Kisah Raja Munirah Jadikan Pengajaran

Akhirnya Raja Munirah, 22 tahun merengkok dalam penjara di Jepun selama 7 tahun 4 bulan. Beliau mengaku “bersalah” membawa dadah syabu dalam beg hadiah Milad, seorang Iran, lalu ditahan pada 20.12.2006 di Lapanganterbang Narita, Tokyo, kononnya ditawar temuduga kerja di Jepun oleh Milad. Selepas menjalani hukuman, umur Raja Munirah akan mencecah 30 tahun yang bermakna umur keemasan 20an bagi seorang wanita dihabiskan di dalam penjara, jauh dari keluarga dan tanahair.

Kisah pahit ini dikongsi oleh kita dan sesiapa sahaja yang ikhlas dan prihatin. Di aspek kejadiannya, kita percaya Raja Munirah tidak bersalah kerana ditipu atau dipermain oleh Milad, seorang lelaki yang jahat dan licik lalu berjaya memperdaya seorang wanita. Cuma di segi Syarak pula, Raja Munirah sebaiknya tidak mendekati lelaki sedemikian, apatah lagi mempercayainya. Ramai lelaki berpenyakit hati mereka terhadap wanita. Lihatkan bagaimana Allah memelihara isteri-isteri Nabi saw sebagai contoh tauladan kepada umatnya dalam firmanNya bermaksud, “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekelian tidaklah seperti wanita-wanita lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kami lenggok dalam bertutur lalu meransang orang yang ada penyakit dalam hatinya. Bertuturlah dengan baik. Dan hendaklah kamu tetap di rumah-rumah kamu (keluar bila ada keperluan Syarak) dan janganlah kamu berhias dan berkelakuan seperti orang-orang Jahiliyah dulu …” (Al-Ahzab:32-33). Dari ayat-ayat di atas, lelaki boleh sahaja menggoda dan boleh juga memperdaya wanita.

Semoga Allah swt memelihara kita di dunia dan Akhirat dengan cara memberi petunjuk kepada kita untuk mengamalkan panduan-panduanNya. Amin. Sekian.

<keratan akhbar>

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Raja Munirah Raja Iskandar, pelajar sebuah kolej swasta yang kini meringkuk dalam penjara di Jepun, menafikan dia mempunyai hubungan cinta dengan pemuda Iran yang memperdayakannya untuk menyeludup dadah.

‘‘Bukan kerana cinta. Milad bukan kekasih saya… dia cuma kawan biasa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo, Khamis lalu.

Sewaktu wartawan Utusan menemuinya di pusat tahanan itu, Raja Munirah yang berkulit hitam manis, tinggi lampai dan berambut panjang sampai ke bahu berada dalam keadaan lemah.

Dia yang memakai seluar sukan kelabu dan baju T berwarna merah tidak digari ketika pertemuan itu berlangsung selama 10 minit.

Sepanjang pertemuan mulai pukul 1 petang itu seorang pegawai penjara sentiasa mengawasi perbualan yang telah ditetapkan dibuat sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Dalam nada suara yang tersekat-sekat, pelajar berusia 22 tahun itu memberitahu dia diperkenalkan kepada Milad oleh seorang rakan perempuannya di sebuah kolej di ibu kota kira-kira setahun lalu.

Menurut Raja Munirah, ketika perkenalan itu, dia baru menamatkan pengajian Ijazah Komunikasi Massa di kolej swasta itu manakala Milad menuntut di sebuah kolej swasta di Cyberjaya.

Selepas mengenalinya selama setahun, lelaki itu menawarkan kerja sebagai pegawai perhubungan awam (PRO) – sesuai dengan kelulusan Raja Munirah – di syarikat Milad yang kononnya berpangkalan di Jepun dengan gaji kira-kira RM9,000 (AS$2,500) sebulan.

Raja Munirah bagaimanapun dikehendaki ke Tokyo untuk menghadiri temuduga terlebih dahulu. Milad tidak pula menemaninya ke Jepun.

Setibanya di Lapangan Terbang Narita, Tokyo pada 20 Disember tahun lalu, Raja Munirah ditahan apabila beberapa peket dadah jenis syabu dijumpai dalam beg yang dibawanya.

Beg itu dibeli oleh Milad untuk mengisi pakaian musim sejuk Raja Munirah dan ia hanya diserahkan kepadanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sejurus sebelum pesawat berlepas.

Sebaik sahaja ditahan di Lapangan Terbang Narita, Tokyo, Raja Munirah cuba menghubungi telefon bimbit Milad tetapi gagal.

Peguam Jepun yang disediakan oleh kerajaan negara itu menasihatkan Raja Munirah supaya mengaku salah bagi mendapatkan hukuman ringan iaitu penjara enam bulan saja.

Bagaimanapun, apabila dia membuat pengakuan bersalah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan empat bulan. Wanita muda itu kini sudah menghabiskan hampir 11 bulan usianya dalam penjara.

Milad, pemuda Iran yang memintanya membawa beg itu ke Jepun, dikatakan sudah meninggalkan Malaysia akhir tahun lalu dan kini dipercayai berada di Indonesia.

Raja Munirah berpesan kepada gadis-gadis di tanah air supaya jangan mudah mempercayai tawaran lumayan daripada seseorang tanpa sebab yang munasabah.

‘‘Ingatlah… bukan mudah orang mahu beri tawaran lumayan. Fikirkanlah masak-masak… mesti ada muslihat. Jangan ikut hati, gunakan akal,’’ katanya.

Sebelum meninggalkan penjara, wartawan Utusan bertanya kepada Raja Munirah kenapa dia tidak kelihatan sedih sepanjang perbualan singkat itu. Raja Munirah menjawab: ‘‘Saya sudah tiada air mata lagi.’’

7 Respons

  1. Assalamualaikum wrb

    Solat hajat bagi free munirah campaign insyaAllah akan di adakan Ahad ini ,2 hb Dec 2007 , jam 230 ptg bertempat di surau mutiara damansara….hubungi 0192377007 untuk keterangan lanjut…..

  2. kita cuba lihat background raja munirah yg terlalu sosial hingga pakaian yg di pakainya seolah2 kita beranggapan bahwa raja munirah bkn wanita baik2..saya sdh trima email dr seorang rakan..SIPA SEBENARNYA RJ MUNIRAH!!!!!!!!!!

  3. ini bkn fitnah.tapi inilah BALA dr allah supaya rj munirah segera bertaubat n insaf ttg perangai yg pernah di lakukan dulu.lebih2 lagi dia tidak menunjukkan ciri2 wanita Muslimah!ingatlah!!!Allah tidak menurun sesuatu BALA pd sesuatu kaum itu melainkan kaum itu menderhaka & ALPA pd NYA!!renung2kanlah!

  4. dekatkan diri kepada allah

  5. this women dont wrong, why the klia no tress n tak tangkap. kau tau die kene berapa banyak yang lepas bawak syabu 1 kargo bodoh org jepun bukan tangkap orang tangkap barang jual. i cant contec kazuya kimo please you lepas kn budak tu dia nama raja bukan jadi raja dia mau blajar .kat aku 10 org jepun tankap kokain.kr this a wrong to PBB sistem crimenel but klia n01 asia sistem

  6. positively, kurang sikit dosa dia dalam penjara…kalau kat luar masyaAllah…mata yg tgk pun sakit…. i am saying this coz i know who she is….

    may she’ll be a better muslimah once released….

  7. bagus pon..tgk gambar dlm fs dia tu haa..
    mcm dah x de baju lain nak guna…
    biar dlm pnjara..tutup semua aurat..
    klau x insaf lg xtau la cam ne..
    Allah s.w.t msh sayang kat dia…
    bagi peluang lagi untuk berubah

Tinggalkan komen