Istilah “Kafir Harbi”

image

Istilah “Kafir Harbi” (كافر حربى) bererti orang kafir yang memerangiatau menentang Islam.

Istilah “Kafir Harbi” bukanlah suatu yang asing dalam ilmu-ilmu Is

lam. Ia terdapat dalam kitab-kitab Perundangan Islam sejak zaman berzaman sehingga hari ini.

Selagi ada orang kafir yang memerangi atau menentang agama Islam di dunia ini, selagi itulah istilah “kafir harbi” terus wujud dan relevan, sesuai dengan erti perkataan itu sendiri.

Ada pihak yang mendakwa “kafir harbi” di dunia ini hanyalah negara Israel sahaja. Selain Israel, mereka adalah “Ukhuwah Insaniah”, “Darul Dakwah” atau seumpamanya.

Tidakkah pihak tersebut melihat dengan mata kepala sendiri ada Negara-negara Barat dan Timur selain Israel yang membunuh ratusan ribu Umat Islam di Iraq, Bosnia, Chechen, Syria dll, iaitu bilangan mangsa yang lebih ramai dari yang dibunuh oleh Israel di Palestin ?

Ada yang mendakwa, “kafir harbi” berada dan tinggal di luar sempadan Negara Islam, iaitu di dalam Darul Harb semata-mata. Yang berada di dalam Negara Islam hanyalah “kafir zimmi”.

Sebenarnya status “harbi” atau “zimmi” bukan didasari oleh kedudukan geografi seseorang kafir semata-mata. Sebaliknya status tersebut adalah juga berdasarkan sikap pendirian atau tindakan mereka terhadap Islam. Nabi saw mengambil tindakan keras ke atas seorang kafir penduduk warganegara negara Islam Madinah, Kaab bin Asyraf, bukan kerana dia mengangkat senjata, tetapi kerana dia menentang Islam melalui perkataan, kempen dan hartanya.

Hari ini boleh terdapat berbagai kelab, persatuan, badan dan individu di dalam sempadan Negara Islam sendiri, yang ditaja oleh negara-negara Barat dan Timur untuk menjayakan agenda-agenda mereka menentang Islam dari dalam sempadan Negara Islam dengan dibekalkan khidmat nasihat pakar dan peruntukan wang berjuta dollar oleh pihak asing. Ia bukan suatu yang mustahil berlaku.

Di kalangan mereka ada yang menentang perlaksanaan Syariat Islam dan pendaulatan Mahkamah Syariah. Ada pula yang memperjuangkan apa yang larang Islam dalam masyarakat seperti LGBT (liwat dll), hak orang Islam untuk murtad, hak seks bebas sebagai hal peribadi yang tidak boleh diganggu oleh negara dsb.

Oleh itu jelas bahawa “penentangan (محاربة)” dari perkataan “harbi (حربى)” ini, tidak semestinya berkait dengan pertumpahan darah atau menyita harta benda milik penentang semata-mata, seperti dakwaan segelintir pihak.

Ada ketikanya Nabi saw memerangi penentang Islam dengan perang bersenjata seperti Perang Badar dan Perang Uhud.

Ada pula penentangnya menggunakan saikologi dan hujjah disulami syair-syair Arab indah yang memukau dan boleh mengelirukan orang ramai. Dalam hal ini, Nabi saw mengarahkan penyair Islam, Hasan bin Tsabit ra melawan mereka dengan mengarang syair Islam pula. Sabda Nabi saw, “Sungguh syair kamu (wahai Hasan bin Tsabit ra) lebih tajam dari mata pedang” (Hadis).

Sabda Nabi saw, ” قال الرسول عليه الصلاة والسلام يوماً للأنصار ” ما يمنع القوم الذين نصروا رسول الله بسلاحهم أن ينصروه بألسنتهم؟ ” فقال حسان بن ثابت : أنا لها، وأخذ بطرف لسانه” (Apakah yang menghalang kaum yang menolong Rasulullah dengan senjata mereka, untuk mereka menolong (pula) dengan (menggunakan) lidah mereka. Hasan bin Thabit ra berkata, “Aku ya Rasulullah” (sambil memegang lidahnya)).

Ini bermakna, jika ada “kafir harbi” di dalam Negara Islam, yang menentang agama atau Syariat Islam melalui politik dan berhujjah di depan orang ramai, maka menghadapi mereka secara politik dan hujjah juga boleh jadi merupakan cara terbaik. Ada kalanya ia lebih tajam dan lebih berkesan dari semata-mata menggunakan senjata besi yang belum tentu boleh masuk menusuk ke lubuk hati.

Pihak yang cuba mengaitkan “kafir harbi” dengan hanya “pertumpahan darah” semata-mata sebenarnya tidak memahami Fiqh Islam, pengajaran Seerah Nabi saw serta Maqasid (Tujuan) Syariah itu sendiri. Mereka lah sebenarnya pihak yang terkeliru dan boleh mengelirukan orang ramai melalui kenyataan dan pandangan mereka yang keliru.

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
2 Julai 2016

Advertisement

2 Respons

  1. masyaAllah, jzkk ustaz. Blog yg sangat bagus membentangkan isu semasa yang digarap dengan fikrah islam yg sebenar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: