UMAT PALESTIN vs ANNAPOLIS2007

annapolis2007.jpg

Baki 14 bulan terakhir Presiden Bush

 

“Sidang Damai” isu Palestin di Annapolis sedang berjalan sekarang. Israel melalui Gerakan Zionis Antarabangsa menguasai ekonomi, politik dan ketenteraan dunia termasuk Amerika, Eropah, Rusia dan banyak negara-negara lain. Israel dan Amerika yang telah sampai ke tahap tersebut boleh memeteri apa sahaja perjanjian-perjanjian tetapi tidak perlu atau tidak boleh dipaksa melaksanakannya. Perlaksanaan memerlukan penguatkuasaan, sedang penguatkuasaan resmi PBB di dunia hari ini milik mereka melalui Kuasa Veto. Oleh kerana itu Perjanjian Oslo, Perjanjian London, Perjanjian Madrid dan lain-lain yang dimeteri oleh Yasser Arafat dengan Shamir, Rabin, Netanyahu, Peres dan perdana-perdana menteri Israel yang lain kesemua menjadi bahan ketawa mereka di balik tabir. Teruskan membaca

Tazkirah Pilihanraya Australia 24 Nov

 

Pilihanraya Australia 2007 berjalan dengan tenang Sabtu semalam, tenang seperti yang saya kenang dalam artikel Piliranraya : Antara Payung dan Kotak yang lalu. Hari ini Ahad, keluar keputusan Pilihanraya dengan tenang juga. Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri 4 Penggal, John Howard tewas di tangan Parti Buruh pimpinan Kevin Rudd. Semasa saya hidup di Australia tahun-tahun 1980an dulu, Howard adalah Menteri Kewangan. Pastinya dia berpengalaman banyak dalam mengemudi ekonomi Australia. Teruskan membaca

Umat Iraq : Diantara Amerika dan Syiah

Umat Iraq pada hari ini menanggung keperitan dari Penjajahan Amerika di satu pihak, dan dari kekejaman Kerajaan dibawah pimpinan Nuri Al-Maliki, seorang Syiah di satu pihak yang lain. Belum padam api penderitaan yang dialami semasa di bawah pemerintahan diktator Presiden Saddam Hussein yang berakhir tahun 2003 lalu, kini mereka terpaksa berhadapan dengan perlaksanaan perancangan jahat Zionis Antarabangsa tehadap bumi Iraq yang sedang cuba dijayakan melalui Penjajah Amerika dan bonekanya, Kerajaan Iraq Syiah. Wakil umat Islam Sunni, Parti Tawafuq (Persepakatan) telah mengambil keputusan untuk keluar dari Kerajaan Campuran pimpinan Nuri Maliki, kerana melihat beliau dan kuncu-kuncunya sedang melaksanakan satu agenda besar untuk meluaskan pengaruh Syiah di dalam negara Iraq. Setelah menguasai badan tentera dan keselamatan bersenjata Iraq, kini Syiah meluaskan cengkamannya di dalam kabinet dan institusi-institusi pengajian tinggi. Teruskan membaca

Tazkirah Pilihanraya Jordan 20 Nov

 Pembangkang menolak keputusan Pilihanraya Umum Jordan yang diadakan pada hari Selasa 20 November lepas dan menganggap Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan penipuan supaya keputusannya nanti dapat memberi gambaran kepada kerajaan dan rakyat Amerika bahawa populariti Gerakan Islam di Jordan telah mula menurun. Seorang pemantau, Amir Abu Hasan berkata dia mengira jumlah pengundi adalah seramai 280 orang tetapi ketika kiraan undi dibuat, dia mendapati sebanyak 622 kertas undi, bermakna terdapat 342 undi hantu. Teruskan membaca

Pilihanraya : Kisah Payung & Kotak

Australian Election
(sila click pada gambar utk lihat size penuh)

Sehingga ke hari ini, sering aku teringat kepada sekaki payung besar yang terpacak di tepi jalan. Di bawahnya ada sebuah kotak di atas meja. Ia terletak di luar pagar Ironside State (Primary) School, St Lucia, Brisbane, Australia, di tepi jalan laluan seharian aku dari rumah ke kuliah di University of Queensland, sekitar tahun 1985. Walaupun lebih 20 tahun telah berlalu dan telah banyak negara serta kejadian yang aku tempuhi selepas itu, namun bila duduk-duduk sendiri merenung nasib umat kita di Dunia Ketiga ini, payung dan kotak di tepi jalan itu juga yang kembali menjelma dan mengisi ruang fikiran. “Ambillah iktibar walau orang-orang yang mempunyai penglihatan” (Al-Hasyr:2). Teruskan membaca

Dakwah Umum & Dakwah Khusus (02)

dakwah khusus-pembentukan 

 “Mestilah melalui jalan Pembentukan selepas Peringatan …” (Majmu’ah Rasail). Melihat ungkapan di atas, mereka yang bekerja di Jalan Dakwah akan segera memahami bahawa “Pembentukan” yang dimaksudkan itu adalah Dakwah Khusus manakala “Peringatan” adalah Dakwah Umum.

Apabila melihat masyarakat di sekeliling, maka perancangan Dakwah kita mestilah ke arah Dakwah Umum iaitu bagaimana menyampaikan Fikrah Islam kepada mereka, menjana Public Opinion mereka supaya cenderung ke arah Islam hakiki, bukan tempelan, membenteras maksiat dan kemunkaran, mendorong kearah kebaikan dan kebajikan sehingga Islam mendominasi persekitaran dan perbincangan di jalan-jalan. Teruskan membaca

Antara Politik dan Kepartaian

bersih 

Perhimpunan Bersih 10 Nov telah berlangsung. Pelbagai reaksi masyarakat telah dapat kita saksikan, samada melalui perbualan maupun internet. Ada yang takut berbicara atau minta jangan dibicara soal Perhimpunan Bersih dalam internet kerana takut terseret dalam isu politik atau tak mahu isu dipolitikkan atau atau ..Yang pasti buat saya, setiap perkara atau kejadian yang membawa kepada peningkatan kepekaan dalam sanubari, kejelasan dalam fikiran, keberanian dalam jiwa diri dan masyarakat akan membawa ke arah kesejahteraan kepada negara.  

Sebaliknya, jika umat dalam sesebuah negara, apatah lagi umat Islam, hanya mementingkan diri dan keluarga sendiri, tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam negara dan pemimpinnya, maka umat dan negara seperti itu, seperti yang digariskan Allah dalam peraturanNya, boleh menuju kehancuran samada diaspek pegangan, jatidiri, akhlak, ekonomi dan sosial. Teruskan membaca

Tips Berkahwin Awal (02)

الصورة غير متاة

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. “Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya“. “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).

Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang. Teruskan membaca

Kisah Kopi Cengkudu

 kopi

Suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seorang yang pernah saya kenali suatu masa dahulu, sejak lebih setahun. Dia hendak berjumpa saya waktu itu juga samada di rumah atau di mana-mana sahaja yang saya putuskan. “Oh.. Azlan (bukan nama sebenar)! Apa khabar? Lama tak dengar berita. Jemput datang. Cuma sekarang dah dekat Maghrib, saya kena bersiap ke masjid“. Dia berkata, “Sekejap sahaja Ustaz, sekitar setengah jam“. Saya bersetuju sambil bersegera buat persiapan ke masjid dengan perasaan gembira akan menyambut tetamu ke rumah, sambil tertanya dah lama kami tak bertemu, tiba-tiba dia begitu bersungguh-sungguh ingin berjumpa, waktu itu juga, di mana sahaja. Saya tahu rumahnya memang jauh dari rumah saya, hampir di daerah yang berlainan. Tentu ada suatu perkara besar atau penting yang dia hajatkan. Teruskan membaca

Syeikh Hasan Elyan Dalam Kenangan

 

Di akhir zaman, Allah tidak mengangkat Al-Quran dengan menghilangkan tulisan dan kitab, tetapi Dia mengangkatnya dengan mematikan para Huffaz (orang-orang Hafiz AL-Quran) dan para Ulamak. Perginya Syeikh Hasan Elyan bagaikan baru semalam tetapi hakikatnya dia telah pergi mendapatkan Kekasihnya lebih 10 tahun yang lalu. Di pentas antarabangsa, beliau kurang dikenali, tetapi di alam tajmik, tarbiyah dan riyadah (bukan riadhah), beliau menjadi buah mulut kawan dan lawan, di dalam Mesir dan teman-teman luar Mesir yang mengenali kehebatan dan sumbangannya.

Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya aku hendak memulakan penulisanku di pagi Rabu ini tentang detik-detik manis aku menziarahi beliau, kerana di saat ini aku menulis dengan lebih banyak air mata yang mengalir di pipi dari tulisan yang di taip di komputer. 

Teruskan membaca