Syeikh Mujahideen, Abul Futuh Afify ke rahmatullah

Abul Futuh Afify, “Syeikh para Mujahideen” dan ahli parlimen Ikhwan Muslimin 1987-1990. Ahli parlimen yang baik datang dari mujahideen yang baik, yang telah membuktikan bahawa jiwa dan raganya bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk Agama dan umat yang amat dicintainya.

Pada hari Selasa 20.4.2010 yang lalu, salah seorang tokoh Ikhwan Muslimin Mesir, Abul Futuh Afify telah kembali ke rahmatullah setelah menghabiskan usianya berjuang di jalan Allah dan menyemai bakti kepada umat Islam Teruskan membaca

Teman Hasan Al-Banna, Farag Naggar ke rahmatullah

asd18

Lagenda Ath-Tsabat di Jalan Dakwah, Al-Marhum Farag Naggar (1923-2009), teman setia Hasan Al-Banna, memegang amanah dakwah Ikhwan Muslimin dari berumur 15 tahun sehingga ke akhir hayatnya ketika berumur 86 tahun, melalui tahun-tahun pelarian di dalam negara sendiri selama 22 tahun. “Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah, mereka tidak perlu takut dan bersedih hati” (maksud Al-Quran dalam foto di atas).

Pagi itu saya melihat berita-berita perkahwinan, majlis dan sebagainya yang sengaja memilih tarikh 9.9.09 kerana keunikan tarikh tersebut. Saya tidak menyangka bahawa di tarikh itu juga, saya dan Dakwah ini menangisi dan mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang idola perjuangan Islam Abad 21, Ustaz Farag Naggar yang kembali ke rahmatullah. Sungguh berat saya menerima berita dan hakikat ini. Teruskan membaca

Dr. Hasan Huwaidy ke rahmatullah

dr-hasan-huwaidy

Dr. Hasan Huwaidy (1925 – 2009), Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin. 

Dunia Arab dan Islam kehilangan besar seorang tokoh pejuang Islam Abad 20, Dr. Hasan Huwaidy, 84 tahun, Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin yang meninggal dunia semalam, pagi Jumaat 14/3/2009 di Amman, Jordan. Teruskan membaca

Ustaz Mustafa As-Siba’ie dlm kenangan

Pada 3 Oktober lalu, genap 44 tahun perginya Ustaz Mustafa Sibaie ke rahmatullah setelah memenuhi hidupnya dengan perjuangan Islam. “Dari kalangan orang-orang beriman, ada lelaki yang benar jujur janji mereka kepada Allah. Maka sebahagian mereka telah syahid atau meninggal dunia dan sebahagian lagi sedang menunggu dan mereka tidak merubah sedikit pun janji mereka itu. Teruskan membaca

Pilihanraya: Syeikh Hasan Maher dlm kenangan

Ditengah-tengah perancangan musuh melenyapkan sama sekali suara Islam hakiki di tengah-tengah masyarakat Islam, gerakan Islam terus membuktikan kepada mereka bahawa perancangan mereka tidak berjaya dan tidak akan berjaya.

Ketika hidup di Mesir, peluang pergi ke kawasan pendalaman atau kampung untuk menimba bekalan ilmu adalah salah satu peluang yang sentiasa saya cari. Teruskan membaca

Syeikh Izzuddin Qassam Dlm Kenangan

Pada 20.11.2007 yang lepas, genap 72 tahun Syeikh Izzuddin Al-Qassam syahid dalam Pertempuran Yakbad, Palestin ditangan Penjajah Inggeris dan Yahudi. Beliau adalah seorang pemimpin mujahideen terulung yang menentang penghijrahan terancang Yahudi ke Palestin yang dilakukan oleh Penjajah British di awal Abad 20 dalam strategi menubuhan negara haram “Israel” pada tahun 1947. Syeikh Izzuddin dilahirkan pada tahun 1882 di Jibillah, Syria. Beliau pernah berguru dari tokoh pejuang terkenal di Mesir, Syeikh Muhammad Abduh semasa beliau menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Teruskan membaca

Syeikh Hasan Elyan Dalam Kenangan

 

Di akhir zaman, Allah tidak mengangkat Al-Quran dengan menghilangkan tulisan dan kitab, tetapi Dia mengangkatnya dengan mematikan para Huffaz (orang-orang Hafiz AL-Quran) dan para Ulamak. Perginya Syeikh Hasan Elyan bagaikan baru semalam tetapi hakikatnya dia telah pergi mendapatkan Kekasihnya lebih 10 tahun yang lalu. Di pentas antarabangsa, beliau kurang dikenali, tetapi di alam tajmik, tarbiyah dan riyadah (bukan riadhah), beliau menjadi buah mulut kawan dan lawan, di dalam Mesir dan teman-teman luar Mesir yang mengenali kehebatan dan sumbangannya.

Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya aku hendak memulakan penulisanku di pagi Rabu ini tentang detik-detik manis aku menziarahi beliau, kerana di saat ini aku menulis dengan lebih banyak air mata yang mengalir di pipi dari tulisan yang di taip di komputer. 

Teruskan membaca

Hasan Al-Banna di Darul Ulum

 al-Banna pakaian Azhari

Taha Hussein lulus fakulti Bahasa Arab di Kaherah dengan cemerlang hingga ditawar menyambung peringkat tertinggi di Universiti Sorbonne di Paris. Malang selepas lama di Eropah, dia tamat dan kembali ke Mesir dengan fikiran Orientalis yang keliru terhadap Islam. Professor-professor di Mesir bukan tandingan ketokohannya dan ilmunya menyebabkan kekeliruan masyarakat Mesir terhadap Bahasa Arab, Al-Quran dan sejarah kesusateraannya. Akhirnya masyarakat meminta Hasan Al-Banna menyumbang memberikan kritikan terhadap tulisan-tulisan Taha Husein.
Hasan Al-Banna menolak kerana sibuk memberi tumpuan terhadap dakwahnya dan gerakan Ikhwan Muslimin, namun masyarakat mendesak juga. Oleh sebab desakan bertalu-talu, Hasan Al-Banna meminta naskhah tulisan Taha Husein. Teruskan membaca