Diam Yg Tidak Akan Didiamkan Allah

wanita-pecahkan-kepungan.jpg 

<Muslimat Palestin terpaksa memecah masuk Mesir untuk mendapat bekalan setelah 2 tahun dikepung Israel dan Barat sedang pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam berdiam diri kerana takut kepada Kuasa-kuasa Besar Dunia><Bendera, lilitan dan topi hijau bererti HAMAS>

“Sesiapa yang tidak mengendahkan hal keadaan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis). Sejak kepungan bermula 25/1/2006, dua tahun lalu hingga 25/1/2008 beberapa hari lepas, tidak ada seorang pemimpin negara umat Islam pun yang dapat berikhtiar sesuatu atau berkata menyeru, secara nyata atau sembunyi-sembunyi, tanpa perlu umat Palestin memecah tembok sempadan Mesir untuk mendapat bekalan ubat dan susu. Ini adalah diam yang tidak akan didiamkan oleh Allah swt di Hari Kiamat. Teruskan membaca

1.5 juta Umat Palestin Gaza Dikepung

olmert-salam-mubarak.jpg 

Semua sempadan Gaza dibawah keputusan 2 orang ini, Olmert (Israel) dan Husni Mubarak (Mesir) … dengan restu Orang Atas.

Hanya parti yang bengkrap ideologi perjuangan, tak tahu kemana nak dibawa umatnya, akan bersekongkol dengan musuh menindas para pengundi yang tidak memilih parti tersebut dalam pilihanraya. [lihat artikel terdahulu]. Demikian Parti Fatah (pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas) bertindak ke atas bukan sahaja terhadap Parti Hamas (pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh) malah terhadap 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, samada menghukum para pengundi sendiri maupun remaja, kanak-kanak malah bayi-bayi tak cukup bulan dalam incubator di hospital-hospital Gaza juga turut dihukum. Teruskan membaca

Salam Hijrah dari Gua Hijrah/Thaur (dy/dx=0)

foto-gua-thaur.jpg 

Di depan lubang masuk Gua Thaur (di sebelah kanan foto). 

Mendaki bukit Jabal Thaur dan menziarahi di puncaknya Gua Thaur pada Selasa 1.1.2008 lalu, bukan sekadar mengingatkan diri tentang peristiwa Hijrah oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar As-Siddiq, serta pengorbanan para Sahabat ra yang terlibat menjayakannya. Hakikatnya, Hijrah dan Gua Thaur adalah satu titik perubahan penting dalam perjuangan dan tamaddun Islam, bahkan tamaddun kemanusiaan sejagat sepanjang zaman. Teruskan membaca