Pulau Batu Putih! Ku Tangisi Perpisahan Ini!

Pulau Batu Putih, Johor, Semenanjung Tanah Melayu. Ku tangisi perpisahan ini ! Ku kesali ketundukan dan penghinaan ini !

Hasbunallah wa nikmal wakeel ! Cukuplah Allah sebagai tempat mengadu. Dialah sebaik-baik Pelindung dan Pemenang Kebenaran ! Keputusan Mahkamah Antarabangsa ICJ sebentar tadi [petang 23.5.2008] berpihak kepada Singapura dalam tuntutan bertindih olehnya dan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih. Selamat tinggal pulauku, yang dulunya kau milik negara dan umat Islam. Teruskan membaca

Mengamati Mutiara2 di Bumi Anbiyak, Mesir

April 2008: Saya (kiri sekali), Ustaz Shuhaib (menantu), Ustazah Uswah Hasanah (anak) di Sungai Nil dan kota Fustat (Kaherah) yang bersejarah. Ini adalah kali pertama kami bertemu selepas mereka berumahtangga di Mesir pada 1.2.2008 yang lalu.

Pada bulan April yang lalu, sebelum ke Tanah Suci, saya dan rombongan Umrah singgah di Mesir selama 4 hari untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana termasuk Universiti Al-Azhar, Masjid & Maqam Imam Syafie, Piramid & Spinx, bandaraya Iskandariah dan lain-lain. Teruskan membaca

Tun Mahathir Nafi “Surat” ke Ehud Barak

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dalam Blog Dr Mahathir www.chedet.com, beliau telah menafikan pernah mengutus surat sedemikian ke Ehud Barak. Kita bersyukur kepada Allah swt atas penafian beliau tersebut. Di dalam Islam, “Al-Bayyinah ala Al-Mudda’ie, wa Al-Yamin ala man ankara” (Bukti mesti ditunjukkan oleh penuduh, dan Sumpah mesti dilakukan oleh orang yang menafikannya”. Teruskan membaca

Tun Mahathir Keluar UMNO & Pandanganku

<Updated 22.5.2008 Kerajaan Perpaduan vs Kerajaan Penghapus Lawan> <Updated 21.5.2008 Cadangan2> Akhirnya pada 19.5.2008, Dr. Mahathir Mohamad yang pernah memimpin UMNO, bertindak keluar dari parti yang diasaskannya. Jika Dato’ Onn Jaafar mengasaskan UMNO (1946), Tun Mahathir dan timbalannya, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pengasas UMNO Baru pada tahun1987 setelah UMNO (1946) diharamkan Mahkamah. Tahun 1997 perkataan “Baru” digugurkan. Hari ini kedua-dua pengasas UMNO tersebut berada di luar, sudah tiada lagi di dalam, meninggalkan seribu satu sumbangan dan kenangan bersama UMNO. Teruskan membaca

60 Tahun Penjajahan Israel (15/5/1948-2008)

Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak tersebut berumur 70an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka samada sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi.

<Ayuh Demo di Pej PBB, Damansara, KL 10am 16/5/2008. Lihat Lampiran><Updated 15/5/2008 +Penyelesaian> Pada hari Khamis 15/5/2008 ini, genap 60 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang. Teruskan membaca

Syahid Setinggi-tinggi Cita Kami

Ahmad Syahid bin Abdul Halim, 4 bulan. Lahir pada 10/1/2008. Moga Ahmad Syahid dan kita mendapat anugerah Syahid suatu hari nanti.

<Updated 8/5/2008 Kisah-kisah Jihad Moden> Rasanya tak terlambat saya menulis sedikit tentang mati syahid, sempena kelahiran anak kami ke 13, Ahmad Syahid. Dia lahir sebaik saya dan rombongan tiba di Madinah dari Mekah dalam Musim Haji lalu. Setiba di Malaysia, suasana dan tumpuan penulisan blog ini adalah banyak kepada Pilihanraya. Adapun ketika ini, dalam suasana lebih tenang, kita kembali merenung sejenak kepada suatu harapan tinggi Nabi saw, para Sahabat ra dan orang-orang beriman di dunia yang fana ini. Teruskan membaca

Mutiara Buatmu Pengantin

(Istimewanya Mutiara ini kepada saya kerana pernah isteri saya lekatkannya di dinding depan meja studynya di rumah kami 58, Alpha Street, Taringa, 4068 QLD, Brisbane, Australia sekitar tahun-tahun 1986/87 (Pengantin Baru). Kini saya muatkan di laman ini dengan doa semoga Allah swt memberi taufiqNya kepada beliau dan para muslimat sekelian untuk terus menghayati dan mengamalkannya. Amin).  Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya: Teruskan membaca