Darul Arqam 1980

Jemaah Darul Arqam atau Yayasan Pengajian Darul Arqam adalah sebuah jemaah yang diasaskan oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad diakhir tahun 1960an dan berkembang pesat pada tahun-tahun 1970an. Pada ketika itu tema utama yang diperjuangkan oleh Ustaz Ashaari dan pengikut-pengikutnya ialah “Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah” dan yang menonjol ialah berpakaian menutup aurat, menghidupkan suasana Islam dalam bentuk perkampungan dan sekolah Islam, mengeluarkan produk-produk ekonomi Islam serta buku, kaset dan berbagai bentuk penerbitan Islam. Dalam suasana umat Islam yang masih ramai belum memakai tudung atau berpakaian mengikut Syariat, penonjolan pakaian oleh Ustaz Ashaari dan pengikutnya mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan sebahagian masyarakat, pelajar IPT dan sekolah. Tumbuh “perkampungan Islam” berupa rumah-rumah anggota Al-Arqam yang dibina di tapak tanah yang dibeli bersama di hampir seluruh negeri di Semenanjung Malaysia terutama di Sungai Pencala, Kuala Lumpur dan Kampung Sempadan, Pahang. Disebabkan kurangnya produk makanan Islam ketika itu, kicap, sos, mee basah dan sebagainya diperolehi dari kilang bukan Islam, maka kehadiran kicap, sos, mee basah “Al-Arqam” dan sebagainya bukan sahaja mendapat sambutan ramai masyarakat malah logo Al-Arqam dibarangan tersebut meningkatkan lagi populariti badan dakwah berkenaan walaupun ia tidak berdaftar secara resmi dengan kerajaan. Bersama dengan arus kebangkitan dan kesedaran Islam yang diperjuangkan oleh parti dan badan Islam yang lain, ketika saya di MRSM, bagi seorang yang mula mencintai perjuangan Islam, tidak dinafikan suasana tersebut banyak memberi ransangan dan semangat juang kepada pelajar muda ini untuk bersaham sama terutama menanam kesedaran dan membawa perubahan kepada pelajar-pelajar di MRSM Kuantan ketika itu.

Sering saya mencuri keluar dari kawasan Maktab untuk menghadiri Kuliah-kuliah Fardhu Ain di Markaz Al-Arqam, Beserah, Kuantan ketika itu dan kembali ke Maktab dengan membawa produk-produk Al-Arqam untuk dijual kepada pelajar-pelajar berupa kaset ceramah Ustaz Ashari, buku-buku Islam, kicap, sos, kain serban dan sebagainya. Bagi saya ditahun-tahun 1980an, dua penceramah yang sangat memberi kesan kepada diri saya dan mendapat sambutan masyarakat ketika itu ialah ceramah-ceramah kuliah 3 jam oleh Ustaz Ashari dari Al-Arqam dan ceramah-ceramah pidato 1 jam Ustaz Hadi dari Parti Islam Se Malaysia. Kaset ceramah Ustaz Ashari 3 jam bertajuk “Hakikat Iman” dan “Keindahan Islam” tidak jemu didengar walau diulang berulang kali. Saya cuba berusaha membawa Ustaz Ashari masuk berceramah di dalam MRSM ketika itu tetapi tidak berjaya dan Ustaz terpaksa diganti dengan naibnya, Ustaz Abdul Rahim Forten.

Pada cuti sekolah hujung tahun 1980 dan 1981, saya menghadiri Kursus Kefahaman Islam Tahunan 5-hari anjuran Al-Arqam di Sungai Pencala berisi ceramah, zikir, expo jualan buku dan produk Al-Arqam, makan berjemaah di dalam dulang dan sebagainya. Dalam keadaan masyarakat umum Malaysia ketika itu yang masih asing dengan pakaian dan suasana beramai secara Islam, berada ditengah-tengah 5000 peserta muslimin yang memakai jubah dan serban dan muslimat yang memakai jubah dan purdah, begitu juga anak-anak kecil yang berpakaian sedemikian memberikan kesan yang besar ke dalam jiwa saya dan ransangan yang luar biasa untuk berjuang demi agama yang tercinta. Kumpulan nasyid Nada Murni (kini Rabbani+Hijjaz+Raihan) Al-Arqam, isi kandung dan pengajaran dari senikata-senikatanya, hingga ke hari ini masih menjadi salah satu favourite saya hingga ke hari ini.

Penglibatan saya di dalam harakah Islam lain yang merujuk fikrah Islam yang sahih bermula di tingkatan 4 di MRSM di tahun 1981, dan pemergian saya ke Australia menyambung pelajaran dan bersama dengan gerakan Islam di sana menyebabkan saya tidak dapat mengikuti perkembangan Al-Arqam dari dekat sehinggalah kedengaran timbul berbagai kekeliruan di dalam jemaah Al-Arqam seperti isu aqidah, isu Imam Mahdi yang didakwa Ustaz Ashari adalah Syeikh Suhaimi, guru Tarikat Muhammadiah yang didakwa masih hidup dan sebagainya. Pada tahun 1993, Jemaah Al-Arqam bertembung dengan Pusat Islam (kini JAKIM) dan Kerajaan Malaysia yang berakhir dengan pengharaman dan perpecahan pucuk pimpinan dan ahli-ahlinya. Semoga Allah menunjuki kita JalanNya yang lurus dan membalas mereka yang ikhlas berjuang diJalanNya dengan sebaik-baik balasan.

35 Respons

  1. in the name of Allah the most gracious the most merciful

    tak sangka us pn pernah join arqam dulu, ana teringat kisah ana dulu masa mula2 kenal arqam.. dapat bersama dalam gerakan dakwah walaupun masih muda ketika itu berumur 13 tahun tak silap ana kami ramai2 pergi ke tempat tumpuan orang ramai antaranya kedai kopi, simpang jalan tempat orang berkumpul, belanja orang makan, masjid dll.

    masa tu cukup seronok dengan pengalaman baru dan sangat berlainan berbanding dengan ceramah di masjid mengajak orang berbuat kebaikan tapi dengan arqam dakwah itu praktikal.

    tapi alhamdulillah seminggu ana join arqam lepas tu ana tengok dalam tv kisah abuya disoal oleh tak silap ana masa tu Dr. Harun Din yang bersoal jawab dengannya dan maka istiharlah ajaran arqam terpesong

    p/s: ana masih ingat lagi sepupu ana yang merupakan antara orang yang bergiat aktif dalam arqam ada satu kelebihan iaitu solat guna niat jer disebabkan makam dan darjatnya dalam dakwah bergitu tinggi…

    • saya ingin membetulkan sikit walaupun saya juga ada kurang setuju dlm bbrp hal dgn Arqam tetapi mereka dlm sudut fardhu ain tidak pernah ertolak ansur dan tak pernah timbul isu solat dgn niat saja. itu pasti pegikut ajaran lain atau org yg tertip sendiri dan buat kesimpulan sendiri.
      yg bersoal jawab dgn Ustz Ashaari tu bukan U. harun Din dan siaran tersebut adalah delayed serta dlm keadaan tertutup di mana group Arqam ni telah pun ditangkap ISA bbrp ketika. pengakuan diaboleh dianggap “under duress” yg tidak Islamic.

    • belum jumpa lagi orang arqam sembahyang pakai niat….saya pun prnah ikut sikit2…depa semayang macam kita juga…saya pun pernah dgr kuliah us.asaari,setahu saya dia tak pernah ajar org semayang niat je ni…klw ada pemimpin trtiggi arqam smyg niat jer..mesti dia sbnarnya tak ikut ilmu yg us ashaari ajar…sbb apa yg dia amalkan tak sama dgn yg us ashaari ajar…btul tak/

    • pegikutnya bdoh dan ajaran yg karut

      • askum semua..kita sendiri yg menyelewengkan akidah kita;;;;;dlm al arqam dulu sya tak diajar pun mcn tu

      • engkau pernah duduk dalam al arqam ke ? tak tahu jangan cakap je okey!!

      • manusia tu semua bodoh kecuali mereka yang banyak mengingati mati…ajaran karut ummah,,,di antara nya…politik machiavelli…riba’,sistem pendidikan,ekonomi,…dari cungkil gigi sampai
        ke angkasa raya ..bersandar dengan orang kafir…nak belajar agama pun dari orang kafir..atau orang kafir yg mengatur libus nya…

    • assalamualaikum,maaf ana mnganggu..seluruh kluarga ana prnah msuk al arqam..tp xpnah la plak trdngar smbhyg ikut niat..yg ana tahu allahyarham ust ashaari plg mnekankn dlm aspek beribadah..ana hrap jgnlah mmpertikaikn jasa beliau didalam negara ini..
      -hamba yg dhaif-

    • Fitnah…Abuya x pernah ajar solat guna niat …

  2. Jamaah yang tidak berjihad fii sabilillah perlu dipertanyakan keshahihannya.!!
    wallahu a’lam

  3. salam… sekarang ni apa ceritanya?Rufaqa di Bandar Countyrhomes masih ada lagi ke?

  4. aslkm. untuk pengetahuan semua rufaqa dah bertukar kpd global ikhwan.Alhamdullah bandar islam yg pertama didunia telah pun berjaya diwujudkan walau pun dfitnah/tohmah/kutuk walaupun oleh banyak jemaah2 islam yg kata nya nak perjuangkan kebenaran tapi ternyata diwaktu kawannya di fitnah/tohmah/dibenci mereka lari meninggalkan kawan seperjuangan dan brsekongkol pulak ngn pihak musuh yg sebelum ni dia kata musuh tu tak betul.

  5. aslkm sebelum kita percaya pd musuh atau mendengar seseatu tudhan dari orang lain sebagai mukmin elok kita siasat sehingga sahih satu2 perkara sbb terlajak perahu boleh di undur kalau kata satu2 pihak tu sesat sedangkan ia tak benar bahaya sbb sesat tu berbalik pada kita semula.kalau tak silap tu ada dalam hadis.jadi berhati2 lah membuat tuduhan lebih2 lagi yg melibatkan rakan2 seperjuangan.kesalahan teknikal tak sama dengan kesalahn dasar.kena bijaksanalah dalam berjuang.

  6. solat guna niat tu satu fitnah.ramai individu islam yg buat salah tapi tak bermakna rasulAllah dan islam tu salah yg salah induvidu tersebut sbb dia jahil.

  7. kita sebagai pejuang kena tahu dalam satu2 jemaah tu akan ada perosak2 jemaah yg dihantar oleh pihak musuh untuk merosakkan dari dalam tapi malang nya rakan2 seperjuangan dari jemaah lain pun terpedaya dengan msuh dalam selimut ni.begitu lah lemah nya hubungan hati atau ukhwan umat islam diakhr zaman.mudah diperdaya olaeh pihak musuh

  8. perjuangan islam bukan sekadar teori di forum/seminar atau dibilik2 berhawa dingin tapi ia adalah satu budaya atau cara hidup yg perlu diamal kan dan laluan nya sangat rumit sebab itu tak ramai yg akan sampai ke hujung nya kecuali mereka yg benar2 bertaqwa kerana hanya orang2 yg bertaqwa sahaja yg di bantu tuhan.

  9. Aslkm Alhamdllah bandar rufaqa masih ada sampai hari ini.kenapa tak suka ke kejayaan tu berlaku ditangan orang lain.jemput la datang jengok2.nanti boleh buat kat tempat lain pulak.

  10. zaman tu arqam tgh famous. Student2 MSU (Mat Surau United) kalau tak pergi kansert kat dewan besar, boleh kumpul kat surau selawat banyak2 & bernasyid dengan nasyid Arqam. Lead vokal – Ustaz Halim & Brader Dr. Zainurrashid

    • “Anon” ni siapa ? Pernah sekolah di MRSM Kuantan ker ? Batch mana ?

      • Junior. Sempat attend usrah selama 2 tahun. Outing Sabtu, org lain gi tgk wayang … group MSU pergi Kg Jeram, Beserah. Sedikit sebanyak Jemaah Arqam mmg ada sumbangan dlm membantu perkembangan generasi yg mula2 berjinak2 dgn harakah islamiah pada masa tu. ..Tu belom lg time cuti semester, ada group yg pergi Sg Penchala & ada group yg pergi ke Jeram Selangor. (yg Jeram ni akhi blom tulis lagi)

  11. salam,
    dulu saya pernah mengikuti aktiviti2 al-arqam..tak ada yg terpesong dari amalan yang digariskan..banyak perkara baik dan berjaya me muhasabahkan diri kita

  12. assalamualaikum,
    ana tidak sempat menikuti zaman perkembangan al-arqam tetapi bersahabat baik dengan beberapa bekas pengikut ketika diakhir jemaah al-arqam sebelum dibanteras. kini hati mereka masih pada rufaqa. namun persoalan ana, mangapakah buku yang pernah dikarang oleh Umu Jah, Abuya Ashaari Muhammad, Pemimpin Agung Dizamannya, mcm ada sesuatu yang meragukan. bagaikan ada tindakan fanatik menaggungkan abuya sendiri.? Maaf jika silap, walau bagaimanapun, saya faham sikap saorang ulama Sohibuz Zaman seperti abuya Ashaari Fata-Atamimi bukanlah suka diagungkan, cukup sekadar perjuagannya sampai kepada seluruh manusia. Betul x? 🙂

  13. salam..ana berminat nak dpatkan buku abuya yg ditulis pd 2006..tajuk buku tu BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD SIRI 2. ana mintak jasa baik ustaz utk dapatkan buku itu segera mungkin..sila email ana di ayumi_8482@yahoo.com jika ada sebarang tindak balas.

  14. Al-Arqam+Rufaqa’ da xde…tpi kini Global ikhwan penggantinya…harap pihak luar jngnlh bermusuh n memfitnah ust ashaari lgi…knp kita mahu menghalng orang melakukan kebaikan??sedangkan bnyk lagi org yg melakukan keslahan bahkan dosa besar didepan mata kita…knpe kita xtegur or membanterasnya???mybe kita nie ISLAM dimulut shj kowt kn????coz itulah kita membenci n mencemburui org yg berdakwah ke jalan ALLAH…

    renung2 lah….

  15. Setahu ana, Al Arqam X pernah mengajar pengikutnya buat amalan solat pakai niat. Xkiralah makam keberapa. Alhamdulillah. Kini telah ada syarikat yg membuat Roti bercirikan Islamic. Label roti dibawah Ikhwan. Terasa seperti dizaman 80an sewaktu ana menjoin Arqam secara tidak lansung.

  16. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham Ust Ash’ari.Beliau adalah pejuang Islam sejati.

  17. Apa yang perlu difikirkan ialah cara dia menjalankan perniagaan dengan berkesan dan berjaya.Bab ini harus kita perhatikan secara mendalam.Sedikit sebanyak ia membantu kita untuk menjalankan perniagaan dengan baik.

  18. kalau kita x nak buat jgn kate kepada yang buat……….secara zahirnya gerakan ustaz ashari membawa banyak kebaikan……….padankan dengan sunnah nabi……………..yang mana hampir sama………..kita ke beliau……………selebihnya serah kat Allah……tiada kebaikan pada org berilmu yang mengikut nafsu dan kebodohan apa yang ada pada yang jahil yang tidak mengikut nafsunya………….berdoalah

  19. Assalamualaikum..ana pun pernah join gak, sekitar awal tahun 90an..melalui jemaah inilah ana mula mendapat hidayah. banyak ilmu yg ana dapat. lepas balik sekolah, ana akan ke markas untuk menghadiri kuliah. Tak nampak pun ada amalan yang menyeleweng.. malah sangat menggalakkan kita menuntut ilmu dan menjaga amalan wajib, solat di awal waktu, sebelum masuk waktu lagi dah duduk dekat musollah untuk berselawat..

    Ana sangat terkesan dengan buku tulisan Allahyarham Ust.Ash’ari betajuk Mengenal Diri Melalui Rasa Hati dan Iman Dan Persoalannya..

    Antara Madah hikmah Allahyarham yg masih segar dalam ingatan ialah “Biarlah kakimu sakit asalkan hatimu tidak sakit kerana kalau kakimu sakit engkau hanya tidak bisa berjalan, tetapi kalau hatimu sakit engkau akan hilang kebahagiaan”

    Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkan nya bersama orang2 soleh di sisiNya..amin..

  20. sgt besar jasa Abuya buat umat islam..kalau diamati balik apa yang abuya ajar mengenai cara hidup islam dn kita mmpraktikkannya,kita sndiri dapat rasa betapa indahnya kehidupan cara islam yang
    Nabi S.A.W ajar kepada umatnya..dn abuya telah membawa kembali sunnah2 Nabi yang telah lama ditinggalkan….
    KIta dpt rasa alangkah betapa indahnya hidup bersama ilahi..

  21. saya pernah menjadi pelajar al arqam.. tapi tak pernah lak kami di ajar sembahayang pakai niat.bahkan ustaz kami melarang pekara yang melangar apa hukam islam.. kami di al arqam ikut sama seperti apa yang diajar oleh islam

  22. bagi saya alarqam dan rufaqa sangat berbeza!!

  23. Terima Kasih Abuya kerana menyelamatkan zaman muda ku…

Tinggalkan komen