Pengenalan Gerakan Freemason

FREEMASONRY secara umum diterjemahkan sebagai pertubuhan persaudaraan dan dalam kamus dwibahasa ia memberi erti semangat persaudaraan sesama ahli pertubuhan.

Jika dilihat pada zahir pengertian itu, tiada apa yang tidak kena padanya.

Tetapi sedar atau tidak, ia suatu pertubuhan yang sangat bahaya kepada umat Islam kerana agendanya untuk melenyapkan ketaatan beragama, sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia.

Buku Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam membongkar pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa itu yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial.

Gerakan itu dipelopori orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, seterusnya melebarkan kuasa ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan Madinah.

Ia ditubuh serta dirancang oleh Yahudi untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katolik khususnya, namun kemudian mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Buku ini membincangkan secara terperinci agenda dan dakyah yang cuba dimajukan Freemasonry serta sekutunya yang berantaian di seluruh dunia dalam usaha memberikan kesedaran kepada umat Islam.

Antara misi Freemasonry seperti dilaporkan ialah menyebarkan ideologi ilhadiyah iaitu suatu fahaman tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganuti sebarang agama.

Buktinya sebagaimana kata seorang Freemasonry, Proudon: “Freemasonry adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seseorang anggota Freemasonry yang berkata-kata mengenai kewujudan tuhan, maka yang dimaksudkan adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap tuhan dan manusia sebagai suatu benda.”

Menurut penulis muda ini, kedua-duanya berkelulusan dari Universiti al-Azhar, gerakan terbabit juga menubuhkan pelbagai pertubuhan bersifat kemanusiaan dan kebajikan seperti pertubuhan Bahaiyah, Kesaksian Yehova dan pertubuhan yoga.

Pertubuhan Bahaiyah misalnya, timbul di Iran pada 1844, diasaskan seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam menggunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang meninggal dunia pada 1853.

Ia dikatakan timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan bernama Syirazi di wilayah Iran.

Mirza Ali dikatakan mendakwa dirinya ‘albab’ yang bermaksud pintu.

Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman.

Perkataan albab diambil daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya.”

Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali adalah pintu yang dimaksudkan itu, tetapi Mirza Ali mendakwa dirinya seperti dimaksudkan hadis terbabit dan menamakan ajarannya sebagai Babiyah atau Bahaiyah.

Fasa awal penubuhannya, pergerakan ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pada zahirnya cenderung kepada amalan Islam tulen, tetapi kemudian ia jelas menyeleweng daripada kehendak Islam.

Mirza Ali merumuskan agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari Tuhan dengan mengajak semua penganut agama terbabit membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu dipanggil dinullah atau agama antarabangsa.

Sekiranya dikaji fahaman itu lebih mendalam, kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ilhadiyah sebagaimana matlamat dikehendaki Freemasonry.

Mereka yang mengikuti ideologi Bahaiyah menganut fahaman wahdatul wujud iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan.

Fahaman ini sudah tentu ternyata sesat dan syirik kepada Allah yang Maha Esa.

Pergerakan Illumanity (cahaya), ditubuhkan Adam Weishaupt pada 1776. Beliau seorang anggota Freemasonry yang murtad daripada Kristian serta meninggal dunia pada 1830.

Illumanity dinisbahkan kepada satu daripada kumpulan Yahudi. Mereka menamakan Illumanity sempena nama iblis, selaku pemerintah tunggal alam ini dengan pusat pentadbirannya di Segitiga Bermuda, tempat tinggal Dajjal.

Lambang pertubuhan terbabit dikatakan terdapat pada mata wang Amerika Syarikat, menunjukkan negara itu dikuasai bangsa Yahudi. Pereka mata wang itu seorang anggota Freemasonry daripada pergerakan Illumanity, Pat Robertson.

Antara matlamatnya ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka, semangat cintakan tanah air dan semua agama sedia ada di dunia supaya manusia dapat dipaksa menganuti ideologi bersifat antarabangsa.

Advertisement

16 Respons

  1. terima kasih kerana menyiarkan dan menyebarkan tentang masalah ini, saya harap lebih banyak lagi maklumat perlu dikeluarkan…supaya umat islam tidak lupa dan lalai….

  2. pengaruh freemasonry dan illuminaty sudah menular di malaysia sperti dlm Anugerah Juara Lagu (AJL) …bahaya..

    • boleh tau..apa unsur2 freemason dan illuminati dlm AJL yg anda maksudkan?

      • unsur2nya adalah medium2 yang direka spt politik, sukan bola sepak, sistem kewangan duit fiat, bank2, TV , makanan yang telah sebati dengan kehidupan kamu, dan internet adalah medium yang membantu. pemikiran, makanan segala urat saraf, segala minat kamu, pekerjaan kamu dan kebolehan kamu sudah diketahui dan cara kamu berfikir telah dirancangkan, kamu Lihatlah di manakah kamu berada? Kamu boleh boleh ceritakan kepada semua tetapi mereka akan kata kamu ini sudah tidak siuman. Bolehkah kamu tinggalkan kehidupan dunia kamu sekarang? good luck!

    • YEKE?dscribe ckit cane leh x? dr sdt mane, sya nk tau sgt..tq

  3. Terima kasih diatas info ini…skrg baru kita sedar betapa bahaya gerakan ini kpd manusia sejagat terutama umat Islam…

  4. banyak lagi kita kurang tahu pasal mereka kerana mereka sgt licik namun anda boleh mencari di blog2 khas menkaji tentang jenayah mereka seperti Mistisfiles.blogspot

    • tidak perlu ditakuti umat Islam sekarang. Seramai mana sekalipun. Semua umat Islam sekarang tidak seperti 10 sahabat Muhamad yang hebat itu. Tubuh mereka ibarat akal mereka madinah dan hati mereka mekah sentiasa putih.

  5. Asalnya ilmu syaitan ini wujud sejak zaman nabi sulaiman dimana telah datang dua orang malaikat harut dan marut membawa ilmu sihir yang diutuskan allah sebagai cubaan untuk manusia.Ilmu sihir ini telah dipelajari oleh sebahagian orang yang yahudi yang sanggup menanggung risiko azap api neraka kerana dijanjikan syaitan kemahsyuran dan kekayaan dunia.Apabila ilmu ini telah terkeluar dari ajaran & amalan yang sebenar makan nabi sulaiman telah menangkap pengamal ini & dibunuh.Kitab-kitab syaitan ini telah dirampas & disimpan disuatu tempat di baitulmaqdis.Semasa perang salib,baitulmaqdis telah ditawan dan kitab ini pula telah dijumpai serta diamalkan oleh segolongan pahlawan kristian perang salib yang diberi nama knight templer.Selepas kemenangan salahudin al-ayubi,knight templer telah lari balik ke England dan mengamalkan ajaran syaitan ini di sana.Di England telah berlaku konflek dengan pihak gereja dimana pihak gereja telah memaklumkan kepada raja yang sebahagian rakyatnya telah sesat dari ajaran kristian kerana mengamalkan ajaran syaitan dan ritual yang pelik.Raja telah menangkap mereka bersama kitab-kitab dan dibakar.Sebahagian knight templer ini melarikan diri ke scotland dan eropah dan berkembang pula ajaran ini disana.Ajaran sesat ini lebih kepada pemujaan syaitan dan manuasia,maka lahirlah pelbagai teori dan ideologi kemanusiaan seperti darwinisme,
    humunisme,etiesme dll hingga membawa kepada berlakunya revolusi yang pertama iaitu revolusi perancis dan sebagainya di eropah.Sejarah biasanya ditulis oleh mereka yang menang oleh itu,sejarah eropah telah menerangkan bahawa renaisons berlaku kerana pihak gereja tidak dapat menerima sains tetapi sebenarnya pihak gereja menangkap mereka yang kononnya ahli sains adalah mereka yang mengamalkan ajaran syaitan ini sampailah sekarang..untuk dapatkan lebih maklumat dapatkan maklumat-maklumat berikut dimana sahaja anda berada : Kabbala,mesir purba,knight templer,
    freemason,illuminiti,darvinisme,new world order,zionosme dll..

    • betul tu..saya ada baca pasal freemason ni..ada juga maklumat yang kt malaysia ni ada pendukung freemason ni terdiri daripada orang2 terkenal..betul ke?ada sapa2 yang tau?

      • biasanya pemimpin negara yang dia cari…untuk maklumat boleh dilihat sendiri dalam THE ARRIVAL

  6. salam,..saya nak taw jgk mcm mne cara nye utk megelakkan freemason ni dri trus menular.

  7. […] Blog Ustaz Abdul Halim (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) […]

  8. salam..utk umat islam menghindari daripada terkeliru daripada anasir2 yang boleh mengelincirkan daripada landasan dan ketetapan dari penciptanya maka umat islam wajib berpegang kepada dua perkara sahaja.iaitu berpegang kepada kitabullah(al quran) dan sunnah rasul.seperti mana seranan beginda rasulullah pada pidato beliau di bukit arafah selepas selesai mengarjakan ibadah haji..jika kita tidak berpegang kepada dua perkara tadi maka tersesatlah kita dijalannya..

  9. BERPEGANG DENGAN SUNNAH YANG SUSAH NAK BUAT…contoh kecil meja makan..mengapa kita dok atas meja makan sedangkan Rasulullah tak buat?Tolong jgn kata zaman Rasulullah tak ada meja ya..
    Meja makan amat sesuai dengan nafsu kita yg malas tunduk ke bawah
    Dari sudut sains pula makan sunnah Nabi adalah yang terbaik, menekan pundi hempedu..menekan kaki dimana bila kita sudah rasa lenguh, itu tandanya kita patut berhenti makan, maka akan boleh buat berhenti sebelum kenyang
    Setiap amalan Rasulullah jangan kalian ingat Rasulullah buat tak ada sebab..
    Sekarang saintis Barat dah kaji kurma adalah buah terbaik di dunia..kayu miswak adalah ubat gigi+berus gigi terbaik untuk gigi dan gusi..adakah kita masih mahu menunggu kajian demi kajian daripada mereka yang belum beriman sedangkan kita ini beriman lebih dahulu dari mereka?
    Gigitlah sunnah Rasulullah dengan gigi geraham..pasti itu yang terbaik
    Janganlah kite terpedaya dengan ahli agama yang mengatakan Rasulullah itu diturunkan untuk mengajar kita tentang ibadah khusus sahaja..padahal ibadah..kan hidup kita ini semuanya ibadah?
    Ada juga ulama yang mengatakan Rasulullah menyebut sebagai konteks orang arab dan mengaitkan dengan budaya..jadi mengapa AlQuran bahasa Arab?Apa kelebihan bahasa Arab? Kalau sekadar konteks sebab Rasulullah turun kat org Arab, kita bolehlah baca Quran dalam solat guna bahasa melayu?
    Fikirlah sikit..semua org boleh menilai…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: