Karamah Maknawi di bumi Palestin

unrwa

Kelmarin 25.3.2009, HAMAS menang 17 dari 27 kerusi Pilihanraya UNRWA.

Subhanallah !! Karamah demi karamah kita saksikan di bumi Palestin. Jika dalam Perang Gaza baru-baru ini, kita mendengar Karamah-karamah Hissi (yang boleh digarap oleh pancaindera), semalam berlaku Karamah Maknawi (pemahaman dan pengajaran). Selepas 3 tahun sekatan makanan dan ubat, 1544 syahid Perang Gaza, ribuan cedera dan cacat, ribuan bangunan rumah, sekolah, masjid, hospital ranap kerana rakyat Palestin mengundi HAMAS dalam PRU 25.1.2006, kelmarin HAMAS menang lagi Teruskan membaca

Ceramah balu Asy-Syahid Dr Aziz Ar-Rantisy HAMAS di Dewan MPS, Seremban (Rabu 25/3/2009) anjuran ISMA NS

sayap-kiri-perjuangan

Esok Rabu 25/3/2009, pukul 2.30 petang, ISMA NS menganjurkan satu ceramah umum “CINTA & AIRMATA WANITA PALESTIN” oleh Ustazah Rasya Al-Adluny, balu Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy, bekas Ketua Umum HAMAS bertempat di Dewan MPS (Majlis Perbandaran Seremban), Negeri Sembilan. Masuk adalah percuma. Semua muslimat (sahaja) dijemput hadir. 

Kini selesai sudah tugasku“, kata Dr Aziz Ar-Rantisy, dengan muka berseri, kepada Rasya bila dia menyerahkan saki baki wangnya kepada isterinya setelah anak terakhir mereka baru melangsungkan perkahwinan dan dia juga telah selesai membayar semua hutang-hutangnya. Sebaik suaminya keluar dengan kereta, Rasya mendengar dentuman kuat. Suaminya dijemput syahid oleh Allah. Teruskan membaca

Ahmad Yasin HAMAS dlm kenangan

ahmad-yasin-05

 

sayap-kiri-perjuangan

Ustaz Syeikh Ahmad Yasin (1937-2004), pengasas gerakan HAMAS, Palestin. Dibedil syahid pada 22/3/2004. Pengganti beliau, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy 1947-2004 (foto di bawah Ustaz), doktor pakar kanak-kanak (pediatrik) juga dibedil syahid pada 17/4/2004, kurang sebulan selepas mengambilalih tugas dari Ustaz Ahmad Yasin.

Kelmarin, 22/3/2009, genap 5 tahun perginya Ustaz Ahmad Yaasin, pengasas HAMAS di Palestin yang syahid bila kereta yang dinaikinya semasa pulang dari solat di masjid dibedil dengan peluru berpandu Israel dari helicopter Apache buatan Amerika. Musuh menyangka HAMAS hidup kerana kewujudan tubuh badannya, tetapi hakikatnya HAMAS terus hidup dengan Manhaj yang ditanam olehnya kedalam jiwa umat dan disuburi pula oleh darah syahidnya yang mengalir suci. Teruskan membaca

Kita Menolak Resolusi 1249 Kongres US

Kita menolak sekeras-kerasnya Resolusi 1249 Kongress Amerika yang meminta Kerajaan Amerika mempengaruhi Kerajaan Iraq kearah mengiktiraf Israel dan kewujudannya, mengadakan hubungan diplomatik dan ekonomi dengannya kerana ia akan meneguhkan pengaruh Israel  dan mendatangkan malapetaka kepada umat di Timur Tengah dan dunia. Teruskan membaca

Amerika Menyubur Samseng Dalam Palestin

polis-mahmud-abbas.jpg 

 < FOTO: Setelah Gaza (barat Palestin) dibersihkan dari anasir Pasukan Keselamatan Presiden Palestin dari FATAH, kini mereka sedang dilatih Amerika di Jordan untuk menguasai Tebing Barat (timur Palestin) ke arah membenteras gerakan-gerakan Penentangan Penjajahan Yahudi > Teruskan membaca

Diam Yg Tidak Akan Didiamkan Allah

wanita-pecahkan-kepungan.jpg 

<Muslimat Palestin terpaksa memecah masuk Mesir untuk mendapat bekalan setelah 2 tahun dikepung Israel dan Barat sedang pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam berdiam diri kerana takut kepada Kuasa-kuasa Besar Dunia><Bendera, lilitan dan topi hijau bererti HAMAS>

“Sesiapa yang tidak mengendahkan hal keadaan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis). Sejak kepungan bermula 25/1/2006, dua tahun lalu hingga 25/1/2008 beberapa hari lepas, tidak ada seorang pemimpin negara umat Islam pun yang dapat berikhtiar sesuatu atau berkata menyeru, secara nyata atau sembunyi-sembunyi, tanpa perlu umat Palestin memecah tembok sempadan Mesir untuk mendapat bekalan ubat dan susu. Ini adalah diam yang tidak akan didiamkan oleh Allah swt di Hari Kiamat. Teruskan membaca

1.5 juta Umat Palestin Gaza Dikepung

olmert-salam-mubarak.jpg 

Semua sempadan Gaza dibawah keputusan 2 orang ini, Olmert (Israel) dan Husni Mubarak (Mesir) … dengan restu Orang Atas.

Hanya parti yang bengkrap ideologi perjuangan, tak tahu kemana nak dibawa umatnya, akan bersekongkol dengan musuh menindas para pengundi yang tidak memilih parti tersebut dalam pilihanraya. [lihat artikel terdahulu]. Demikian Parti Fatah (pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas) bertindak ke atas bukan sahaja terhadap Parti Hamas (pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh) malah terhadap 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, samada menghukum para pengundi sendiri maupun remaja, kanak-kanak malah bayi-bayi tak cukup bulan dalam incubator di hospital-hospital Gaza juga turut dihukum. Teruskan membaca

Bila Parti Ideologinya Bengkrap

pesakit-hosp-gaza.jpg

Hanya parti yang bengkrap ideologi perjuangan, tak tahu kemana nak dipimpin dan dibawa umatnya, melainkan kepentingan partinya sendiri, apabila ia kalah akan menghukum rakyat yang mengundi. Ini yang dilakukan oleh Parti Fatah apabila tewas ditangan Parti Hamas. Teruskan membaca

Syeikh Izzuddin Qassam Dlm Kenangan

Pada 20.11.2007 yang lepas, genap 72 tahun Syeikh Izzuddin Al-Qassam syahid dalam Pertempuran Yakbad, Palestin ditangan Penjajah Inggeris dan Yahudi. Beliau adalah seorang pemimpin mujahideen terulung yang menentang penghijrahan terancang Yahudi ke Palestin yang dilakukan oleh Penjajah British di awal Abad 20 dalam strategi menubuhan negara haram “Israel” pada tahun 1947. Syeikh Izzuddin dilahirkan pada tahun 1882 di Jibillah, Syria. Beliau pernah berguru dari tokoh pejuang terkenal di Mesir, Syeikh Muhammad Abduh semasa beliau menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Teruskan membaca

UMAT PALESTIN vs ANNAPOLIS2007

annapolis2007.jpg

Baki 14 bulan terakhir Presiden Bush

 

“Sidang Damai” isu Palestin di Annapolis sedang berjalan sekarang. Israel melalui Gerakan Zionis Antarabangsa menguasai ekonomi, politik dan ketenteraan dunia termasuk Amerika, Eropah, Rusia dan banyak negara-negara lain. Israel dan Amerika yang telah sampai ke tahap tersebut boleh memeteri apa sahaja perjanjian-perjanjian tetapi tidak perlu atau tidak boleh dipaksa melaksanakannya. Perlaksanaan memerlukan penguatkuasaan, sedang penguatkuasaan resmi PBB di dunia hari ini milik mereka melalui Kuasa Veto. Oleh kerana itu Perjanjian Oslo, Perjanjian London, Perjanjian Madrid dan lain-lain yang dimeteri oleh Yasser Arafat dengan Shamir, Rabin, Netanyahu, Peres dan perdana-perdana menteri Israel yang lain kesemua menjadi bahan ketawa mereka di balik tabir. Teruskan membaca