Kenyataan ISMA berkenaan Isu Kalimah Allah

Ust_H
January 10, 2013

JAN 10 – Merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam perutusan khas sempena Krismas, yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpendapat ia perlu diteliti secara menyeluruh.

Ini berikutan kenyataan beliau disusuli dengan kenyataan Majlis Gereja Malaysia, yang disokong oleh Persekutuan Kristian Malaysia, mengumumkan bahawa kesemua gereja akan tetap menggunakan kalimah Allah walaupun Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang perbuatan sedemikian. Perkembangan ini menimbulkan banyak persoalan yang meragukan.

Justeru itu,

1. ISMA menganggap bahawa pendirian angkuh Majlis Gereja Malaysia yang tidak mahu mempedulikan larangan pihak berkuasa dan tentangan umat Islam memberi mesej bahawa kaum Kristian di negara ini sudah sedia untuk naik kepala. Mereka dengan nyata bersikap mahu memaksa kehendak tanpa mempedulikan pendirian umat Islam.

2. ISMA berpendapat bahawa pihak gereja dan Kristian tidak ada hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka yang berbahasa Melayu dan dalam apa-apa juga penerbitan mereka.

3. ISMA mempertikaikan niat pihak gereja yang ingin berkeras untuk menggunakan kalimah Allah walaupun kalimah itu tiada dalam Old Testament dan New Testament (Perjanjian Lama dan Baru). ISMA menyatakan kebimbangan bahawa hasrat ini ada hubungan dengan agenda untuk memangkinkan penyebaran agama Kristian di negara ini, khususnya kepada orang Melayu.

4. ISMA mempersoalkan pendirian Lim Guan Eng menerusi gesaannya itu yang menggambarkan beliau seolah-olah bersekongkol dengan agenda tersebut.

5. Justeru ISMA berdiri teguh di belakang pihak Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan juga dalam mana-mana penerbitan gereja seperti Herald Tribune Malaysia.

6. Pada pandangan ISMA, larangan oleh kerajaan itu adalah pendirian yang sah serta menepati kehendak Maqasid Syariah iaitu untuk menjaga agama berdasarkan kaedah Masalih Mursalah. ISMA menyatakan kekecewaan terhadap sesetengah pihak yang mengambil sikap berlawan yang melemahkan pendirian pihak Islam.

ISMA menyeru umat Islam agar menginsafi ancaman yang sedang dihadapi, segera kembali kepada agama Allah, bersatu padu serta menamatkan suasana dicaturkan akibat perpecahan yang berterusan.

Adalah menjadi satu kefardhuan bagi umat bangkit mempertahankan maruah dan kemuliaan diri.

 – Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman

Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: