JAIM pergiat operasi ‘bersihkan’ masjid jadi sasaran Syiah
MELAKA 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang mempergiatkan operasi ‘membersihkan’ masjid-masjid di seluruh negeri ini yang dikenal pasti menjadi sasaran kumpulan penganut fahaman Syiah menyebarkan ajaran itu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, serbuan terbaru dijalankan di Masjid Paya Redan, di sini kira-kira pukul 4 petang setelah mendapat aduan daripada pihak masjid mengenai kewujudan buku ajaran kumpulan tersebut.
Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu dalam kehidupan manusia.
“Kita dimaklumkan buku-buku tersebut telah diletakkan di masjid itu sejak dua minggu lalu tanpa pengetahuan pihak masjid.
“Buku yang dirampas hari ini dilihat sebahagian kecil sahaja memandangkan jumlah sebenarnya dianggarkan sebanyak 2,000 naskhah buku yang mana telah diambil oleh pengunjung masjid sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.
Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.
Kata Rahimin, setakat ini, pihaknya telah mengadakan serbuan di 10 masjid berikutan aduan yang diterima daripada pihak masjid berhubung buku fahaman Syiah yang disimpan dalam masjid.
Ujarnya, kumpulan tersebut menggunakan dua taktik bagi menyebarkan ajaran itu sama ada secara terbuka atau berselindung daripada pengetahuan masyarakat.
“Sebelum ini, kita pernah kesan taktik kumpulan ini yang mengedarkan buku dan risalah fahaman Syiah kepada pengunjung masjid.
“Bagaimanapun, sekarang, mereka meletakkan secara sembunyi buku dan risalah kumpulan ini di dalam masjid bagi membolehkan pengunjung mendapatkannya dan mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.
Sehubungan itu, Rahimin meminta kerjasama orang ramai khususnya mereka yang menyimpan buku atau risalah mengenai fahaman ini agar menyerahkannya kepada JAIM bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Usaha kelirukan umat Islam
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Tindakan pihak tertentu yang cuba mengedarkan buku fahaman Syiah ke masjid-masjid di seluruh negara dipercayai merupakan gerakan terancang pihak berkenaan untuk mengelirukan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sehubungan itu pihak masjid perlu meneliti dan memahami kandungan buku-buku yang diedarkan ke masjid supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Telah termaktub dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan. Bagaimanapun, kita telah menetapkan tiada ajaran agama lain yang boleh disebarkan kepada umat Islam,” katanya.
Menurutnya, umat Islam di negara ini mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak sewajarnya dicampur aduk dengan fahaman Syiah.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pendakwah dan pengawal keselamatan sekitar Wilayah Persekutuan di Bangunan Perkim dekat sini hari ini.
Jamil Khir mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka semalam kerana dipercayai menjadi markas ajaran Syiah.
Turut hadir pada majlis penyampaian bantuan zakat itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Osman Mustapha; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shahneen Mirza Habib.
Sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada 100 pendakwah manakala RM396,800 untuk 1,984 pengawal keselamatan pada majlis tersebut.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, pihaknya akan mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi mengawal pergerakan ajaran tersebut.
“Kita sentiasa membuat pemantauan serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap gerakan seperti ini melalui kaedah nasihat atau tindakan undang-undang bagi mengelakkan ia daripada terus berleluasa,” katanya.
200 pengikut Syiah ditahan
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Dis 2010. – Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.
Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.
Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.
Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.
“Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.
“Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.
“Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.
Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.
“Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.
“Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji,” katanya.
Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.
Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.
Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.
Dua dipercayai pemimpin ajaran Syiah diikat jamin
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Seorang lelaki tempatan dan seorang warga Iran yang dipercayai pemimpin fahaman Syiah dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini hari ini.
Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin membenarkan lelaki berusia 48 tahun dan warga Iran berumur 44 tahun diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan dua penjamin, penjawat awam Kelas A yang bermastautin di Selangor.
Pada prosiding itu pertuduhan terhadap mereka tidak dibacakan kerana penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih perlu mengambil keterangan dan menjalankan siasatan lanjut.
Mahkamah menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Menurut pegawai penyiasat Mohd. Nordin Abdullah, JAIS sedang menyiasat mereka mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Seksyen itu berkaitan perbuatan menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama (Mufti).
Pada prosiding yang sama, kira-kira 20 orang pengikut fahaman itu hadir memberikan sokongan terhadap dua lelaki terbabit.
Di antara mereka ada yang memakai kemeja-T berwarna hitam tertera perkataan ‘Hauzah Ar Ridha’ dipercayai nama kumpulan itu.
Sebelum prosiding bermula, lelaki tempatan berkenaan cuba menjelaskan kepada pihak media bahawa pegangan yang dibawanya adalah betul dan tidak seharusnya dianggap salah.
Mereka berdua antara yang ditahan ketika serbuan dibuat pada pukul 10.15 malam tadi di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini.
Dalam serbuan itu, JAIS turut merampas dan menyita barang-barang di markas kumpulan itu seperti papan tanda premis, video, gambar dan kain rentang.
Hati-hati dengan orang yang nak pelaris surat khabar…Sabar dulu….
Syiah di Gombak adalah Jaafariyah
Anda boleh mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat kalau anda tidak termasuk pengikut dalam 8 Mathahib yang diendorsekan dalam Deklarasi Amman.
Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah menghina Deklarasi Amman yang di endorse lebih 500 ulama dunia, raja-raja Arab, Mufti-mufti termasuk menghina persetujuan DSAI, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Khairy Jamaluddin dll.
Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah juga menghina fatwa yang dikeluarkan oleh Shaikhul Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mufti Besar Mesir, Professor. Dr. Ali Jumu’a, Pengarah Majlis Sunna dan Sira Qatar, Shaykh Dr. Yusuf Abdallah Al-Qaradawi dan ulama-ulama dari Akademi Fiqh Islami Saudi Arabia.
Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syiah Jaafari, Syiah Zaidiah dan Ibadiyah sesat menjadikan anda wakil/ejen tidak langsung zionis dan musuh Islam yang memprovokasikan perpecahan umat Islam. Banggakan?
Yang paling saya takutkan …. mengatakan mereka sesat terpulang pada kita… Nauuzubillah
Point 1 Deklarasi Amman
—————————–
Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi,Maliki, Shafi‘i and Hanbali), the two Shi‘i schools of Islamic jurisprudence (Ja‘fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable..
http://ammanmessage.com
bersatulah wahai umat islam
Syiah ja’fari di Malaysia hakikatnya adalah Rafidhah yg berbaju/berselindung di sebalik aliran Ja’fari. Buktinya mereka mempertikaikan & memburukkan para Sahabat Rasulullah spt Saidina Abu Bakar, Umar & Ustman.
Biarlah Ja’fari di Iran dan negara2 sewaktu dgnnya. Tak payahlah eksport ke Malaysia yg penganutnya Sunni. Ia akan menimbulkan ketegangan agama yg mengancam keselamatan negara. Dalam satu aliran akidah sunni spt Asyairah & Salafiyah pun umat boleh bertelagah apatah lagi jika wujud 2 aliran akidah sunni – syiah.
syiah tentera dajjal….
saya harap pemerintah Malaysia banteraslah habis-habisan ajaran syiah sebab nanti semakin ramai syiah maka semakin ramai meenyeksa diri dan semakin cemar jalanan dengan darah anjing2 sesat syiah ….
SUDAH-SUDAHLAH ORANG sYIAH, JANGANLAH KAU TERUSKAN KESESATAN KAMU…SYIAH ITU PENGASASNYA YAHUDI….DI IRAN SEKARANG INI SELAIN TURKI MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA ORANG SYIAH MENGAMALKAN KEHIDUPAN…NYAH KAU SYIAH DARI BUMI INI TERMASUK MALAYSIA…
di mana ada syiah.di situ ada pertumpahan darah umat Islam
betultu sya amat sokong. syiah imamiah amat bahaya kpd sunni.
saya syiah…tetapi saya syiah zaidiyah..dan saya berdemi allah, bahawa syiah zaidiyah tidak pernah mengkafirkan para sahabat sama sekali namun mengangkat kemuliaan para sahabat….yg sesat tu ialah syiah rawafidh iaitu lebih dikenali syiah imammiyah…..
Darah org sunni halal tak?
Hanya Ahli sunnah waljamaah sahaja yg diterima Allah.
Syiah suka amalan yang best cth bab kahwin mutaah, solat yg dipermudah. tapi ingat!! Generasi hari ini belum dikira syiah 100 peratus. Jika dibiarkan, anak yg sejak lahir syiah akan membesar menjadi syiah sebenar yang amat memusuhi sunni. Cara syiah:
1. Mengajak mengasihi keluarga rasulullah.
2. Menceritakan cerita2 dongeng tentang penderitaan dan
kesengsaraan keluarga rasulullah(terutama imam husin dan hasan)
3. Meratapi kesengsaraan mereka.
4. menyemai bibit kebencian terhadap sahabat dan sunni.
5. Akhirnya terjadilah pecah belah dan peperangan antara umat kerana
darah sunni adalah halal dibunuh.
Beza syiah dan sunni:
syiah – Rasulullah dan sahabat saling memusuhi
– 3 Sahabat( Abu Bakar, Umar Uthman) merampas takhta dari
saidina Ali
– Rasulullah dan isteri akan saling benci (Aisyah adalah penzina!
kata org syiah)
sunni – Rasulullah dan sahabat saling bekerjasama.
– Para sahabat saling bantu membantu
– Rasul dan isterinya Aisyah saling sayang
Dgn terbitnya sebuah buku oleh seorang bekas ulamak syiah….yg membungkarkan tentang penyelewengan ilmu dan ajaran oleh ulamak ulamak syiah sejak dulu lagi….maka berhentilah kamu ….yg telah atau yg akan beraqidah dgn mazhab syiah yg sesat lagi menyesatkan ini…demi keselamatan kamu dihari kamu akan dihisab oleh ALLAH nanti….cari lah buku itu….untuk rujukanmu dan pedomanmu….insyaallah….ALLAH akan memeliharamu nanti. wallahua’lam.
Bebas dirimu daripada ajaran ajaran yg sesat…..hanya ahli sunnah wal jamaah sahaja yg diiktiraf oleh Rasullullah SAW….wahai pengikut ajaran syiah khususnya….bertaubatlah kamu…dan keluarkanlah dirimu dari belenggu ajaran sesat SYIAH….ikhlas dariku saudara islammu….
dunia dah nak kiamat
syiah zaidiyah tidak mengkafir sahabat rdh. tp berpendapat ali rdh lebih layak jd khalifah pertama.
siapakah kamu untuk mengatakan begitu sedangkan ketentuan susunan 4 khalifah itu adalah ketentuan Allah.
bolehkah kita mengatakan sepatutnya begitu begini kepada perkara yg telah berlaku dgn ketentuan Allah?
bukankah Allah yg menetapkan bahawa Saidina Abu Bakar menjadi khalifah pertama. Zaidiyah seolah ada unsur tidak begitu redho dgn ketentuan Allah.
Alhamdulillah, selepas kewafatan Rasulullah saw, para Sahabat telah memilih dan berbuat yang terbaik.
Bahkan mereka adalah “Umat uamt terbaik yang dikeluarkan untuk manusia” (Al-Quran).