Artikel

Laman “ARTIKEL” memuatkan artikel-artikel tulisan selain saya berkaitan Feqah, Muamalat, Munakahaat dll atau Iklan-iklan yang bermenfaat bagi kita kita. Terima kasih.

31 Respons

  1. nak cari bahan sejarah….
    pembukaan parsi,rom dan lain-lain…
    ustaz boleh tolong…?

  2. salam..ustaz,emm…nk tanya…pernah dengar x minyak rambut gatsby?halalkah?

  3. salam
    ustaz, mengahwini anak perempuan yang msih belajar apa hukumnya? apakah sangat2 dituntut? bolehkah bagi sedikit hujah..
    nampaknya ustaz telah mengahwini anak2 perempuan pada usia mereka yang masih muda..

    • Wsm ww.

      Mengahwini anak-anak kita bila telah mencapai “Umur Kahwin” pada saya adalah merupakan tanggungjawab ibu bapa, lebih-lebih lagi anak perempuan yang beragama yang biasanya meletakkan ibu bapa nya sebagai tempat mencari jodoh (tidak berteman lelaki atau malu/takut mencari sendiri).

      “Umur Kahwin” berbeza dari seorang ke seorang. Pada saya ia adalah umur bila syarak mewajibkannya berkahwin kerana tuntutan naluri, suasana persekitaran, ancaman, kemudahan, kemampuan dsb.

      Tkasih.

      • bagaimana jika si gadis telah menemui pilihan hati.. si gadis telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan tetapi telah di bangkang oleh ibubapanya sendiri?? bagaimana tu ustad??/

      • Lihat dan bergantung kepada akhlak sebenar lelaki tersebut.

  4. salam
    uztaz..saya sangat teringin untuk mengerjakan umrah atau haji tetapi masalahnya suami saya tidak setuju/tidak mahu, apabila saja kemukakan perkara ini..Bolehkah saya mengerjakan umrah ini seorang diri..

    Terima kasih.

    • Waalaikumsalam wr wb

      Ya, boleh kerjakan Umrah tanpa suami dgn syarat (1) dapat keizinan, (2) ikut rombongan yang ada wanita2 yang boleh dipercayai, bukan seorang diri. Tkasih.

  5. Assalamualaikum uzt. Saya merupakan penuntut ipt di tahun akhir.
    Asif, izinkan saya mengajukan soalan. Diharap Uzt dpt memberi penjelasan…pernah saya membaca satu artikel tentang perhubungan antara lelaki dan perempuan.budaya ber’couple’ sememangnya diharamkan…saya ingin pendapat uzt tntg “perhubungan yg rapat antara llk dan perempuan yang diiktiraf di sisi Ad-Deen kita hanya hubungan suami isteri saja…”
    Bagaimana bagi lelaki dan perempuan yang bersahabat?Difahamkan hubungan sahabat antara lelaki dan perempuan sama saja seperti “couple” dan tak ada bezanya.
    Saya rasa begitu hairan mengapa kebanyakan ceramah dan seminar yang saya dengar tntg cinta remaja adalah lebih menjurus kpd cara2 ber”couple” menurut Islam?Tidak pula menegaskan bahawa couple itu haram?

    • Waalaikumsalam wr wb

      Islam adalah agama yang mengasingkan lelaki dari perempuan dalam pergaulan diluar perkahwinan. Jika terpaksa juga bergaul di dalam pekerjaan atau pendidikan, Islam meletakkan batas-batas yang mesti diikuti seperti ghad basar (menundukkan pandangan), tidak berkhalwat (berdua-duan), menjaga suara dan hati dsb. Sebaiknya dibuat pengasingan sekolah, ruang pejabat, gerabak keretapi, ruang bas dan lain-lain premis awam untuk meminimakan pergaulan antara lelaki & perempuan – ini tanggungjawab kerajaan, pengarah jabatan, ketua pejabat, ayah di rumahnya dan seumpama mereka yang ada kuasa. Tkasih.

  6. assalammualikum kak sy nak tgk bj rasmi rtm n bj2 kerja rtm

  7. salam ustaz.. saya ada sedikit kemusykilan..apa hukumnya memakai pakaian yang mempunyai gambar haiwan semasa solat?adakah haram?

  8. hidayah kata Saya rasa begitu hairan mengapa kebanyakan ceramah dan seminar yang saya dengar tntg cinta remaja adalah lebih menjurus kpd cara2 ber”couple” menurut Islam?Tidak pula menegaskan bahawa couple itu haram?
    saya pun heran juga seolah berusha kearah menghalalkan sesuatu yabg haram

  9. Salam Ustaz,

    Ingin bertanyakan pendapat ustaz mengenai Tabligh dan usaha ghasy /dakwah yang dilakukan serta Majlis Mingguan (ijtimak) di Sri Petaling?

    • Waalaikumsalam wr wb

      Apa sahaja usaha yang membawa manusia lebih dekat kepada Allah dan masjid adalah baik dan bersaham dalam menuju ke matlamat menegakkan Islam. Setiap usaha dan gerakan Islam mesti bekerja kuat untuk mengimbangi mengimbangi dan mengalahkan kekuatan usaha merosakkan umat dan akidah Islam yang telah jauh mendahului usaha2 Islam, menerusi media massa khususnya, pendidikan, penonjolan idola-idola dan sebagainya. Ayuh bekerja … Us.Halim

  10. slm ustz.sy ingin btnyakn brpkh kos utk upah hj yerk.mak sy ada rniat utk uph hj utk arwah abg n skrg keadaan mak sy amt mmbimbngkn krn mracau dll.mgkn jika wat ini akn mrngankn tnggungnnya.utk pnethuan ustz sy tnggal stmn ngn ustz n suami slalu gk bjmpa ngn ustz d surau

    • Waalaikumsalam wr wb. Kos Upah Haji bagi tahun 2011 ialah RM1800.00. Mohon hubungi Pejabat Urusan 06-764 4494 / 016-696 7770 (Haji Azhar). Siapa nama suami ? Apa no hp nya ? Tkasih. Us Halim.

  11. ustaz saya ingin bertanya bolehkah seorang yang lemah pengetahuan agamanya seperti saya pergi menunaikan haji.saya ingin sangat memperbanyakkan pengetahuan dengan belajar sendiri dan bertanya kepada yang lembih arif.masalahnya saya tak berapa pandai membaca alquran tapi boleh membaca sedikit demi sedikit.tapi dua anak saya sudah khatam alquran dan mereka la yang mengajar saya. semoga ustaz dapat membalas dan mamberikan komen

  12. assalamualaikom ustaz..saya nak minta izin dari ustaz untuk copy artikel dan tulisan2 ustaz…untuk simpanan dan rujukan saya..

  13. salam ustaz…mandi wajib tanpa berpkaian sah ataupun tidak?

  14. assalamualaikum ustz…sye dari lengg0ng perak..skarang sye msih blajar dlm tngktan 5 d’skolah mnengah biase..sye tringin sngt nk ke mesir tp sblum ni xde plak blajar psal ilmu agame yg mndlm dan xblajar bhase arab,..boleh ke sye nk ambil STAM slpas ambil SPM nnti?nt akn d’ajarkn ke subjek untuk sye nk ambil STAM?klau boleh sye nk ustz t0long sye untuk mncapai hsrat sye ni dan maklumat untuk k0s pmblajaran sye untuk STAM…>?syukran jazilan ya ustaz…

    Balas

  15. assalamualaikum…

    ustaz, saya nak tanya…apa hukum bermain alat muzik seperti seruling dan gitar?

  16. salam…ust…saya nak tahu, siapakah yang paling layak menguruskan harta pusaka apabila si mati meninggalkan anak lelaki yang masih bayi? isteri atau saudara lelakinya? bukankah saudara lelaki termahjub dengan adanya anak lelaki? benarkah jika waris mempertikaikan hal-ehwal pembahagian pusaka, arwah akan terseksa di alam kubur? saya sedang menguruskan/mengumpul pusaka arwah suami untuk urusan faraidh, tetapi abangnya telah membelakangkan saya sebagai isteri dan mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang? bagaimankah sebaiknya harta alih spt mesin padi dan traktor difaraidhkan ?

  17. Assalamualaikum ustaz..
    adakah haram berkomunikasi dengan lelaki bukan mahram berdua-duaan walaupun sekadar kawan biasa?

  18. assalamualaikum cikgu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: