DAP tuduh JIM “pelampau agama”

Dalam akhbar The Star semalam 2/8/2009, mukasurat N12, Parti DAP menuduh sebuah NGO iaitu JIM sebagai sebuah pertubuhan “pelampau agama” kerana misi pertubuhan itu ialah untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang melaksanakan Undang-Undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020″. katanya, adalah bahaya membenarkan pelampau agama menyelinap masuk ke dalam sesebuah kerajaan negeri. Rakyat Penang tidak boleh menerima sebuah badan yang mengutamakan Syariah melebihi Pakatan Rakyat dan orang ramai, katanya.

Syor dakwa Siew Fook, Ooi

 

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis akan memanggil Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, dalam masa terdekat berhubung kenyataan mereka yang menghina Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya sedang dalam proses mengumpul keterangan mengenai pembabitan kedua-duanya sebelum disyorkan kepada pendakwaan untuk dibawa ke mahkamah.

“Tindakan kedua-dua ahli politik itu boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina agama bagi menimbulkan ketidakpuasan hati,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan kutipan derma bagi Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam yang disiarkan di blog berkenaan.

Jika didapati berasas, kata Najib, pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan antara kaum.

Baru-baru ini, kenyataan Siew Fook yang disiarkan dalam blog lebih menjurus kepada serangan peribadi, namun isu tersebut menjadi semakin hangat apabila wujudnya reaksi melampau sehingga ke tahap menghina agama Islam.

Ooi pula menimbulkan kemarahan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan merujuk kepada Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd. Razali Abdullah sebagai ekstremis kerana memperjuangkan syariah Islam.

Menurut Musa lagi, kes mereka akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tetapi enggan mendedahkan bila mereka akan dipanggil.

“Kita akan panggil mereka sebaik sahaja siasatan kita selesai,” ujarnya.

16 Respons

  1. Nampak puak kufar ni sedang bermain api, sengaja mencari pasal. tak patut mereka kata kita begitu. Pelampau atau melampau ni adalah satu perbuatan yang telah melebihi had yang sepatutnya. Tetapi apa yang kita buat sekarang adalah belum mencukupi dari yang sepatutnya, mana mungkin sudah sampai ketahap pelampau.

  2. Biarlah. Asalkan dia tak tuduh ISMA pelampau agama. Kita bersyukur kepada Tuhan

    • Owh macam tu ke kita??

      Kata orang Islam kena bersatu….tuduhan tu sipi2 pun tak kena…tapi reaksinya BIARLAH…hurm…dimana ukhuwwahnya?

    • yelahh..klo isma x perjuang kan islam..
      x perlu laa terasa…byk2 b.ingat skit

    • x juga… tidakkah ISMA punyai matlamat yang sama juga…

    • haa? what kinda statement? ape beza isma dgn jim? mentaliti ni yg memecahkan islam. sudahla dgn mcm2 musibah menimpa, tambah org2 yg kononye memperjuang agama pun meletakkan diri mereka di kelas tertentu. di kumpulan tertentu. this is funny ok…

  3. bila islam ditindas dan dituduh..seharusnya kita bertindak.yang perlu.tidak kesah siapa yang menuduh.kawan atau lawan.

    benar ustaz?

  4. “Biarlah. Asalkan dia tak tuduh ISMA pelampau agama.”

    Adakah yang dituduh itu hanyalah sekadar JIM?

    Bukankah yang dituduh itu adalah ISLAM?

    Adakah JIM tidak membawa Islam?

    Sangat kecewa dan sedih dengan pernyataan saudara Amar.

    Seolah-oleh langsung tidak merasakan bahawa adanya hubungan saudara itu antara KITA.

  5. Bagi saya tidak Salah jika DAP mengatakan JIM sebagai sebuah pertubuhan “pelampau agama” kerana misi pertubuhan itu ialah untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang melaksanakan Undang-Undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020″ jika ada Benarnya.

    Jgn cepat melatah dgn mengata Puak Kufur ini dah Melampau & bla bla bla…. Mereka sebenarnya ‘Tidak Faham’ apa dia Undeng-undeng Syariah. Kenapa Lim Guan Eng sentiasa mengukapkan Nama Saidina Umar RA. Ini kerana sewaktu didlm Tahanan ISA, teman sepenahan (Tn.Guru Abd Hadi kot) telah memberi buku keperibadian Saidina Umar kpd beliau. Nak ikut 100% keperibadian Saidina Umar memang Xdapeklah. Mahupun kita yg beragama islam itu sendiri. Tp jika dapat tidak, sedikit untuk permulaan pun jadilah. PAS sebagai pembimbing jln. Semoga Hidayah ditiupkan oleh Allah sbn kpd beliau. Saya pernah bersama dlm seisi perbualan bersama YB Lim Guan Eng & beliau ada mengatakan semoga Allah sbn memberi Hidayah kpdnya. Mudah-mudahan.

    Berbalik kpd isu, ini kerana, secara tidak lansung beliau telah mengajak rakyat beragama selain islam untuk mengkaji:-

    1) Apa dia Undang-undang Syariah?
    2) Bagaimana Pelaksanaanya?
    3) Kenapa Perlu Dibuat?
    4) Apa bezanya dengan Undang-Undang Ciptaan Manusia dengan Ciptaan Penciptanya? dll

    lantas ini akan memartabatkan Islam yg sejati & sebenarnya. Rasanya apabila diteliti oleh mereka ini, silap-silap mereka pula yg menyokong & yg membangkang adalah org Islam itu sendiri. Seperti mana isu bertudung di RTM (K’jaan Malaysia & Pengurusan RTM 90% adalah Islam), Nasyid Selimut Putih di TV dll. Islam pada Nama & KP.

  6. hati2 dengan org2 mcm saudara amar….

    boleh jadi dia ini “somebody”
    who knows utk timbulkan provokasi…

    ana x fikir dia ikhwah ISMA

    kita sebagai muslim, hubungan kita sesama muslim kerana iman kepada pencipta yang satu… yang mana kita x akan dapati dari perhubungan kita dengan lain2 manusia kecuali kita dan dia mengesakan ALLAH…

    ana x kata tahalluf siyasi (tolak-ansur politik) dengan DAP salah…
    tetapi beberapa prinsip kita kena ada, baik para pemimpin mahupun para kader (pendokong)

    ada bezanya antara koalasi siyasi, koalasi fikrah, koalasi taktik, maupun koalasi stratergik

    semua itu kita boleh pukul rata jadi satu sehingga kita x clear, dalam keadaan koalasi apa kita sedang berada…

    wallahualam

  7. amar lain hari jaga2 dalam menulis

  8. gelagat manusia..

    kepada rakan pengomen..

    seandainya niat amar adalah ingin provokasi.. maka maafkanlah dia.. mungkin dia perlukan masa untuk berfikir secara waras..

    dan seandainya niat amar adalah berdasarkan apa yang ditulis.. juga maafkanlah dia.. mungkin dia tersalah dalam menyusun kata atau dia masih terlalu muda untuk itu..

    dan seandainya kata-kata sebahagian dari kita menyakiti yang lain.. maafkanlah orangnya.. mungkin dia juga memerlukan masa untuk mematangkan diri..

    itulah tabiat manusia.. dan setiap manusia ada kesilapannya.. dan pastinya hidayah akan diberikan Allah kepada hambanya yang terpilih kecuali org2 yang sombong..

    oleh itu teman2.. elakkan diri kita termasuk dalam kalangan org2 yang sombong dan mari kita saling berlapang dan bernaafan..

  9. Mereka yang menentang agama Allah tempatnya dlm neraka

Tinggalkan komen