Asy-Syahid Cikgu Zaki Tabligh 1981

Nama Cikgu Zaki dari jemaah Tabligh sering saya dengar sehingga saya bercita-cita untuk bertemu dengan beliau. Akhirnya Allah memakbulkan hasrat ini apabila saya berpeluang bertemunya buat kali pertama dan terakhir di Surau Hitam, Ampangan, Seremban sekitar tahun 1981, salah satu tempat tumpuan jemaah Tabligh ketika itu. Beliau adalah seorang guru MRSM Kota Bhara, kemudian MRSM/Kolej Mara Seremban, dibidang Kimia, mendapat ijazah sains di United Kingdom. Raut wajahnya yang manis dan bersih, susuk badan yang tinggi lampai, lilitan serban dan baju ala Tablighnya yang bersih dan kemas cukup membuat pemuda yang ghairah Islam seperti saya mencintainya di jalan Allah dan ingin menimba pengalaman darinya. Usahanya yang gigih dalam menyampaikan hadis-hadis mengenai kelebihan atau fadhilat solat, zakat, puasa, zikir, haji dan kisah-kisah para Sahabat disamping mengajak dan melatih para pelajar untuk keluar menyertai rombongan-rombongan Tabligh berjaya menjadikan MRSM Kota Bharu ketika itu sebagai MRSM Tabligh. Bahkan pelajar di sana yang telah tamat SPM dan bertebaran ke MRSM Kulim, MRSM-MRSM lain dan IPT dapat juga mengesani dan mewarnai kesedaran Islam di tempat-tempat yang baru tersebut.

Pada tahun 1981, dari MRSM Kuantan saya pernah membuat kunjungan ke MRSM Kota Bharu, tempat beliau mengajar dan berdakwah. Setelah berkenalan dengan beberapa kepimpinan pelajar di sana, saya turut bersama mereka membuat ghasy (pergi bilik ke bilik) mengajar setiap pelajar menunaikan solat berjemaah di surau, sama seperti yang dilakukan oleh jemaah Tabligh dari rumah ke rumah dalam masyarakat. Kesan dari ghasy yang dilakukan dengan penuh sabar dan berterusan sepanjang tahun oleh mereka, surau MRSM Kota Bharu ketika itu dikira paling ramai jemaah suraunya berbanding MRSM-MRSM lain dizaman tersebut.

Ketika saya di Australia sekitar tahun 1985, berita yang diimpikan oleh setiap pendakwah yang ikhlas di jalan Allah tiba kepada saya. Cikgu Zaki telah kembali ke Rahmatullah setelah syahid ditembak oleh tentera Filipina Kristian ketika berdakwah di Selatan Mindanao bersama dengan seorang temannya. Mereka berdua dikebumikan di sana. Semoga Allah swt mengurniakan pahala Syahid kepada mereka, memasukkan mereka ke SyurgaNya tanpa Hisab, menanam kesabaran kepada isteri dan anak-anak mereka dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi-nabi, Siddiqiin, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak.

31 Respons

  1. subhanAllah.. !!!

  2. salam.

    Memang banyak jasa Cikgu Zaki khusus buat student MRSM yang baru nak buat usaha da’wah. Rasanya student MRSM kuantan first time khuruj semasa ijtima’ dunia December 1982 di Terengganu ke Sungai Tong. Antaranya Almarhum Zul Ahmad, Fadil Kemi, Fadzil Hassan & saudara sendiri.

    Semoga ALlah mencucuri rahmat ke atas roh beliau amin.

  3. masyaAllah
    ingin syahid juga

  4. Assalamu’alaikum Ustaz,

    Rasanya kita pernah berkenalan semasa ustaz melawat ke MRSM KB dan membuat ghasy tersebut. Selepas kita telah hilang hubungan dan saya baru berjumpa website ustaz ni.

    Pemergian kerahmatullah Allahyarham cikgu Zaki semasa di Filipina adalah berita yang memeranjatkan ramai orang kerana cara berdakwah dalam Tabligh bukanlah dengan cara agresif yang boleh membuatkan orang lain menjadi marah dan sebagainya.

    Selama beberapa tahun saya diberitahu yang kematian beliau adalah disebabkan angkara tentera Filipina yang menembak beliau dan Ustaz Abdullah, yang bersama dengan beliau, semasa di road block askar, ketika beliau dalam perjalanan ke bandar untuk membeli tiket kapalterbang untuk perjalanan pulang ke Malaysia.

    Tetapi, selepas lebih 10 tahun kemudian, saya telah dimaklumkan oleh seorang ustaz dari Kemboja yang belajar bersama dengan Ustaz Abdullah di pondok Penanti, bahawa sebenarnya, mereka berdua telah ditembak oleh anggota MNLF atau MILF (tak pasti mana satu) kerana dasar perjuangan Tabligh tidak dipersetujui oleh oleh anggota anggota MNLF atau MILF itu. Mereka aktif melawan kerajaan dengan senjata api dan apabila ada orang yang membawa cara yang lain dari mereka, maka orang itu juga menjadi musuh mereka.

    Itulah cerita yang saya perolehi dari ustaz tersebut. Apabila mengetahui cerita tersebut, mula mula saya sukar mempercayainya tetapi setelah menyedari dasar perjuangan mereka yang bersifat agresif ni, maka perkara tersebut adalah mungkin dan tidak mustahil.

    Arwah cikgu Zaki dulu juga adalah salah seorang yang terawal membawa jemaah tabligh ke Patani. Keluarga arwah cikgu Zaki merasa gusar untuk melepaskan beliau berdakwah ke Patani sebelum itu memandangkan akan keadaan disana yang tidak tenteram dan bimbangkan akan berlaku sesuatu kepada beliau semasa disana, tetapi atas keazaman, beliau tidak mengendahkan kegusaran itu dan pergi juga ke Patani. Semasa disana beliau telah berjaya menarik ramai orang Patani untuk bersama sehingga jemaah yang beliau pimpin telah di pecah 2 kerana terlalu ramai yang mengikut. Tetapi ketua jemaah yang satu lagi itu telah di tembak mati oleh penembak curi semasa dalam usaha berdakwah, tak lama selepas jemaah itu dipecahkan.

    Tidak disangka, ditempat yang digusarkan beliau akan ditimpa musibah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku kepada beliau, tetapi perkara tersebut berlaku juga kepada beliau ditempat yang lain pula.

  5. DRP YG SAYA DENGAR..KUBUR BELIAU BERBAU HARUM.SEMOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU.WALLAHHUALAM

  6. Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Zaki.
    Saya sempat mendengar tazkirah beliau di Surau Hitam, Ampangan, Seremban. Bagi saya, beliau adalah antara pendakwah yang gigih berjuang. Sedih juga memikirkan isteri beliau dengan anak2 yang masih kecil ketika beliau syahid. Wassalam.

    • Perkara syahid ni ketentuan dan anugerah ALLAH swt. Allah takkan bg syahid kepada isteri/anak2 yg tidak ada kesediaan. bukan senang…

  7. DAPATKAN SAYA ALAMAT TEMPAT DAN NO. TELEFON UTK DIHUBUNGI DI BAHAGIAN TRENGGANU.
    TERIMA KASIH.

  8. ALLAHUAKBAR…NI LA JEMAAH NABI S.A.W

  9. asbab kematian beliau ramai yang MENDAPAT HIDAYAH…. telah membuka pintu hidayah untuk ummat di sana…

  10. nak tambah sikit. Beliau syahid di pertengahan perjalanan dari Marawi City ke Cagayan de Oro tahun 1987 setahun selepas saya ke Marawi City. Sewaktu beliau masuk ke SDAR Tg Malim bapa beliau mengamanahkan saya menjaga beliau. kami bertemu di stesyen keretapi Kuala Krai sewaktu saya tamat menziarahi Nenek sya di Salor Pasir Mas. Beliau dan teman Abdullah diamanahkan pada saya. Kami serumah Temenggong. Kamibersama 4 tahun lepas LCE beliau ke RMC Sg Besi dan lepas SPM ke UK di Cardiff. Yang mula taskil beliau ialah Dr Mudasir sekarang elder di Dewsbury Markas UK.
    Teman yang syahid bersama beliau ialah Ustaz Abdullah teman baik saya dari Penanti Markaz.

  11. alahamdullilah hasil perjuangan beliau, allah telah berikan hidayah tuk saya…sebagai cucu sedara beliau saya bersyukur kerana skrg sy pon tlh buat usaha dakwah…semoga allah azza wa jalla tidak padamkan perjuangan suci nabi saw hingga kiamat amin..

    • Askm. Sedikit tambahan. Sebenarnya saya ni orang besut, kira jiran kepada Arwah cikgu zaki. Daripada cerita mulut ke mulut yang saya dengar, Bahawa Askar-yang menembaknya telah dikenakan hukuman berat oleh kerajaan Filiphina. Yang sungguh ajaib, mayat kedua-dua mereka telah bercahaya yang dapat dilihat dari jauh oleh penduduk tempatan. Mereka telah beramai-ramai datang menyaksikan apakah perkara yang berlaku. Setelah diberitahu bahawa keduanya dari Malaysia datang untuk mengembangkan Kalimah Allah dan mereka telah syahid ditembak oleh tentera Filiphina, maka telah menjadi asbab hidayat kepada yang datang melihat dan ramai yang telah memeluk Islam dan kembali kepada Islam.Sebenarnya ibukota Manila asalnya daripada perkataan Islam iaitu Amanillah, telah ditukar oleh penjajah kepada Manila. Pada hari ini jika kita ke Malawi City kita dapat melihat akan kehebatan Islam disana asbab pengorbanan orang Malaysia iaitu Arwah cikgu Zaki dan temannya. Wanita-wanita berpakaian jubah hitam berpurdah begitu ramai terutamanya ketika Taalim mingguan masturat/ muslimat diadakan. Masjid-masjid diimarahkan seperti hari Jumaat. Sememangnya Allah Taala akan memilih seseorang mati syahid adalah seseorang yang benar-benar layak sesuai dengan sifat-sifatnya. Wslm.

  12. Allahyarham Cg Zaki seorang yang peramah, mesra dtambah pula dengan rupa yang kacak menawan dan sentiasa tersenyum apabila bercakap dengan sesiapa pun. Bila tersenyum nampak lesung pipitnya yang manis. Sebagai murid, kami sentiasa menghormatinya sebagai guru yang mengajar kimia yang pandai mengajar dan tidak mudah marah kepada pelajarnya. Inilah tanda apabila iman terpahat didada dan zahir diwajah. Peribadi murninya ini sangat disayangi oleh para pelajarnya lelaki dan perempuan.
    Semuga Allah menempatkan ruhnya dikalangan para syuhadak ,solihin dan muttaqin. Amin.
    Wahai guru-guru Malaysia sekalian, contohilah pribadi beriman ini.

  13. asslamualaikum……

    Terima kasih pada sahabat2 dan anak didik cegu zaki yang appreciate ketokohan ayahanda saya.

    insyaallah saya akan menggantikan tempat ayahanda saya untk membuat usaha2 yg telah di tggalkan olehnya; sedekahlah al-fatihah kpdnya amin’

    • Salam…
      sy br balik dr khuruj…
      sempat berbual dgn anak didik beliau di MRSM Kota Bharu n MRSM Seremban…
      iaitu Hj Razak n DR Kahar dr Hospital Serdang..
      Sebak juga n terkilan tak dpt berkenalan dgn beliau..
      Moga Allah jd kan beliau asbab hidayat utk Filipina n seluruh alam…
      Amin…!
      p/s : muslim zaki, Dr Kahar berminat utk berjumpa dgn tuan. hubungi saya jika perlu : interfrost@gmail.com

      • Waalaikumsalam wr wb

        Syukur dan seronok tuan dapat mendengar cerita tentang Asy-Syahid Cg Zaki. Mohon no tel tuan dan mereka.

        Ustaz Halim 019-678 0000.

  14. muaz : 019-3953200
    Dr Kahar : 016-4908846
    Hj Razak : 012-3336989

  15. ust tinggal di mana?

  16. teringat sblum gast di Meraw pd 1990 ana ade doa ” YA ALLAH
    JGN KEMBALIKAN KAMI PD KELUARGA SBLUM AGAMA MU TERSEBAR’ terus ust Faizal Shura Filipina
    kata u make same Doa like ust Abdullah before syahid. terus ana doa YA ALLAH KAMI BLUM SEDIA. Benar mereka adalah Pendakwah sejati pilehan ALLAH SWT

  17. salam…

    muslim zaki: 0129615935

  18. ya Allah semoga kau memberi limpahan rahmat ke atas roh mereka2 yang berjuang di jalan mu, semoga suami ku dan mereka-mereka yang memperjuangkan syiar islam dijalanmu diberikan kemudahan dan keberkatan… amin…

  19. Alfatihah. Walaupun peristiwa tersebut 27 tahun yang lepas, saya masih lagi teringat semasa membaca suratkhbar Utusan Malaysia muka hadapan yang menyiarkan gambar AsSyahid Ustaz Zaki mati ditembak tentera Filipina. Beliau merupakan guru Kimia saya semasa di MRSM Kota Bharu dan ketika mengajar selalu berpakaian putih dengan serbannya melilit dikepala. Dengan raut wajahnya yang putih, tampan dan selalu menuturkan kata2 yang lembut semasa mengajar. Moga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2nya yang soleh… Amin.

  20. saya ke filipina tahun 1985 40 hari hanya di Luzon, tahun 1986 ke Mindanao, Basilan, Tawi-Tawi, Simunul manukmangkau dan Tubigindangan.Dr Amir (pensyarah Univ Mindanao) ada bersama kami seluruh perjalanan dan sebelum kami menaiki pesawat ke Manila dari Zamboanga beliau dan Murad (dua pelajar Univ di manila dan Mindanao) menangis dan bercerita ada bermimpi RSAW datang ke Mindanao bersama jemaahnya. Kemudian beliau lihat kami di Mesjid Univ dan berkata dalam hatinya mingkinkah kami jemaahnya. Selepas mengikuti kami beberapa lama beliau merasa yakin kamilah jemaah yang di mimpikannya. Cikgu Zaki syahid pada tahun 1987 bersama Ust Abdullah. Sebelum berangkat ke Filipina beliau bertemu saya di lantai bawah mesjid India dengan memeluk saya yang beliau telah selesai segala urusan. Adik perempuannya telah kahwin dengan Hafiz Abd Latif Kubang Bujuk dan 7 ekar kelapa sawitnya telah berbuah. Beliau ada berniat nak keluar sepenuh masa. Alhamdulillah imian beliau telah di kabulkan ASWT. Begitu juga Ayah Husin (Mohsin Zainal) jemaah 40 hari tahun 1990 talah syahud dan dimaqamkan bersebelahan maqam Cikgu Zaki di Maqam Syuhada Mesjid Abu Bakar, Marawi City, Mindanao. Semasa tengah malam hari akhir ijtimak Sg Rusa 1990 saya melihat wajahnya bercahaya begitu terang sekali walau pon dari jauh. Saya sudah pasti beliau akan syahud. Ikuti ceritanya dalam buku Mari Bertabligh cetakan 2010.

  21. roslanharun5curie75
    syukur kpd tuhan, semua dlm perancangannya, cg zaki yg kami sayangi, hormati, kagumi tlh syahid d jln Allah. may Rab pilih kita juga. saya, dr suhaimi(sabak), dr hamdi(alor star), dr nur ibrahim(hukm) dan ramai lg adah bekas pelajarna dulu. d mrsmkb nmrsm sedremban tahun 80/81.semoga golongkan cg saya ini bersama ahli syahid, sahabat n ambia. amin

Tinggalkan komen