Qudwah Bait Muslim mahasiswa/i di luar negara

Di University of Melbourne, Australia.

Mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berumahtangga di Negara-negara Barat atau di mana-mana luar negara sering dijadikan qudwah (contoh tauladan) atau sekurang-kurangnya penaung oleh pelajar-pelajar yang belum berkahwin di sana, Teruskan membaca

Ulangtahun Perkahwinan ke 24

P1030179

The Brisbane Mosque, tempat saya dan isteri, Fariza diijabkabul pada 25/7/1985. Beberapa hari lepas, kami berkesempatan ke sana, dengan semangat juang yang sesegar 24 tahun lalu, bahkan lebih kuat dan lebih mantap lagi, alhamdulillah. Moga Allah kurniakan istiqamah dan tsabat di JalanNya. Ameen.

Pada 25/7/2009 lalu, genap 24 tahun saya dan isteri, Fariza mendirikan Bait Muslim/rumahtangga. Yang juga menarik ialah menjelang Ulangtahun Bait Muslim kali ini, kami diizin Allah menziarahi Brisbane Mosque, tempat di mana kami diijabkabul dan Walimah dilangsungkan. Teruskan membaca

Kasih Sayang dlm Keluarga & Dakwah

Kasih sayang adalah intipati kehidupan dan perjuangan.

Baru-baru ini, sehari sebelum di aqad nikah, seorang teman datang sebentar ke rumah saya untuk bertanyakan tips hidup berumahtangga. Kehidupan saya berumahtangga selama lebih 20 tahun, sudah tentu tidak mungkin dapat disimpulkan dalam beberapa petua dalam masa sejam dua. Saya mengambil kesempatan singkat  tersebut  untuk menekankan satu hakikat yang sangat penting Teruskan membaca

Mutiara Buatmu Pengantin

(Istimewanya Mutiara ini kepada saya kerana pernah isteri saya lekatkannya di dinding depan meja studynya di rumah kami 58, Alpha Street, Taringa, 4068 QLD, Brisbane, Australia sekitar tahun-tahun 1986/87 (Pengantin Baru). Kini saya muatkan di laman ini dengan doa semoga Allah swt memberi taufiqNya kepada beliau dan para muslimat sekelian untuk terus menghayati dan mengamalkannya. Amin).  Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya: Teruskan membaca

Selamat Pengantin Baru

sepasang-full.jpg  walimah-pasangan.jpg

Foto kiri : Hari Aqad Nikah 1/2/2008.     Foto Kanan : Hari Walimah 15/2/2008

Apabila Allah swt mengutuskan rasul, Dia menyediakan baginya isteri yang mendokongnya dalam menjalankan tugas Dakwah, seperti kata Khadijah ra, “Demi Allah! Allah sekali-kali tidak mensia-siakan kamu!!” [lihat posting Khadijah Lambang Cinta Sejati]. Dari sini, Allah swt menggambarkan kehidupan berumahtangga dengan suatu pengertian yang tinggi, firmanNya bermaksud, “Dan diantara tanda-tanda Teruskan membaca

Tips Berkahwin Awal (02)

الصورة غير متاة

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. “Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya“. “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).

Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang. Teruskan membaca

Betapa Isteri di Hati Seorang Nabi

 Muhammad s.a.w

Allah adalah tempat kecintaan mutlaq di hati seorang hamba yang berjaya mendapat Syurga Firdaus. Dan Allah swt tidak menerima sebarang sekutu (selainNya) bukan sahaja di dalam KerajaanNya (dalam membuat undang0undang yang bertentangan), maupun sekutu di dalam kecintaan. Oleh itu cinta kita kepada isteri, anak-anak dan keluarga adalah terpancar dan berdasar kecintaan kepada Allah swt.

Begitu kecintaan Nabi saw kepada Khadijah ra isteri yang tiada tolok bandingannya berbanding isteri-isterinya yang lain. Cintanya kerana Allah, kerana Khadijah ra beriman kepada Allah. Suatu detik yang menyebabkan hati saya berdetik, iaitu detik Khadijah ra beriman dengan kisah yang diceritakan oleh suaminya, Risalah yang dibawanya dari Gua Hirak. “Aku takut akan diriku” sabda Nabi saw lalu disambut segera oleh Khadijah ra “Kalla (sekali-kali tidak)!! Sungguh engkau orang yang menghubungkan Silaturrahim, menderma kepada orang yang tidak berharta …”. Ya Allah! Cepatnya Khadijah ra beriman! Tanpa tangguh! Tanpa mengenali apakah gerangan makhluq yang tiba-tiba hadir di gua sehingga menakutkan suami yang dikasihi! Teruskan membaca

Tips Berkahwin Awal

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga: Teruskan membaca

Niat Berkahwin .. Menjaga Keutuhan, Mengekal Azam

Saya mendirikan rumahtangga pada 27.7.1985 semasa menuntut di Australia. Ketika itu umur belum mencecah 20 tahun (lahir 6.11.1965). Sebagai mahasiswa tahun ke 2 di Fakulti Kejuruteraan, University of Queensland, Brisbane, berkahwin ketika belajar dalam usia masih muda pula menuntut satu keputusan yang besar, dalam kematangan yang tak seberapa. Isteri, Fariza Ibrahim, berasal dari Pulau Pinang adalah penuntut Tahun 1, Fakulti Sains di Queensland University of Technology, Brisbane tiada masalah dalam menerima pinangan yang dibuat melalui sepasang seniors masing-masing kebetulan yang menuntut di fakulti yang sama pula. Hanya sebulan selepas pinangan diterima, majlis Walimah dijayakan di Mount Gravatt Mosque, Nursery Road, Holland Park, Brisbane sebagai menyahut saranan Syeikh Sayyid Qandil dari Canberra dimana katanya orang-orang Kristian berkahwin di gereja, sedang ramai pasangan Islam berkahwin di rumah, padahal kita lebih awla (patut) berkahwin di rumah ibadat (masjid) dari mereka. Mungkin ia diantara perkahwinan paling murah kosnya yang pernah saya dengar, hanya AUD20 (~RM50) sebagai Mas Kahwin, sedang kekawan berlumba menghulur untuk belanja Walimah. Keluarga wanita pula tidak menyebut sebarang Wang Hantaran. Saya kira keberkatan rumahtangga yang terasa hingga ke hari ini adalah disebabkan minimanya Mas Kahwin, mudahnya urusan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Namun disana ada satu faktor lain yang memberkati sebuah perkahwinan. Ia adalah niat berkahwin. Walaupun dalam usia masih muda, tetapi niat ketika itu bukan sahaja untuk menjaga diri hidup di tengah-tengah masyarakat Barat yang permissive (boleh apa sahaja) tetapi menjangkau kepada harapan dengan perkahwinan nanti, saya lebih memahami Dakwah ini dalam suasana yang lebih matang, jauh dari tekanan hidup sebagai seorang bujang di perantauan. Ya, niat kerana Dakwah, bukan kerana selainnya. Begitulah yang difahami di dalam perbincangan usrah tentang Hadis Pertama dari Hadis 40. Selain bernazar jika berjaya pernikahan, saya akan berpuasa 30 hari, tekad anak muda ini ialah bekerja lebih keras untuk Dakwah ini hingga akan berulangalik ke Toowoomba, 90km dari Brisbane, berdakwah kepada pelajar-pelajar baru yang dihantar di sana. Tekad awal seumpama ini atau hampir dengannya ada disebut oleh Syeikh Ahmad Ar-Rashid (penulis Al-Muntalaq) dalam tajuk “Al-Azm Al-Mubakkir” (Berazam Dari Awal) dengan mambawa contoh azam Warqah bin Naufal, sepupu Khadijah ra, kepada Rasulullah saw, “Sekiranya aku masih hidup dihari engkau dihalau oleh kaummu, aku akan menolongmu dengan pertolongan yang sekuat-kuatnya”.

Memang azam dari awal merupakan salah satu bekalan Dakwah yang besar terutama untuk para Duat. Kesannya terhadap keikhlasan, kesungguhan, ketabahan, pengorbanan di jalan Dakwah, ikatan hati terhadap isteri dan anak-anak dapat dirasai walau panjang masa berlalu. Kesannya Niat yang sahih lagi ikhlas bukan sahaja terasa mengalir di dalam diri bahkan di dalam diri zuriat yang kita kasihi walau dekad berganti dekad.

Kepada para mahasiswa sekelian yang saya pernah seperti mereka suatu masa dahulu, juga sesiapa sahaja yang sedang berada diambang perkahwinan, aturilah niatmu dari sekarang, demi masadepanmu yang masih panjang. Sekian.