Golongan Gugur di Jalan Dakwah

Konwanis 2009

Ucap Raya 3Pada tahun-tahun 1980an, mereka ke luar negara kerana ijazah (foto kecil), namun kembali membawa Risalah. Tidak ramai yang kekal berAmal Jamaiyy bersama organisasi-organisasi Islam hari ini. Setelah berusia, ramai lebih bersama keluarga dan karier.

Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, gerakan Islam dikalangan pelajar Islam Malaysia di luar negara memuncak dengan dianggarkan 250 dari 2000 pelajar di Australia terlibat dalam usrah, 1500 dari 15,000 pelajar di Amerika dan seramai itu juga di United Kingdom. Teruskan membaca

Jadilah hamba sebelum ketua

calm_islam_by_issam_zerr

Senerio politik dunia dan negara kita sendiri, sering menarik perhatian kita yang cintakan kebaikan dan kemakmuran sejati. Namun silih berganti pemimpin dan parti di banyak negara umat Islam, seperti Khalida dan Hassina di Bangladesh, diantara Musharraf dan Zardari di Pakistan, diantara Mujahideen dan Taliban di Afghanistan, ia sering diikuti dengan kekecewaan Teruskan membaca

Mengenang 60 tahun syahidnya Hasan Al-Banna

hasan-al-banna1

Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna (1906 – 1949), pengasas fikrah dan gerakan dakwah Ikhwan Muslimin (1928).

Pada 12 Feb 2009 lalu, genap 60 tahun syahidnya Imam Hasan Al-Banna, seorang ulamak Dakwah dari Mesir yang mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928.  Teruskan membaca

Apabila Umat Celaru Idola

Ulamak adalah pewaris Nabi-nabi” (Hadis). Nabi adalah pemimpin, pembimbing dan idola sesebuah umat. (Foto hiasan – Hasan Al-Banna sedang ditemuramah).

<updated 30/10/2008 “Ciri-ciri pemilihan idola”> Dalam mendidik sesebuah umat, disamping pelajaran di sekolah dan tunjuk ajar di media massa, penonjolan idola memainkan peranan penting yang sangat memberi kesan. Oleh itu Rasulullah saw disamping menyuntik Al-Quran ke dalam diri dan negara, Baginda saw juga menonjolkan idola-idola Teruskan membaca

Mencari Pendakwah yg hakiki

Hasan Al-Banna (1906-1949). Pengasas dakwah Ikhwan Muslimin.

Sejak posting “Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki”, ramai yg bertanya bagaimana pula dengan Doktor Dakwah, Engineer Dakwah dll yang hakiki. Nanti saya akan cuba respon kepada soalan-soalan tersebut. Sebagai permulaan, elok saya tulis secara umum dahulu merangkumi apa sahaja bidang pekerjaan. Teruskan membaca

Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki

Ustaz Mustafa As-Sibaie (kiri), pengasas Ikhwan Muslimin Syria, Imam Hasan Al-Banna (tengah), pengasas Ikhwan Muslimin. Foto 1948 ketika persiapan Jihad Islami tindakbalas menentang perisytiharan PBB terhadap kelahiran baru negara haram “I.s.r.a.e.l”. “Risalah Al-Jihad” Hasan Al-Banna, tajmik dan tarbiyahnya mencetus Jihad Moden Abad 20 mampu berdepan agenda jahat Yahudi, Nasrani dan Komunis yang licik lagi terancang menentang umat Islam di merata pelusuk dunia.

<Update 8/10/08 Komen Pelawat & Respon Saya> Menyambung dari alam sains kejuruteraan di Barat ke alam sastera agama di Timur Tengah merupakan satu nikmat dan anugerah Allah swt yang sangat besar yang saya rasakan. Ia membuka lebih luas ufuk tasawwur dan pemikiran, juga meninggikan lagi ufuk harapan dan keazaman dalam perjuangan Islam. Teruskan membaca

Kalimat “Allah” dilangit 20 Ramadan

Kalimat “Allah” dilangit seperti yang dirakamkan oleh Feeda, Brunei.

<Update 25/9/2008 Mumi Firaun Ramses II> Firman Allah swt. bermaksud “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda & keterangan Kami di ufuk sana, dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa sesungguhnya Dia adalah benar. Teruskan membaca

Merebut LailatulQadar di 10 Malam Terakhir

“Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran). Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. (Foto pertama bumi dari angkasalepas oleh Yuri Gagarin 1969).

Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Teruskan membaca

Kasih Sayang dlm Keluarga & Dakwah

Kasih sayang adalah intipati kehidupan dan perjuangan.

Baru-baru ini, sehari sebelum di aqad nikah, seorang teman datang sebentar ke rumah saya untuk bertanyakan tips hidup berumahtangga. Kehidupan saya berumahtangga selama lebih 20 tahun, sudah tentu tidak mungkin dapat disimpulkan dalam beberapa petua dalam masa sejam dua. Saya mengambil kesempatan singkat  tersebut  untuk menekankan satu hakikat yang sangat penting Teruskan membaca

Syahid Setinggi-tinggi Cita Kami

Ahmad Syahid bin Abdul Halim, 4 bulan. Lahir pada 10/1/2008. Moga Ahmad Syahid dan kita mendapat anugerah Syahid suatu hari nanti.

<Updated 8/5/2008 Kisah-kisah Jihad Moden> Rasanya tak terlambat saya menulis sedikit tentang mati syahid, sempena kelahiran anak kami ke 13, Ahmad Syahid. Dia lahir sebaik saya dan rombongan tiba di Madinah dari Mekah dalam Musim Haji lalu. Setiba di Malaysia, suasana dan tumpuan penulisan blog ini adalah banyak kepada Pilihanraya. Adapun ketika ini, dalam suasana lebih tenang, kita kembali merenung sejenak kepada suatu harapan tinggi Nabi saw, para Sahabat ra dan orang-orang beriman di dunia yang fana ini. Teruskan membaca