Merai saat-saat manis

Saya dan teman-teman ketika  menuntut di Mesir di tahun 1990an. (Foto-foto dihantar oleh Dr Hatta Tarmizi baru-baru ini. Beliau kini di Melbourne, Australia).

<Updated 30.12.2009 Foto Al-Marhum Us Radhi dan Al-Marhumah Ush Rosiah> Melihat foto-foto masa lampau memang menyentuh perasaan. Apatah lagi jika berfoto bersama teman-teman seperjuangan di Jalan Allah, sama-sama memikul panji-panji yang diwarisi dari Rasulullah saw. Teruskan membaca

Pilihanraya: Syeikh Hasan Maher dlm kenangan

Ditengah-tengah perancangan musuh melenyapkan sama sekali suara Islam hakiki di tengah-tengah masyarakat Islam, gerakan Islam terus membuktikan kepada mereka bahawa perancangan mereka tidak berjaya dan tidak akan berjaya.

Ketika hidup di Mesir, peluang pergi ke kawasan pendalaman atau kampung untuk menimba bekalan ilmu adalah salah satu peluang yang sentiasa saya cari. Teruskan membaca

Kebenaran Ada Kekuatan

Kekuatan Kebenaran

Adakah kamu mengira kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepada kamu dugaan seperti yang datang kepada orang-orang sebelum kamu. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan berbagai cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan ALlah,?”. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat” (Al-Baqarah:214).

Ayat Al-Quran di atas sering berlegar dalam fikiran ketika mana suasana penghayatan Islam di kalangan pelajar lelaki dan wanita MRSM Kuantan semakin ketara dan memuncak ketika itu (lihat artikel Kelab Wayang Gambar ). Dari beberapa orang pelajar wanita memakai tudung ketika saya di tingkatan 1 (1978), kepada sekitar 200 orang ketika saya di tingkatan 4 (1981). Usaha untuk menghidupkan kembali Kelab Wayang Gambar tidak berhasil. Surau di bilik kecil dulunya hanya beberapa orang yang mengunjunginya menjadi penuh sesak walaupun telah berpindah ke bilik besar (dulunya Dewan Muzik!). Teruskan membaca

Kelab Wayang Gambar

Suasana semasa saya di Tingkatan 1-2 (1978-1979) di MRSM Kuantan dipenuhi dengan program-program hiburan di samping pembelajaran akademik biasa. Setiap kelas mesti membuat persiapan beberapa minggu dan mempersembahkan konsert 3 jam di dewan maktab pada Jumaat malam Sabtu. Hari Sabtu pelajar keluar membeli keperluan di bandar Kuantan atau berpelisiran dan pada malamnya semua ke dewan maktab sekali lagi untuk menonton wayang gambar. Beginilah suasana setiap hujung minggu di MRSM Kuantan pada lewat tahun-tahun 1970an. Dari seramai lebih kurang 300 orang pelajar wanita, hanya sekitar 10 orang memakai tudung.

Apabila Dakwah mula berputik di tahun 1980, mula arusnya menjana perubahan yang ketara dan ajaib. Seorang demi seorang pelajar wanita memakai tudung, bermula dari beberapa orang di tahun 1978 (saya di Tingkatan 1) hingga mencapai lebihan 200 orang diakhir tahun 1981, ketika saya di Tingkatan 4. Teruskan membaca

Kenangan Bilik Surau & Dewan Muzik

 

hiasan

Suasana Islam di MRSM Kuantan pada tahun 1970an ketika saya di sana (1978-1982) amat berbeza dengan suasana sekolah-sekolah menengah hari ini. Dalam bilangan pelajar sekitar 550 orang, separuhnya wanita, hanya beberapa orang pelajar wanita sahaja yang bertudung, surau adalah dua bilik kecil , satu untuk lelaki dan satu lagi untuk wanita, terletak di sudut sebuah dewan muzik besar dan bilik latihan kugiran yang tersergam di tingkat atas Dewan Makan. Saban bulan, pelajar akan gembira kerana pihak sekolah membeli gitar-gitar elektrik dan set drum yang lebih canggih dari model lama sebelumnya bernilai belasan ribu ringgit pada masa itu, namun saya lihat surau kekal tanpa mikrofon yang sebenarnya boleh dibeli dengan harga tidak sampai RM200 ketika itu.

Teruskan membaca

Pergimu Meninggalkan Jasa Jariah

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Abang Norhaminudin dan mengurniakan kesabaran kepada isteri, Cikgu Khuzaimi serta ahli keluarganya. Bagi mereka yang berjuang di jalanNya, bergembiralah dengan janji ALlah yang akan menempatkan para Duat bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Mereka adalah sebaik-baik teman di Akhirat nanti.

Disember 2006 yang lalu, Abang Amin menghembuskan nafasnya yang terakhir hanya beberapa bulan setelah mengetahui dia menghidap barah. Malang saya tidak dapat bersama penduduk di Bangi menunaikan solat jenazah dan mengebumikannya. Di hari yang sama, saya mengetuai rombongan Jemaah Haji bertolak untuk mendaftar diri di Kelana Jaya dan berlepas ke Tanah Suci dari KLIA. Lebih ralat, hasrat Abang Amin yang disampaikan kepada seorang teman, ketika beliau di NCI (Nilai Cancer Institute) untuk bertemu dengan saya tidak sempat saya tunaikan dek sibuk dengan urusan seharian dan tidak menyangka beliau akan pergi begitu cepat. Teruskan membaca

Kenapa Eja “Muslimin”..kenapa”Muslimun”

Walaupun ketika di MRSM Kuantan dari tahun 1978 hingga 1982 dulu tidak ada pelajaran Bahasa Arab, tetapi kerana minat terhadap gerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir apatah lagi Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran dan bahasa Rasulullah saw sendiri, maka minat untuk mendalami Bahasa Arab begitu kuat. Suatu hari ketika di Tingkatan 4, di tahun 1981, saya bertanya kepada seorang ustaz kami (lepasan Al-Azhar, Mesir), kenapa kekadang bunyi “Ikhwan Muslimin”, kekadang bunyi “Ikhwan Muslimun” namun seingat saya, dia tidak memberikan jawapannya. Hari ini kekadang terfikir juga mungkin jika ustaz beri jawapan pada hari tu pun bukannya saya faham pun!

Tujuh tahun selepasnya, setelah tamat pengajian peringkat ijazah bidang kejuruteraan di Australia pada 1988 dan mengaji di Matrikulasi Al-Azhar di Madrasah An-Nahdhah, Bukit Besar, Kedah, akhirnya persoalan itu terjawab. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya perasaan saya ketika itu. “Muslimin” kerana mansub atau majrur atas sebab-sebabnya. “Muslimun” kerana marfu’ atas sebab-sebabnya. Keseronokan dan syukur bukan sekadar kerana itu sahaja, bahkan kepuasan dan kefahaman semakin bertambah dari hari ke sehari apabila boleh memahami bahasa dan makna ketika membaca dan mendengar ayat-ayat Allah swt dan hadis-hadis RasulNya.

Pada tahun 1988, semasa baru belajar Bahasa Arab di Matrikulasi Al-Azhar di atas, saya pergi ke satu persidangan ulamak di Kuala Lumpur sebagai pemerhati untuk mendengar ceramah dan melihat pameran yang diadakan di sana. Dalam satu sessi, seorang peserta menyebut ayat Al-Quran dengan baris yang salah berbunyi “Innama yash syallaHUU min ibadihil ulamak” lalu ditegur oleh para ulamak yang lain dengan sebutan “Innama yash syallaHAA..”. Sebutan peserta tadi dan teguran hadirin terhadap beliau berlaku berulangkali. Bukan HUU tapi HAA. Bukan HUU tapi HAA. Ketika itu saya faham nahu bahasanya. Jika sebut HUU terjemahnya “Hanyasanya Allah takut dari hamba-hambaNya yang ulamak”, tapi sepatutnya HAA yang terjemahannya “Hanyasanya yang takut kepada Allah adalah hamba-hambaNya yang ulamak”. Itu adalah diantara saat yang paling bahagia juga buat diri saya yang mula mendalami Bahasa Arab dan Islam. HUU kerana marfu’ dan HAA kerana mansub atau majrur.

Pulang dari persidangan tersebut dari Kuala Lumpur ke Bukit Besar, Kedah, hati saya gembira dan semakin membara untuk mendalami Agama yang tercinta ini melalui Bahasa Arab. Peperiksaan Akhir Matrikulasi Al-Azhar (sekarang STAM) makin dekat, semua soalannya dan jawapan yang ditulis mesti dalam Bahasa Arab untuk kesemua 21 kertas matapelajaran. Syukur kepada Allah jua yang banyak memberi kurniaNya kepada hamba ini. Walaupun baru beberapa bulan mula belajar Bahasa Arab, saya mendapat tempat kedua (92%) dari lebih kurang 100 calun di situ dan layak masuk ke Universiti Al-Azhar. Alhamdulillah.