Video bibik mendera anak kecil

Tarbiyah aulad (pendidikan anak-anak) adalah tanggungjawab ibu bapa dihadapan Allah swt. Tunjuka ajar dan kasih sayang adalah rukun dalam pendidikan. Jika berlaku penderaan dan kekejaman, ia bakal merosakkan jiwa anak-anak dari kecil sehingga membawa ke hari dewasa. Ini sudah tentu menjejaskan kualiti nya sebagai seorang yang bakal memegang panji-panji perjuangan Islam hakiki yang kita inginkan. Apatak lagi sekiranya penderaan yang berlaku membawa kepada padah yang lebih ketara seperti kecederaan, kecacatan kepada fizikal atau … lebih menyedihkan dari itu.

Oleh itu, pastikan para pendidik yang akan anda tentukan untuk anak-anak anda berupa guru, pengasuh, pembantu rumah dan seumpamanya.

Saya dan isteri mula menggunakan khidmat bibik (pembantu rumah Indon) sejak 2 tahun lalu setelah mempunyai 12 orang anak. Sebelum itu, isteri saya yang juga seorang guru sekolah memang teragak-agak dan tidak dapat membuat keputusan untuk mengambil pembantu rumah. Pengorbanannya tanpa bibik membesarkan 12 anak kami di rumah, bekerja sebagai guru sepenuh masa di sekolah, berjuang di medan Dakwah di dalam masyarakat dan menghubungkan silaturrahim di kalangan kaum kerabat sangat saya syukuri, alhamdulillah.

Alhamdulillah, bibik pertama yang kami ambil sejak 2 tahun lalu hingga kini setakat ini seorang yang baik dan penyayang, terutamanya kepada Maryam, 4 tahun yang selalu suka bersamanya. Kini isteri saya, ustazah Fariza seorang suri rumah dan menjalankan tadika dan taska sendiri.
video

13 Respons

  1. Ya Allah………memang tak da perikemanusiaan langsung.Saya pun ada anak angkat, malah saya tak pernah bezakan kasih sayangnya dgn anak saya sendiri.Setiap kali saya melihat peristiwa tersebut, saya merasa terlalu………………….benci dan semoga Allah beri budak tu petunjuk walaupun dgn sekelumit kasih sayang.

  2. kejam…hanya satu ungkapan yang mampu saya beri bila tgok video ni….apa salah dan dosa budak yng x tahu ape2 tu…
    insaflah wahai bibik…..

  3. TERLALU MARAH HATI INI BILA MELIHAT…MAKA, SESIBUK MANA PUN ANDA, ANAK PALING UTAMA,, MANA NILAI DAN TANGGUNGJAWAB IBU PENGASIH SEKARANG?? JANGAN JADIKAN ANAK SEBAGAI BEBAN HIDUP,,, CORAKLAH IA DENGAN TANGANMU SENDIRI WAHAI IBU DAN BAPA,,, X UBAH SYAITAN INDON NIH!!!! NAUZUBILLAH PEMBALASAN ALLAH,,

  4. Memang sungguh kejam mendera budak kecil yang tidak mengenal erti dosa dan pahala. Kita sebagai orang dewasa yang tahu erti kehidupan harian sebagai manusia sepatutnya mengajar cara hidup sebenar – benar manusia kepada anak – anak kita dan budak kecil. Jangan sampai nak mendera , maki hamun , sepak terajang dan macam – macam takut nanti effect kat budak tu. Apa salah budak tu ? kesian , budak masih kecil lagi, saya tengok pun sedih campur geram ….. pulak tu jenis saya ni suka pada budak – budak, saya sayang budak . Bila tengok cara macam ini, saya tersebak … kalau boleh saya hendak berjumpa dengan orang yang tak berhati perut tu dan tau la apa saya nak buat … sama ada kaunseling atau sebaliknya. Sebab apa, bila dibiarkan macam tu berleluasa sampai bila – bila tiada kesudahan. Sedangkan binatang sayang anak – anak inikan pula manusia sebagai contoh le…. kita tengok kucing , kemana – mana kucing tu pergi mesti kendong ( bawa ) anak – anaknya …… masyallah!!!! Kalau boleh jangan lah ada sifat seperti tu ….kita ni sebagai manusia ( khalifah ) kan bumi tak akan kemana …. ingatlah, bumi yang kita pijak hanya sementara dan tempat kita pinjam dalam hal – hal dunia cuma yang akan kekal kita di akhirat nanti sebagai muslim. So, kalau nak buat sesuatu berfikir dengan waras dan fikir yang elok – elok sebelum buat sesuatu yang mana baik atau buruk. Kita sebagai orang islam mesti tahu hukum hakam …… so fikir la !!! Kalau ikut hati kering saya , orang indonesia macam ini saya tak akan kasi peluang kerana allah …. sepatutnya orang macam ni kena belasah ( pukul ) dulu baru serah kepada pihak berkuasa ( polis ) lepas tu pandai – pandai ler pihak berkuasa jalan kan tugas. Saya tengok video klip ini pun mendidih darah saya tengok … kesian budak tu, apalah dosa budak tu…..

  5. ape la yg bdk tau klu x kita yg melayan kehendaknye.patut ke kita pukul n dera seorg kanak2 yg sdg menangis x mau diam.sape yg bodoh?kita yg dewasa ni la yg bodoh klu mendera kanak2.kanak2 tu x berakal,kita yg berakal ni sepatutnye fikir la mcm mn nk memujuk.bkn di dera/dipukul.

  6. memang sedih dan marah , sekiranya saya terlihat bibik itu , pasti saya layan macam mana bibik itu lakukan , seperti yang tertera dalam hukuman islam .. qisas dan sebagainya ~!!! harapkan anak syaitan bibik ini dapat hukuman berat dari Allah Maha Adil

  7. SUBHANALLAH..SUBHANALLAH..SUBHANALLAH..
    SEMOGA ALLAH BERIKAN BALASAN SETIMPAL PADA SI BIBIK GILER…KALAU AKU JD BAPA ANAK2 KECIL TU..HANCUR AKU KERJAKAN BIBIK TU…CISSSSS

  8. SUBHANALLAH….BODOH SUNGGUH BIBIK INI … TAKDE OTAK,OTAK GILA,OTAK KAT
    LULUT

  9. apelah manusia zaman skrang…ade yang bunuh kucing dan manusia sesama sendiri pulak tu!geram sungguh di buat nya..insaf lah wahai manusia..bibik ini tidak ade belas kasihan terhadap manusia lain…

  10. mak indon ni nak kene! kita dah tolong dier carik rezeki di Malaysia ini,dier tak ingat.Dier sebenarnya tak ikhlas bekerja sebenarnya.Bila diteguk bila dier buat kesilapan,dier mula la buat pasal,salah satunya tu la sperti yang dipaparkan.

    Semoga anak saya dijauhi la dari perkara yang mcm ni.

    Tapi maid indon sepupu saya tak lah mcm tu,bergadai nyawa menyelamatkan anak buah saya dari dipatuk ular tedung!
    Berhujan semasa mengambil anak buah saya balik dari sekolah kerana payung kecil dan tidak mahu anak buah saya terkena hujan walau setitik pun.

  11. bibik celaka..xkan aman selama hidup..alhamdulillah bibik aku penyanyang..harapan aku semoga bibik aku yg baru akan sampai x macam gini..kalu gini dia punya perangai hancur aku kerjakan dasar x sedar diri..!!! mau di sepak n di pijak gitu balik kat dia..sah2 skng ni dia dh kena ngn majikan dia..padan muka!!! balasan perangai syaitan!!!!

Tinggalkan Jawapan kepada zaidi yusoff Batal balasan