Cerpen Islam … Intan

 

ikh9

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini. Teruskan membaca

Aidil Fitri Rasulullah saw

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog INIJALANKU. Dihari kemenangan dan kegembiraan ini marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam perjuangan. Sempena Aidil Fitri ini marilah kita melihat kembali beberapa petunjuk Seerah mengenainya. Teruskan membaca

Kisah Kopi Cengkudu

 kopi

Suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seorang yang pernah saya kenali suatu masa dahulu, sejak lebih setahun. Dia hendak berjumpa saya waktu itu juga samada di rumah atau di mana-mana sahaja yang saya putuskan. “Oh.. Azlan (bukan nama sebenar)! Apa khabar? Lama tak dengar berita. Jemput datang. Cuma sekarang dah dekat Maghrib, saya kena bersiap ke masjid“. Dia berkata, “Sekejap sahaja Ustaz, sekitar setengah jam“. Saya bersetuju sambil bersegera buat persiapan ke masjid dengan perasaan gembira akan menyambut tetamu ke rumah, sambil tertanya dah lama kami tak bertemu, tiba-tiba dia begitu bersungguh-sungguh ingin berjumpa, waktu itu juga, di mana sahaja. Saya tahu rumahnya memang jauh dari rumah saya, hampir di daerah yang berlainan. Tentu ada suatu perkara besar atau penting yang dia hajatkan. Teruskan membaca

Mampukah KLIA/MAS Bersaing Changi/SIA

mas vs sia

Malaysia dijangka menandatangani perjanjian dua hala dengan Singapura akhir bulan ini berhubung cadangan membenarkan syarkat-syarikat penerbangan tanbang murah dari kedua-dua negara mengadakan operasi bagi destinasi Kuala Lumpur – Singapura. Walaubagaimanapun saya berharap agar keputusan ini hendaklah dibuat setelah analisa dan perancangan dunia perniagaan dan perkhidmatan yang mendalam dibuat dan bukan andaian dan harapan tanpa asas yang kukuh seperti banyak berlaku dalam perniagaan-perniagaan orang Melayu hari ini. Setelah beberapa tahun terlibat dalam dunia agensi pelancungan, beberapa faktor harus diambil kira, diantaranya (saya tuliskan hanya sebahagian darinya sahaja) :

Teruskan membaca

Tarbiyah Diri … Asas Sebuah Negara

Ketika ini heboh diperktakan tentang bidang kehakiman, dan pernah juga berlaku seumpamanya pada tahun-tahun dahulu dan tidak mustahil berlaku di masa-masa akan datang. Kita sering membaca atau mendengar perhal salahlaku yang berlaku di koperasi, bank, bahkan pihak polis sekalipun, namun saya percaya apa yang terdetik dalam sanubari setiap orang yang mendengarnya akan berkata di dalam hati, “Biar nanti mahkamah akan mengadilinya“.
Ini bermakna keputusan tuduhan salahlakunya akan diputuskan oleh  hakim, samada benar atau salah. Rakyat meletak kepercayaan bahawa sistem kehakiman adalah benteng terakhir yang akan memelihara negara bukan sahaja dari individu yang melakukan kesalahan, bahkan terhadap kebinet sekiranya terjerumus dalam penyelewengan dan rasuah.

Tetapi apabila pihak kehakiman sendiri dipersoalkan oleh masyarakat dalam kes salahlaku, maka benteng terakhir negara telah bolos dan merupakan satu malapetaka kepada rakyat. Teruskan membaca