Kesatuan itu ikatan aqidah umat

“Taatilah Allah dan RasulNya. Jangan kamu berbantah-bantah lalu kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah kamu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Anfaal:46) 

Tiada yang memberi kekuatan kepada umat Islam, bahkan kepada mana-mana perjuangan manusia dan jin melainkan Kesatuan. Namun Allah swt mentaqdirkan bahawa kesatuan yang hakiki itu adalah kesatuan hati dan aqidah Teruskan membaca

Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam

 

Setelah puas berusaha, akhirnya orang Cina ini berjaya mencari saya dan memulangkan handphone anak saya yang dijumpainya. Foto di depan Terminal One, Seremban.

Apabila kita berkata asas amal Dakwah ini ialah membina Fard Muslim (Individu Islam), kemudian membina Keluarga Islam dan Masyarakat Islam, sesetengah orang mengatakan ianya jalan yang lambat Teruskan membaca

Rijal Rabbaniyun kunci kejayaan Amal Islami

 

Apabila asas rapuh, walaupun pada zahirnya sesebuah binaan nampak menjulang dan utuh, tetapi lambat laun ia akan runtuh.

Apabila kita menyeru kepada Manhaj Tarbawi (melakukan perubahan dalam masyarakat dan negara melalui jalan Tarbiyah), kita berkeyakinan sedemikian berdasarkan apa yang kita fahami dari pengamatan kita terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan Seerah Rasulullah saw. Teruskan membaca

Kisah Piala Dunia 2006

Piala Dunia nama yang sinonim dengan perlawanan bolasepak antarabangsa, diadakan 4 tahun sekali. Ia pertandingan paling popular sehingga ia mengambil nama “Piala Dunia” atau “World Cup” tanpa menyebut nama jenis sukan tersebut berbanding sukan-sukan lain. Teruskan membaca

Krisis kalangan pimpinan di Malaysia

mca-2

Setakat ini krisis pimpinan MCA berakhir dengan beberapa resolusi persefahaman diantara 2 tokoh teratas Kee Tiat dan Soi Lek. Ini dicapai melalui syura EGM mereka. Krisis Mahathir-Anwar berakhir dengan lebam, penjara, pengaiban, roadshow, kebangkitan rakyat dan Mahathir terpaksa melepas jawatan PM.

Krisis dikalangan kepimpinan merupakan suatu yang agak lumrah, bukan sahaja pada musim ini di Malaysia dalam parti-parti dan NGO-NGO, malah ia adalah fenomena banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Teruskan membaca

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog INIJALANKU. Dihari kemenangan dan kegembiraan ini marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam perjuangan. Teruskan membaca

Iktibar kemenangan Badar Kubra 17 Ramadan

P1040454

Kubur Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib, penghulu para Syuhadak, Singa Allah dan Singa RasulNya. Beliau berjaya membunuh beberapa saudara mara lelaki Hindun, isteri Abu Sufian didalam Perang Badar. (Foto: Bukit Pemanah, Uhud, Madinah).

Tanggal 17 Ramadan 624M, Allah swt mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di pekan Badar, 150 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw Teruskan membaca

Mengamati Nuzul Quran 17 Ramadan

P1040550

Malam kelmarin (31/8/2009), memperingati malam Nuzul Quran di tempat Nuzul Quran di Gua Hirak, puncak bukit Jabal Nur, Mekah Al-Mukarramah.

Pada 17 Ramadan 2009M ini, umat Islam memperingati ulangtahun ke 1399 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M. Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Teruskan membaca

Selamat Datang Ramadan

 Ahlan

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Teruskan membaca

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban

inijalanku tenggelam

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. (Foto di atas adalah hasil kerja anak-anak saya yang sedang belajar Adobe Photoshop). Teruskan membaca