Tazkirah Pilihanraya Australia 24 Nov

 

Pilihanraya Australia 2007 berjalan dengan tenang Sabtu semalam, tenang seperti yang saya kenang dalam artikel Piliranraya : Antara Payung dan Kotak yang lalu. Hari ini Ahad, keluar keputusan Pilihanraya dengan tenang juga. Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri 4 Penggal, John Howard tewas di tangan Parti Buruh pimpinan Kevin Rudd. Semasa saya hidup di Australia tahun-tahun 1980an dulu, Howard adalah Menteri Kewangan. Pastinya dia berpengalaman banyak dalam mengemudi ekonomi Australia. Teruskan membaca

Tazkirah Pilihanraya Jordan 20 Nov

 Pembangkang menolak keputusan Pilihanraya Umum Jordan yang diadakan pada hari Selasa 20 November lepas dan menganggap Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan penipuan supaya keputusannya nanti dapat memberi gambaran kepada kerajaan dan rakyat Amerika bahawa populariti Gerakan Islam di Jordan telah mula menurun. Seorang pemantau, Amir Abu Hasan berkata dia mengira jumlah pengundi adalah seramai 280 orang tetapi ketika kiraan undi dibuat, dia mendapati sebanyak 622 kertas undi, bermakna terdapat 342 undi hantu. Teruskan membaca

Usir Penjajah Agenda Teratas

Usir penjajah agenda teras

Semalam 6.11.2007, letupan bom dahsyat berlaku lagi di Afghanistan. Kali ini hanya 2 letupan tetapi mampu mengorbankan 140 orang Islam! Innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Sering disebut serangan berani mati tanpa disebut nama orang yang berani mati dan terkorban itu, walaupun setelah siasatan cuba dibuat. Atau adakah ia bom remote control canggih di alam digital hari ini, yang semakin banyak digunakan kebelakangan ini seperti di Selatan Thailand dan Iraq?

Negara-negara umat Islam berada dalam keadaan aman sejahtera sehinggalah datang Penjajah Asing menceroboh masuk dan memaksakan agenda-agendanya. Hakikat ini boleh kita lihat disepanjang sejarah Umat Islam yang hebat ini. Teruskan membaca

Arakan .. Umat Islam Yg Dilupakan

Peta Myanmar & Arakan di barat daya

Apabila disebut Isu Palestin, ramai di kalangan masyarakat Islam, bahkan dunia amnya, mengikuti perkembangannya dari hari ke sehari. Ini adalah kerana sememangnya ALlah swt menyebutnya di dalam Al-Quran dalam Surah Bani Israel (Surah Al-Israk), kelebihan bangsa Arab yang memahami Bahasa Al-Quran dan memperjuangkan Isu ini melalui apa sahaja bentuk media, ulamak, nadwah (perkumpulan) dan sebagainya. Ini ditambah dengan kedudukan Masjid Al-Aqsa di hati kaum muslimin yang tidak rela tanah dan masjid suci Islam dijajah dan dinodai oleh Yahudi.

Halnya berlainan dengan isu umat Islam di Arakan, pantai barat Burma sedangkan kesan penjajahan Tentera Burma ke atas masyarakat Islam Rohingya di bumi Arakan tidak kurang dahsyatnya berbanding umat Islam Palestin. Teruskan membaca

RESOLUSI KONGRES AMERIKA JELAS JAHAT

PECAH IRAQ JADI 3 NEGARA KECIL

Taktik memberi alasan palsu tertentu untuk satu tindakan, ke arah tujuan jahat sebenar  lain yang disembunyikan sudah menjadi adat resam musuh-musuh Islam sejak dahulu hingga kini. Ini ditunjukkan oleh alasan menyerang Iraq 4 tahun lalu semata-mata untuk memusnahkan senjata nuklear Iraq dengan keputusan Kongres Amerika baru-baru ini untuk memecahkan Iraq kepada 3 negara di atas asas perkauman dan puak (Sunni, Syiah dan Kursi).

Memecahkan Iraq bukan sahaja melemahkan umat Islam tetapi juga ia terang-terang suatu yang terkeluar dari Undang-undang Antarabangsa, pencabulan ke atas Kedaulatan Iraq dan pendirian pihak Penjajah yang melampai sempadan kekuasaan yang sepatutnya.

Liga Arab dan pemimpin Negara-negara Islam seharusnya bertindak segera menyuarakan bantahan keras terhadap kebiadapan ini.

Naib Pengerusi Parlimen Arab, Muhammad Jasim As-Saqr dalam Persidangan Kedua Isnin lalu menolak keputusan KongresAmerika diikuti dengan sokongan terbuka oleh Pengerusi Parlimen Mesir, Fathi Surur yang turut hadir. Kata beliau, “Kerajaan dan rakyat Mesir menegaskan pendiriannya yang tetap dan tegas iaitu menolak sebarang bentuk perpecahan atas asas perkauman, sebaliknya berpegang teguh atas kesatuan bumi Iraq, memelihara keamanan dan kestabilannya.

Dari keputusan Kongres Amerika, jelas terang lagi bersuluh, diantara matlamat Amerika dalam memerangi Iraq 4 tahun lalu ialah untuk memecahkan bumi dan kekuatan umat Islam Iraq yang merupakan salah satu Kuasa Besar Islam. Alangkah jauh dan tersembunyinya perancangan mereka. Empat tahun lalu Amerika berkata mereka hendak menyerang kerana Iraq memiliki senjata nuklear (WMD – World Mass Destruction) yang ternyata tiada. Apabila tiada WMD, mereka terus bertapak di Iraq, tidak keluar darinya, hanya untuk meneruskan perancangan sebenar yang kotor ke atas kedaulatan dan tamaddun Islam.

Kita dituntut agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadikan Ahlul Kitab (Yahudi dan Kristian) sebagai teman dan perujuk. Firman Allah swt, “Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai wali (teman, tempat rujuk dll). Sebahagian mereka adalah wali sebahagian yang lain (mereka sebenarnya teman sesama mereka, bukan kamu). Siapa yang berwalikan mereka sesungguhnya dia (termasuk) dari golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada kam yang fasik”. (Al-Quran).

Kita percaya selepas pembahagian Iraq kepada negara-negara kecil yang lemah, perancangan untuk meluaskan negara “Israel” akan terus mengambil tempatnya. Ini sudah dirancang lama, hanya menunggu masa yang sesuai, selepas rantau Arab menjadi semakin lemah dan tunduk kepada kemahuan Amerika yang dikuasai Zionis Israel.

Kepada Allah kita berserah, dan kepada kaum muslimin kita berpadu tenaga dan cita-cita untuk memenangkan AgamaNya. Kita yakin firman Allah swt, “Sunngguh Aku akan menangkan DiriKu dan rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. “Ketahuilah sesungguhnya Parti Syaitan, merekalah yang akan rugi (kalah)”.