Koleksi berita tanda-tanda ajaib (ke 04 pd 8/3/2011)

Petai ‘menangis’ dikawal 24 jam

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

Orang ramai menyaksikan keanehan pokok petai mengeluarkan air di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas, baru-baru ini.


PULAU PINANG 7 Mac – Bagi mengelakkan kegiatan pemujaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan menempatkan beberapa anggota penguatkuasanya mengawasi lokasi pokok petai ‘menangis’ di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas, dekat sini.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, anggotanya akan bertugas secara 24 jam di lokasi tersebut sejak seminggu lalu, secara bergilir-gilir dalam bentuk penyamaran.

Katanya, langkah itu bagi mengelak berlakunya pemujaan selain aktiviti menjual dan membeli air yang kononnya keluar dari batang pokok itu daripada berleluasa.

“Setakat ini kewujudan anggota kita tidak disedari oleh orang ramai. Sehingga hari ini kami dapati hampir 30 orang termasuk kaum Cina dan India keluar masuk ke kampung tersebut bagi melihat pokok petai itu selain mengambil airnya sebagai penawar penyakit.

“JHEAIPP turut memantau sama ada berlaku penjualan dan pembelian air pokok petai tersebut berikutan terdapat kelibat sekumpulan kanak-kanak dan dewasa yang cuba membawa pulang air itu ke rumah mereka,” katanya di sini hari ini.

Hari ini, akhbar melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air tersebut kerana bimbang mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis).

Sebelum ini, penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan menangis sehingga air turun seperti hujan.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Menurut Jaafar, hasil pemantauan pihaknya sehingga kini mendapati tiada sebarang kegiatan khurafat melibatkan penduduk mahupun orang luar tetapi pengawasan di lokasi berkenaan tetap akan dipertingkatkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jaafar meminta Jabatan Pertanian mengkaji secara saintifik pokok petai tersebut bagi mengelak berlakunya kegiatan khurafat.

“Selain itu, kami turut merayu kepada penduduk setempat supaya melaporkan kepada JHEAIPP sekiranya berlaku sebarang kegiatan berunsur pemujaan di sekitar kawasan tersebut.

“Amalan tersebut bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

“Mereka yang melanggarnya boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Penulis Australia temui mangsa api misteri

 

ZAINAB Sulaiman menunjukkan kesan terbakar pada tilam kepada Paul Cropper di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bahru, semalam.

 

 


KOTA BHARU 19 Feb. – Penulis paranormal dari Australia, Paul Cropper hari ini menunaikan janjinya untuk bertemu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas dekat sini bagi mendapatkan maklumat tentang kejadian api misteri yang ‘menyerang’ keluarga tersebut sejak dua bulan lalu.

Cropper, 47, yang menulis buku poltergeist atau roh tidak tenteram yang menghantui seseorang itu tiba di bandar ini dari Sydney semalam khusus untuk menemu bual wanita berusia 73 tahun itu.

Pagi ini, beliau dibawa oleh wakil Mingguan Malaysia dan The Star bertemu dengan Zainab di rumahnya bagi mendapatkan maklumat tentang fenomena api misteri untuk melengkapkan kajiannya.

Pada pertemuan itu, Zainab turut memberikan cebisan tikar yang terbakar kepada Cropper untuk dibawa pulang ke Australia sebagai kenangan dan bahan kajiannya.

“Apa yang dilalui Zainab sama seperti apa yang dilakukan oleh poltergeist atau jin. Saya secara peribadi mengalami entiti seperti itu di Australia apabila makhluk-makhluk misteri berterbangan tanpa ada penjelasan yang wajar.

“Saya mahu membandingkan pengalaman Zainab dengan aktiviti paranormal yang berlaku di Australia,” kata Paul ketika ditemui di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia tentang kemunculan api misteri yang mengganggu keluarga Zainab di Kampung Penambang Bunga Emas dekat sini dua bulan lalu menarik minat pengkaji paranormal terkenal Australia itu untuk mengetahui keadaan sebenar.

Sehingga kini, lebih daripada lima pakar paranormal dari seluruh negara telah pergi ke rumah Zainab sejak berita tentang fenomena tersebut mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun kejadian serangan api misteri tersebut berakhir sejak beberapa minggu lalu.

Cropper yang kini bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi Australia berkata, beliau bukannya seorang pakar paranormal tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut dan mahu berkongsi bersama dengan para pembaca.

“Saya secara peribadi berdepan dengan entiti-entiti ini bertahun-tahun dulu dan sejak itu saya mengumpulkan laporan-laporan berhubung dengannya dari seluruh dunia untuk memahaminya dengan lebih baik.

“Saya menjangkakan buku itu akan siap dalam masa enam bulan dan saya akan masukkan pengalaman Zainab dalam buku terbaru saya ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya dalam menjalankan kajian ini dan tidak menjangka mendapat kerjasama daripada penduduk negara ini biarpun ada pihak yang memandang sinis terhadap kerja-kerja yang dilakukannya.

Sebelum ini, beliau bersama dengan Tony Healy dari Canberra, Australia telah menulis buku tentang legenda dan mitos Big Foot di negara tersebut The Yowie: In Search of Australia Big Foot’.

Kini kedua-dua mereka sedang menyiapkan buku berkenaan poltergeist di Australia dan Asia Tenggara.

More than 1,000 dead birds fall from sky in Ark.

AP

Sun Jan 2, 3:16 am ET

BEEBE, Ark. – Wildlife officials are trying to determine what caused more than 1,000 blackbirds to die and fall from the sky over an Arkansas town.

The Arkansas Game and Fish Commission said Saturday that it began receiving reports about the dead birds about 11:30 p.m. the previous night. The birds fell over a 1-mile area of Beebe, and an aerial survey indicated that no other dead birds were found outside of that area.

Commission ornithologist Karen Rowe said the birds showed physical trauma, and she speculated that “the flock could have been hit by lightning or high-altitude hail.”

The commission said that New Year’s Eve revelers shooting off fireworks in the area could have startled the birds from their roost and caused them to die from stress.

Robby King, a wildlife officer for the agency, collected about 65 dead birds, which will be sent for testing to the state Livestock and Poultry Commission lab and the National Wildlife Health Center lab in Madison, Wis.

Rowe said that similar events have occurred elsewhere and that test results “usually were inconclusive.” She said she doubted the birds were poisoned.

Terkejut daging ada kalimah Allah

 

Kalimah Allah yang terdapat pada daging lembu di Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, semalam. – utusan/Nor Azman

 

 


MERSING 7 Dis. – Seorang suri rumah yang menetap di Kampung Air Tawar dekat sini terkejut apabila mendapati hirisan daging korban yang hendak dimasaknya mengandungi urat lemak yang membentuk kalimah Allah.

Maharom Musa, 58, berkata, daging lembu korban itu diberikan oleh menantunya, Yusuf Embong, 47, yang membawanya dari Chini, Pahang, kira-kira dua minggu.

Dia mula menyedari tanda kebesaran Allah itu semasa hendak memasak daging tersebut, semalam.

“Pada mulanya saya memotong daging itu seperti biasa apabila anak perempuan saya terpandang sesuatu yang aneh terdapat pada daging tersebut.

“Bila diamati betul-betul, memang jelas urat daging berkenaan tertulis kalimah Allah malah bahagian yang tertera kalimah tersebut berbeza daripada yang lain, tidak berlemak dan tidak berbau hanyir,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Malah, jelasnya, apabila dimasak, rasanya seolah-olah, cukup dengan perisa dan dagingnya lembut serta sedap berbanding daging lembu biasa walaupun pada mulanya belum dimasukkan garam.

Maharom mengakui sejak cerita tersebut tersebar di kalangan penduduk kampung, ramai yang datang untuk melihat sendiri.

“Sebelum ini saya kurang sihat dan apabila melihat kebesaran Allah ini, saya menjadi kembali bersemangat dan bermuhasabah diri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk melihat salah satu kebesaran-Nya dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati beberapa penduduk kampung berhampiran datang untuk melihat sendiri dan merakamkan gambar daging itu.

Advertisement

Satu Respons

  1. Allahhuakhbar..Allahhuakhbar..Allah maha pencipta langit dan bumi dan semua kejadian adalah atas kehendaknya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: