun kedudukannya di Timur, namun orang, aqidah dan budayanya adalah Barat seperti negara Amerika dan United Kingdom.
Hari ini dengan usaha umat tersebut, negara-negara Barat dikurnia Allah kepimpinan dunia Abad 20-21. Begitu juga hari ini atas kelemahan umat dan negara-negara umat Islam, Allah swt mencabut anugerah kepimpinan sejak 1400 tahun lalu dengan runtuhnya Khilafah Islam pada 20 Mac 1924, dan diganti dengan kepimpinan Barat. “Katakanlah milik ALlah kerajaan. Dia beri kerajaan kepada siapa yang Dia kehendakki. Dia cabut kerajaan dari siapa yang dia kehendakki”. (Al-Quran).
Diantara kelebihan Barat mengatasi umat Islam dalam abad ini, sehingga Allah mengurniakan kepimpinan dunia kepada mereka ialah :
1- Keadilan yang dilaksanakan oleh pemerintah dan masyarakat sesama mereka di dalam negara.
2- Kebebasan yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyat.
3- Pertanggungjawaban.
4- Proaktif.
5- Ilmu.
6-
Sebaliknya pengajaran yang negatif dari Australia dan negara-negara Barat yang lain, kesan dari penolakan kerajaan dan umat mereka terhadap petunjuk Ilahi termasuklah :
1- Gejala hawa nafsu.
2- Keruntuhan keluarga dan akhlak masyarakat.
3- Dominasi musuh terutama Yahudi.
4- Kekecewaan dan putus asa.
Bersambung …
Tinggalkan Jawapan