Kelahiran Gen 3 di Jalan Dakwah

Yahya 01.

Yahya b. Shuhaib Ar-Rumy, cucu (Gen3) pertama saya.

Kelmarin, Ahad 28/6/2009 jam 11am, saya mendapat berita anak sulung kami, Uswah telah selamat melahirkan anaknya, Yahya bin Shuhaib, 3.5kg, di Cairo. Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat. Yahya adalah cucu kami dan cucu besan yang pertama. Teruskan membaca

Isteri Us.Dahlan ke rahmatullah

Ummi disolatkan

<Update 22/5/2009 Foto-foto Ummi> Pada petang Khamis 14/5/2009 minggu lalu, isteri kepada Us.Dahlan, Al-Marhumah Ummi menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menjalani kehidupan penuh perjuangan disamping suaminya yang dikasihi selama lebih 40 tahun. Teruskan membaca

Mengembali maruah umat ini

Netanyahu & Mubarak 2009

Netanyahu (kiri) dan Mubarak (kanan) di pusat peranginan Sharm Asy-Syeikh, Mesir.

Begitu lemahnya keadaan umat Islam di abad ini, hinggakan salah seorang pemimpin mereka, Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terpaksa menerima hormat kunjungan ketua Yahudi terbaru, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, semalam Isnin 11/5/2009 di Sharm Asy-Syeikh, Mesir. Ia berlangsung sedang baru 4 bulan lalu mereka diperangi Yahudi dari udara, laut dan darat, bersenjata canggih dan kimia, mengorbankan 1300 syahid dan ribuan masih belum sembuh dari kecederaan. Teruskan membaca

Jemputan ke SKBA 22-24/5/2009

SKBA Banner

Kesemua pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM yang akan menyambung pengajian mereka ke Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Yaman, Morokko dan lain-lain negara adalah dijemput ke program tahunan SKBA (Selangkah Ke Bumi Anbiyak) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 22-24/5/2009 di Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan. Teruskan membaca

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) 9/5/2009

kbaz-backdrop

    Teruskan membaca

Syabas Nik Nur Madihah SPM 19A1 1A2

nik-madihah

Saya terharu dan bersyukur mendapat berita Nik Madihah mendapat 19A1 & 1 A2 dalam SPM2008 lalu,  sedang tempat dia membesar dan mengulangkaji adalah di sebuah rumah dan dalam keluarga yang sangat sederhana. Ayahnya bekerja sebagai nelayan, menyewa rumah yang “sempit dan uzur” RM90.00 sebulan seperti dikatakan Utusan Online. Teruskan membaca

Darah syuhadak menghidup umat

cimg5497

Kini isu Palestin bukan sahaja ditangani oleh para Ulamak, ahli politik dan badan-badan Islam di Malaysia, malah ia ditangani juga oleh Mat-mat Motor. Kelihatan mereka memakai t-shirt merah berbendera Palestin.

<Update 5/3/2009 Foto-foto> Pada pagi Khamis lalu, suatu yang menggembirakan saya telah saya lihat. Sekumpulan mat motor singgah di stesen bas Terminal 1 Seremban, tempat pertama dalam siri jelajah Malaysia mengutip derma “Selamatkan Gaza”. Saya berhenti sebentar di situ untuk melihat lebih dekat Teruskan membaca

Politik Perak : Kemelut berjuang tanpa manhaj

politik-perak1 Sebelum 16/9/2008 (Hari Malaysia) lalu, DS Anwar Ibrahim (PKR) cuba melompatkan wakil-wakil rakyat BN ke PR. Hari ini DS Najib Razak (UMNO) berjaya melompatkan wakil-wakil rakyat PR ke BN. Hasrat dan keputusan majoriti rakyat di kawasan pilihanraya berkenaan diketepikan, bahkan dihampakan.

Bila kita menyebut pentingnya Tarbiyah (mendidik) diri, keluarga dan masyarakat terlebih dahulu (lihat Amal 7), mendahului penglibatan politik kepartaian, ramai yang menyanggah dengan berbagai hujah seperti lambat, realiti Malaysia berbeza, keadaan dah mendesak dsb. Tidak kurang yang menyerang dengan kata-kata kolot, tidak pandai selok belok pengurusan dan strategi, sufi dll. Teruskan membaca

Buang Bayi: Jahiliyah Abad 21

bayi-dibuang

Bayi ditemui dalam lubang tandas semalam 14/12/2008 dalam keadaan sedang menghisap jari. Semangatnya untuk terus hidup dan menjadi ahli baru dalam masyarakat lebih tinggi dari semangat ibunya yang tidak berperi kemanusiaan, lebih besar dari semangat ayahnya yang tak tahu dimana dan tidak bertanggungjawab.

Saya tersentak lagi di pagi hening di Tanah Suci ini apabila membaca kisah bayi dibuang oleh ibu yang baru melahirkannya. Hati menjadi lebih sayu apabila melihat fotonya, mengetahui dia dibuang didalam tandas awam dan menghisap jari kerana lapar ketika ditemui. Alangkah dahsyatnya fenomena Jahiliyah hari ini, zaman dimana saya hidup di dalamnya dan berjuang untuk merubahnya. Teruskan membaca

Aidil Fitri Malaysia di Mesir

Aidil Fitri masih dirai rakyat Malaysia, di dalam maupun di luar negara. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak di luar negara, seperti saya, akan membayangkan suasana Hari Raya di sana. Berikut beberapa ucapan di Mesir:

http://ismamesir.wordpress.com/2008/09/30/khas-ucapan-tyt-dato-duta-pengarah-jpmk/

http://ismamesir.wordpress.com/2008/09/30/khas-perutusan-aidil-fitri-pengerusi-isma-mesir/

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.