Buat julung kalinya, 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka diperingati dalam satu suasana besar, ilmiah dan penuh semangat. ISMA mengambil peranan ini untuk mengingatkan umat Islam di Malaysia khususnya bangsa Melayu yang merupakan tonggak Islam di rantau ini bahawa merekak mempunyai sejarah dan tamaddun yang gemilang pada suatu masa dahulu. Namun apabila zaman silih berganti, lebih-lebih lagi selepas penjajahan dan penghakisan jatidiri Islam didalam jiwa bangsa Melayu, kepimpinan dab kegemilangan tersebut tidak berpanjangan dan kini diganti dengan kelemahan, kerosakan akhlak, perpecahan dan diperkotak-katikkan oleh orang dan agenda lain.
Tinggalkan Jawapan