Halau bapa tegur isteri tutup tingkap

Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my
2011/05/07

ISMAIL ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan, di Ipoh.

ISMAIL ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan, di Ipoh.

Warga emas jual barang terpakai untuk hidup

IPOH: Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah.

Berikutan itu, bapa malang itu yang bersara sebagai penyelia sebuah ladang di Tapah, terpaksa berkeliaran dan hidup bergelandangan tanpa arah tuju.

Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini.

Beliau berkata, sejak kematian isteri akibat radang paru-paru pada 2005, kehidupannya mula berubah menjadi tidak terurus tambahan anak lelakinya sudah berumahtangga dan tinggal di Manjung.

Katanya, perasaan sunyi dalam hidupnya terubat apabila anak lelakinya bersama isteri serta tiga anak mereka mengunjungi rumahnya pada penghujung 2007 dan mempelawa beliau tinggal bersama mereka.
Bagaimanapun, kegembiraan tinggal bersama anak dan menantunya itu tidak lama apabila kehadirannya seolah-olah tidak diterima. Beliau juga mendakwa diberi pelbagai peraturan oleh menantu, termasuk soal remeh-temeh seperti mencuci kaki sebelum masuk rumah dan dilayan seperti orang tua nyanyuk yang tidak tahu mengurus diri sedangkan dirinya masih aktif dan sihat.

“Walaupun dilayan begitu, saya tetap sabar dan menurut segala peraturan serta kehendak anak lelaki dan isterinya itu. Ketika itu saya baru sedar pelawaan mereka tidak ikhlas dan mereka rimas kehadiran saya di rumah.

“Bagaimanapun, sebagai bapa, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan dihalau anak kandung sendiri dan diperlakukan seperti saya tiada maruah dan nilai hidup.

“Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib,” katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas

Advertisement

8 Respons

  1. ini namanya anak x kenang jasa ………….kesian bapanya.semoga anaknya insaf ………………………amin……..

  2. mat,

    itu namanya anak derhaka.tempatnya dineraka…….

  3. mmg anak krang ajar..x knang jase mak bpak..padahal wktu ko kcik dlu,bpak ko la y bngon,mak ko la y bngon,smate2 nak bagi ko tdo..jhat2 ak,ak x pena tpikir na hlau bpak ak taw..ingat bini ko cun sngat ke wei??bla la..hangin btol la..

  4. kesian betul bapa dia..nak kata belajar tak tinggi tapi sampai tahap university tapi akal tak setinggi mana sampai sanggup membuang bapa kandung sendiri sudah la tu cam buang sampah kat dalam tong sampah je. mmg bodoh betul satu hari nanti bila dapat anak , anak ko buat macam ni baru ko rase pahit sedih nya tapi dah tak guna lagi..

  5. inilah yang dikatakan ibu/ayah boleh jaga 12 org anak tetapi belum tentu anak 12 org nie boleh jaga ibu/ayah berdua.renungkanlah

  6. jgn risau nanti anak dia akan dapat balasan, anak dia akan buat dia mcmni juga

  7. Aku sampai tak tau nak kata apa, sedarlah kerana seorang wanita kamu terjunam dalam lubang neraka paling dalam…kamu benar2 anak durhaka…lebih baik kamu buang isteri kamu dari membuang darah daging kamu…nauzubilah..kerana cinta isteri berlebihan kamu telah jadi anak durhaka..durhaka…

  8. Kita, manusia, izin saya mencoretkan sesuatu, dimna semasa kita sihat, beristeri apakah yang telh kita ajar, tunjuk kepada anak anak kita, dan apakah yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita kita akan menerimanya seprtimana kita lakukan kepada kedua orang tuan kita fikir fikirkan lah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: