Radovan ke Pengadilan … ala Barat

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri – menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan – ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

<Update 4/8/2008 +artikel “Mengingati Peristiwa Berdarah Muslim Bosnia> <Update 30/7/2008 Tulisan saya “Mahkamah Keadilan Yang Tidak Adil>  Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu. Teruskan membaca

Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanji Allah

 

“Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya ...” (Surah Al-Israk:1). (foto: Masjid Kubah Batu (Pelancaran Israk Mikraj) atau “Dome of the Rock” di tengah-tengah dataran luas Masjid Al-Aqsa, Jerusalem, Palestin).

Bulan Rejab kini menjelang lagi. Ia bulan Israk Mikraj. Ia bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke langit pada malam 27 Rejab 620M. Di sini pernah didiami ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as Teruskan membaca

Israk Mikraj (bulan Rejab) Penguat Iman

Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428x10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

Pada hari Jumaat 4.7.2008 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh Teruskan membaca

Peranan ulamak Msia dlm isu Tuduh Anwar Liwat

Masyarakat Islam masih mengharap dan menunggu dari para ulamak, cendikiawan dan pegawai Islam di Malaysia garis panduan cara bersikap dalam isu Saiful tuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Mereka memerlukan panduan dari Syarak, bukan omongan warung di jalanan. (foto Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir).

Ketika posting ini ditulis, isu Saiful menuduh Anwar meliwat beliau beberapa kali, kali terkhir pada 26 Jun 2008 telah 3 hari berlalu. Siasatan polis telah bermula. Penafian Anwar telah direkodkan dan saman terhadap Saiful telah dikeluarkan. Semua pihak termasuk polis, orang politik, masyarakat bandar dan desa sudah mula bersuara dan mencari sikap. Yang belum kedengaran jelas adalah kenyataan resmi dan meluas para ulamak, cendikiawan dan pegawai hal ehwal Islam. Teruskan membaca

Pandangan Islam Tuduhan Anwar Liwat

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hampir umum bertanding tidak lama lagi dalam pilihanraya kecil untuk ke Parlimen dan pejabat Perdana Menteri Malaysia.

<Update 7.7.2008 Pandangan saya tentang Ujian DNA, CCTV dalam pertuduhan di sisi Syarak> <Al-Bayyinah ala Mudda’ie wal-Yameen ala man ankara” (Penuduh mesti mengemukakan bukti. Yang menafi mesti bersumpah) – Syarak> Ketua Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa akan menubuhkan Kerajaan Malaysia baru tidak lama lagi, selewat-lewatnya September 2008, kini sekali lagi dituduh meliwat. Pada tahun 1998 beliau dituduh meliwat Azizan. Walaupun sepanjang perbicaraan Azizan sendiri menafikan sebanyak 3 kali dia diliwat Anwar, namun Anwar akhirnya dipenjara 6 tahun (hukuman rasuah isu liwat). Setelah 6 tahun, Anwar bebas dari tuduhan meliwat dan selamat dari disambung penjara selama 9 tahun lagi (hukuman liwat). Kali ini seorang bernama Saiful pula melapurkan dia diliwat Anwar beberapa kali dan terakhir pada 26 Jun lalu. Teruskan membaca