Sekolah di US kena saman halang guru tunai Haji

Sekolah kena saman halang guru tunai haji

2010/12/16

WASHINGTON: Kerajaan persekutuan menyaman sebuah sekolah luar bandar di Chicago Isnin lalu kerana menolak cuti tanpa gaji seorang guru sekolah menengah Muslim untuk mengerjakan haji ke Makkah.

Dalam satu kes hak asasi manusia, jabatan itu berkata sekolah daerah di Berkeley, Illinois itu menolak permintaan Safoorah Khan atas alasan permohonan cutinya tidak berkaitan dengan tugas profesionalnya dan tidak dilakukan mengikut kontrak antara sekolah daerah itu dan kesatuan guru.

Justeru, sekolah daerah itu melanggar Akta Hak Asasi 1964 dengan gagal memenuhi tanggungjawab agama guru berkenaan, kata kerajaan.

Safoorah ingin mengerjakan haji ke Makkah, yang wajib dilaksanakan golongan dewasa Islam yang berkemampuan sekali seumur hidup. Jutaan umat Islam mengerjakan haji setiap tahun ke Makkah.

Safoorah mula bekerja pada 2007 sebagai guru sekolah menengah di Sekolah Daerah Berkeley 87, di barat Chicago. Pada 2008, beliau meminta hampir tiga minggu cuti tanpa gaji untuk mengerjakan haji.

Selepas sekolah daerah itu menolak dua kali permohonannya, Safoorah menulis kepada lembaga pengarah bahawa: “Berdasarkan kepercayaan agama, saya tidak dapat mencari alasan munasabah bagi lewat mengerjakan haji dan meletakkan jawatan sejurus selepas itu, menurut satu tuntutan difailkan di mahkamah persekutuan di Chicago.”

Sekolah Daerah Berkeley memaksa Safoorah memilih antara kerjaya dan kepercayaan agamanya, katanya. – Agensi

Advertisement

Satu Respons

  1. Satu contoh penindasan pada umat Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: