Pengkritik Bush peluk Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Schwartz menghadiahkan surah Al Fatihah dan doa ketika menziarahi kubur bekas Presiden Bosnia, Alija IIzetbegovic di Sarajevo.

“MAKA perlahan-lahan aku melihat dan mendapati Islam sahajalah yang mampu menawarkan jalan ‘terdekat’ untuk mendapatkan kasih sayang dari tuhan, iaitu Allah,” katanya.

Kata-kata itu merupakan sebahagian daripada pengakuan wartawan dan penulis terkenal Amerika Syarikat (AS), Stephen Schwartz, 63, sebaik sahaja beliau memeluk Islam pada tahun 1997, iaitu ketika dalam usia 49 tahun.

Seorang yang sangat dikenali dan pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau dengan lantangnya mengkritik pentadbiran bekas Presiden AS, George W. Bush sebagai yang pertama di dunia melabelkan Islam itu sebagai agama yang ganas (terrorisme).

Lebih separuh hidupnya bergelandangan sebagai wartawan yang sering melontarkan tulisan-tulisan yang panas dan kontroversi di akhbar-akhbar ternama seperti The New York Times, The Wall Street Journal, The Los Angeles Times dan The Toronto Globe and Mail.

Beliau juga adalah penulis tetap yang mempunyai ruang bicaranya sendiri di The Weekly Standard, The New York Post dan Reforma di Mexico City.

Yang pada akhirnya dek kerana tugas-tugas liputan sebagai wartawan itulah membawakannya kepada Islam iaitu ketika bertugas di Bosnia Herzegovina pada tahun 1997.

Sepanjang berada di wilayah Islam yang kemudiannya binasa akibat kekejaman perang pembersihan etnik oleh bangsa Serbia (Serb-Croatia, 1992-1995) itu telah menghasilkan satu hidayah atau petunjuk dari Allah untuk beliau mengakui kebesaranNYA.

Begitu pun sebelum ini, bertahun-tahun lamanya juga beliau mempelajari agama-agama Samawi, iaitu Yahudi dan Kristian dan tidak cukup itu, sedikit sebanyak pengaruh daripada orang tuanya sendiri, yang begitu taat terhadap agama masing-masing.

“Bapa saya seorang Yahudi sementara ibu pula adalah anak seorang tokoh dari kelompok atau Mazhab Protestan yang fundamentalis, yang sangat memahami Injil sama ada yang dalam bentuk Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru,” katanya.

Namun semua itu hanya memberikan pengetahuan sahaja kepada wartawan ini kerana yang uniknya, Schwartz akhirnya hanya ‘tertarik’ kepada Kristian aliran Katholik tanpa perlu memeluk agama itu secara rasminya.

“Walaupun tidak memeluk agama itu, namun saya tertarik kepada dalam soal-soal kebatinan yang terkandung dalam ajaran Katholik,” katanya.

Ini membuatkan Schwartz memilih untuk ke Sepanyol untuk lebih mengenali dan mendalami ajaran Khatolik, agama yang kononnya kuat melatari Sepanyol.

Namun apa yang ditemui adalah lebih menarik.

“Saya dapati di sebalik kejayaan Katholik di Sepanyol itu sebenarnya terdapat pengaruh sejarah Islam yang sangat kuat iaitu di era agama itu berkuasa di Sepanyol.

“Saya sangat takjub dan mendapat inspirasi yang sangat kuat dari agama Islam yang didapati masih bertahan dalam banyak amalan budaya tradisi di sana,” katanya.

Sebagai penulis kata Schwartz, beliau meneliti dan menghayati fenomena ini selama bertahun-tahun lamanya. Terutamanya apabila beliau mempelajari atau mengkaji sejarah kekuasaan Islam melalui sastera masa lampau yang menunjukkan pengaruh Islam di Semenanjung Iberia itu (terdiri dari negara-negara seperti Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sebahagian kecil Perancis).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 293 other followers

%d bloggers like this: