Koleksi berita2 DAP vs Islam

DAP, PKR Sarawak bertelingkah barisan kabinet bayangan

2011/05/07

Berita Harian Online

KUCHING: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bertelingkah berhubung barisan Kabinet bayangan yang diumumkan Ahad lalu.

Dalam laman blognya semalam, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mendakwa, ‘seseorang’ dalam biro politik PKR sebagai ‘gila kuasa’ membantah kerana diberikan portfolio ‘junior’.

“Bantahan itu tidak berasas. Memandangkan ia sebuah Kabinet bayangan, tiada portfolio kanan atau junior atau lebih penting atau kurang penting.

“Ia hanya menunjukkan bahawa seseorang dalam Biro Politik PKR gila kuasa tanpa mengetahui fungsi sebenar sebuah Kabinet bayangan dan tanpa mengetahui fakta sebenarnya yang timbul daripada perjumpaan antara DAP dan PKR pada 30 April, 2011,” katanya dalam blognya http://holeng.dapsarawak.com.

Pakatan pembangkang di Sarawak mengumumkan barisan kabinet bayangan itu, Ahad lalu.

DAP dan PKR berbincang selama sejam barisan kabinet bayangan itu. DAP Sarawak diwakili Wong dan setiausaha parti negeri, Chong Chieng Jen, manakala PKR diwakili Naib Presiden Kebangsaan, Datuk John Tenewi Nuek, Ibi Uding dan Setiausaha Akhbar Ketua Parti Negeri Bian Baru, Vernon Kedit.

Dalam sidang medianya kelmarin, Baru berkata, PKR Sarawak tidak bersetuju dengan komposisi barisan Kabinet bayangan dan berkata, ia diumumkan satu pihak saja tanpa perundingan.
Baru berpendapat barisan Kabinet bayangan itu tidak menggambarkan perwakilan yang mencukupi bagi Bumiputera Islam dan bukan Islam.

Bagi membantah kenyataan itu, Wong berkata, barisan itu dibincangkan selama sejam dan dua pindaan dibuat kepada portfolio sebelum ia diumumkan dalam sidang media bersama.

“Kita bertukar-tukar pandangan mengenai barisan itu. Kita buat dua pindaan kepada portfolio. Ada dua perundingan penuh dilakukan,” katanya.

Wong berkata, Baru perlu menjelaskan kepada DAP mengenai kenapa beliau menghantar tiga wakil yang tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dan tanpa memberitahu DAP terlebih dulu.

“Baru tidak pernah memaklumkan kepada kita terlebih dulu bahawa tiga wakilnya tidak mempunyai kuasa seperti itu. Adakah tiga wakil PKR pada mesyuarat itu hanya untuk hiasan saja? Jika Baru terlebih dulu memaklumkan kami… saya tidak ragu-ragu untuk membatalkan atau menangguhkan mesyuarat itu,” katanya.

Wong berkata, PKR sudah menunjukkan bahawa pemimpinnya di Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam mesyuarat dengan DAP Sarawak

[Dari artikel salah satu blog, saya paparkan di bawah]

Menurut laporan, jika PR berjaya mengambil alih Sarawak, maka barisan kabinet negeri adalah sperti berikut :-

“Finance — Chong Chieng Jen .

Local Government — Ling Sie Kiong .

Tourism, Heritage and Environment — See Chee How .

Rural Development — Chiew Chiu Sing .

Industrial Development — Yap Hoi Liong .

Public Health — Dr Wong Hua Seh .

Social Development and Woman Affairs — Violet Yong Wui Wui .

Public Utilities — Wong King Wei .

Infrastructure Development and Communications — Chiew Wang See .

Agriculture — Ting Tze Fui .

Housing and Urban Development — Fong Pau Teck .

Consumer Affairs — David Wong Kee Woan .

Religious Affairs and National Unity — Ali Biju and Haji Adam”

Lihatlah kedudukan orang Melayu islam.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: