Posted on 31 Mac 2014 by Ustaz Halim
Prof. Dr. Mohd. Badi’ mengepalai senarai 529 Ikhwan yang dihukum mati oleh mahkamah di bawah regim tentera Mesir.
Rampasan Kuasa yang berlaku di Mesir pada 3 Julai 2013 yang lalu banyak memberi pengajaran kepada Umat Islam yang cintakan kebebasan, keadilan dan keagungan untuk Islam. Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | Leave a comment »
Posted on 26 Mac 2014 by Ustaz Halim

Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun. Sungguh kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali. Kelmarin sebuah mahkamah jenayah di bawah Pemerintah Tentera Mesir telah menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 pimpinan dan penyokong jemaah Ikhwan Muslimin. Pada zahir kejadian ia nampak seolah Pemerintah Tentera akan mencabut nyawa 529 yang dituduh tersebut. Akan tetapi pada hakikatnya, Allah SWT telah lama membeli nyawa dan harta mereka dengan bayaran yang sangat tinggi harganya iaitu Syurga. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh Allah telah membeli diri dan harta mereka (iaitu) dari orang-orang beriman dengan (bayaran) bagi mereka (adalah) Syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu membunuh dan terbunuh. (Itu adalah) janji yang benar ke atas Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih memenuhi janjinya selain Allah. Maka bergembira dengan jualan kamu yang telah kamu lakukan dengannya. Itu adalah kemenangan yang sangat besar” (At-Taubah : 111).
Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | Leave a comment »
Posted on 13 Mac 2014 by Ustaz Halim
Ustaz Dr. Ali Abdul Halim Mahmud
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun. Bagi para Duat, khususnya yang melalui tarbiyah harakiah dalam hidupnya, samada ditarbiyah atau mentarbiyah, “7-Wasail Tarbiyah IM” yang terkenal adalah suatu yang tidak asing lagi, Teruskan membaca →
Filed under: Uncategorized | Leave a comment »