Posted on 28 Januari 2009 by Ustaz Halim

Presiden Amerika, Barack Obama (kiri) dari Parti Democrat dan PM Palestin, Ismail Haniyeh (kanan) dari HAMAS.
Setelah Israel dan Pentadbiran Bush gagal menawan Gaza, ke arah menghukum pemimpin HAMAS seperti Saddam Hussein dan menjajah kembali umat Gaza, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh (HAMAS) mengutus surat kepada Presiden Amerika, Barack Obama, orang kulit hitam pertama memimpin Amerika dan dunia, setelah berdekad umat kulit hitam berjuang menuntut keadilan di bumi Amerika. Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | Leave a comment »
Posted on 24 Januari 2009 by Ustaz Halim

Umat Palestin di Gaza menyambut kemenangan. Bendera hijau tua adalah lambang HAMAS. “Jihad Jalan Kami”, “Syahid Cita-cita Kami”.
Allahu Akbar !!! Walillahil Hamd !!! “Sungguh Aku akan memenangkan Aku dan rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Quran). “Dan tidaklah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah, Maha Perkasa, Maha Bijaksana” (Al-Quran). Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | 12 Comments »
Posted on 12 Januari 2009 by Ustaz Halim

Pagi Sabtu 10/1/2009 yang lalu, saya, isteri dan anak-anak ke rapat umum SAVE GAZA di Stadium Melawati, Shah Alam, anjuran Aman Palestin Berhad dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Teruskan membaca →
Filed under: Perang Gaza 2009 | 37 Comments »
Posted on 11 Januari 2009 by Ustaz Halim

Kerakusan Yahudi yang dilaknat Allah swt membunuh umat Islam Palestin yang dikepung ketat oleh Israel dan Mesir, serta tiada tindakan ketenteraan yang diambil oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Kerajaan-kerajaan umat Islam telah disaksikan sendiri oleh Umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh. Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | 13 Comments »
Posted on 3 Januari 2009 by Ustaz Halim

Dikala ramai pihak dan masyarakat dunia menyaksi dan menunggu PBB, Kuasa-kuasa Besar Dunia, pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan Islam bersidang dan bersidang, beresolusi demi resolusi tapi diveto demi veto, cara tulin dan sebenar memerdekakan Palestin dari penjajahan Yahudi sejak 1947 ialah melalui kejelasan sikap, berpegang kepada Prinsip-prinsip dan mengibarkan panji-panji Jihad. Inilah prinsip gerakan HAMAS dan jemaah Ikhwan Muslimin yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin. Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | 15 Comments »
Posted on 2 Januari 2009 by Ustaz Halim

Gaza mengalir darah dijasadnya. Siapakah yang akan menyelamatkannya ?
Serangan Yahudi keatas Gaza menggunakan jet-jet perang F-16 masuk hari ke tujuh mengorbankan setakat ini 420 syuhadak, mencederakan 2180 orang Islam yang dijajah, 380 dari mereka dalam keadaan tenat. Penjajah mengebom berbagai institusi awam, masjid, tempat tinggal dan tanah pertanian menggunakan pesawat perang F-16. Ini berlaku setelah kepungan dan sekatan keperluan asas dikenakan ke atas Gaza hampir genap 4 tahun (sejak 25.1.2005). Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | 13 Comments »