Nik Aziz ziarah mendiang isteri Kuan Yew

SINGAPURA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Kwa Geok Choo, isteri bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Mendiang Kwa adalah ibu kepada Perdana Menteri republik ini sekarang, Lee Hsien Loong.

Nik Aziz diiringi Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Dr Ahmad Faisal Muhamad semasa mereka tiba di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.

Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Hari ini adalah hari terakhir untuk orang ramai menziarahi memberi penghormatan sebelum jenazahnya dibawa ke Mandai Crematorium esok untuk upacara terakhir. – BERNAMA

Advertisement

5 Respons

  1. MEMANG LAH NIK AZIZ PERGI MELAWAT SEBAB NAK BODEK SINGAPORE UTK NAK MENUBUH REPUBLIK

    • En Jasman jgnlah perkecilkan pemimpin spt Dato Nik Aziz Nik Mat. Ini adalah menunjukkan caring pemimpin Islam walaupun terhadap orang kafir. saya walaupun bukan ahli Pas SANGAT MENGHORMATI PENDIRIAN nik aZIZ. Saya saudara Jasman lebih rasional dan terbuka dalam berfikir.

  2. Tak baik Buruk sangka…. Tuhan marah… Buat la yg tuhan suka… Mintak maaf kalau mengguris hati… Cuma nak mengingatkan untuk diri sendiri dan sape yg nak baca jer

  3. kalau pemimpin UMNO buat haram..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: